❤ Followers ❤


❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 27, 2013

POST 165: Post Mortem 2013

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

Tajuk tu macam tak boleh bla kan..hehe..
saja nak menyebok juga buat post mortem 2013...
alhamdulillah..tak lama tamatlah kisah 2013...
alhamdulillah semoga dipanjangkan umur kita untuk teruskan hidup dalam tahun 2014 pulak..

kalau korang nak tau statement kat bawah ni ayong buat masa akhir tahun 2012 nak masuk tahun 2013..macam yang dinyatakan ayong bukan jenis yang state satu-satu azam ayong...
just go with the flow and harapkan semua dipermudahkan Allah s.w.t...that's all..

"tamatlah kisah 2012.....bermulalah tahun 2013...
azam baru? ayong ni bukan jenis orang yang buat azam...
apa sahaja yang ayong buat tahun ni, just harapkan semua yang terbaik untuk semua orang dalam hidup ayong, mintak dipermudahkan dan diberkati Allah s.w.t..cuma tahun ni InsyaAllah bakal tercipta satu sejarah dalam hidup ayong..kahwin...alhamdulillah akhirnya akan tiba saat itu...akan cuba yang terbaik untuk hari bersejarah tersebut dan mengharapkan semua yang terbaik jugak...semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik kami sekeluarga....aamiin.....
p/s: nak tambah azam nak baby jugak tahun ni boleh? hahahahaha........"

yang pasti tahun 2013 telah menjadi saksi ayong selamat menjadi isteri kepada along pada 1/6/2013...alhamdulillah semua berjalan seperti yang dirancang...walau pelbagai dugaan dan cabaran yang melanda, tapi kitorang berjaya hadapi sama-sama dan kitorang tak pernah menyesal dengan setiap yang kitorang dah pilih...alhamdulillah kitorang bahagia dengan kehidupan sekarang...trust me..married life is heaven!! ayong kawan dengan along lebih kurang 5 tahun, then baru kahwin lebih kurang 6 bulan, tapi kenangan lepas kahwin 6 bulan berkali-kali ganda lebih best dari kenangan berkawan 5 tahun tu...hehe..

then nampak ayat last tu?
alhamdulillah Allah yang Maha Penyayang telah kurniakan kami rezeki yang tak ternilai...ingat lagi masa tulis ayat tu sekadar gurauan..tak meletakkan apa-apa harapan...tapi rezeki Allah siapa yang tahu...
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah...
sekarang dah half way, another half way to go...insyaAllah...semoga dipermudahkan segala urusan...
2014 bakal melakar sejarah baru..mohon doa semua ya...terima kasih....

Friday, December 20, 2013

POST 164: Supplement Untuk Mummy And Baby Versi Ayong

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

Kenapa bila baca tajuk tu macam pening ek?
korang pening tak?
rasa macam betul dah ayat tu..layankan jela ek...
yang penting hari ni tiba-tiba mood rajin datang...
so ayong nak share supplement ayong ambil masa pregnant ni....
sebagai mukadimah, ayong nak tekankan masa kita pregnant ni adalah sangat penting untuk kita ambil supplement @ makanan tambahan...seboleh-bolehnya memang kena ambil walaupun kita rasa badan kita cukup kuat, badan kita cukup segala zat dan besi untuk baby...tapi tu yang kita rasa je..hakikat sebenar mungkin tak cukup...atau mungkin cukup untuk ibu je, tapi untuk baby tak cukup...lagi-lagi zaman sekarang ni nak jaga pemakanan adalah teramat susah untuk pastikan mummy and baby dapat segala zat dan vitamin yang cukup...ada yang cakap orang dulu-dulu takde pun makan ubat segala bagai, tapi kena tengok pulak orang dulu-dulu tu cara makan diorang macam mana...sama ke macam gaya pemakanan kita sekarang?kalau sama, it's ok...kalau tak, fikir la masak-masak...jangan risikokan baby kita ye mummy-mummy sekalian...
ayong ni pun bukanlah jenis pemakan segala jenis supplement untuk kesihatan sebelum pregnant...
tapi bila tau pregnant, baru start makan supplement yang ayong rasa penting...semua hanya keranamu baby...
ajaib tak ajaib kurniaan Allah yang satu ni..hehe..
ok, dah cukup mukadimah...let's straight to the points!

1. Asid folik
untuk first trimester (dari awal tau pregnant - 3 bulan) ayong makan asid folik ni je...secara ringkasnya asid folik ni memang sangat penting untuk kuatkan rahim kita dan untuk pembentukan sel badan baby...sebab tu ada sesetengah orang yang sebelum kahwin pun dah start makan asid folik ni kalau diorang memang merancang nak baby cepat..InsyaAllah kalau ada rezeki cepat, rahim dah kuat untuk terima..tapi ayong tak makan pun sebelum kahwin..macam ayong cakap tadi, ayong bukan jenis suka makan-makan ubat ni...huhu...so untuk first trimester 1 jenis ubat ni jela makan..sehari sebiji...lagipun untuk first trimester tak digalakkan sangat makan bermacam-macam jenis supplement, sebabnya badan kita tengah dalam proses menyesuaikan diri dengan kandungan...hormon semua jadi tunggang terbalik..so takut kalau makan macam-macam sangat, badan kita tak boleh terima, karang jadi kes lain pulak..lagipun masa first trimester biasanya tengah musim alahan, muntah-muntah, jadi macam kurang bermakna jugak makan banyak-banyak supplement...tak sempat hadam dah keluar balik...rugi...rugi...hehe...oh, lagi satu untuk pengetahuan korang, lelaki pun boleh makan jugak asid folik ni tau...untuk meningkatkan kesuburan...

2. Iberet Folic
Then bila masuk second trimester, ayong nak start makan iron tablet klinik bagi..yang ni memang penting untuk tambah zat besi...kalau tengok dan bau ubat tu pun dah macam besi...hehe...sebab second trimester masih lagi fasa pembentukan baby...so baby akan ambil zat-zat besi dari ibu...so kalau ibu tak cukup zat besi, memang akan jadi bermasalah...simptom-simptom awal kalau tak cukup zat besi dalam darah, selalu pening, nak pitam, darah cair, gusi berdarah dan lain-lain...boleh google untuk fakta yang lebih tepat..then gynae ayong bagitau keadaan boleh jadi lagi teruk bila dah nak masuk third trimester kalau masalah ni tak diatasi...contohnya boleh sebabkan tumpah darah, kecacatan pada baby, jantung mummy or baby tak kuat dan paling paling teruk boleh sebabkan kematian...kalau boleh taknak la sampai jadi macam tu kan..so, walaupun ubat ni tak sedap dan sebab utama orang taknak makan adalah dia boleh buat kita jadi sembelit, tapi seboleh-bolehnya kena makan...lagipun sekarang dah ada macam-macam jenis iron tablet jual kat farmasi...kalau kita tak sesuai dengan jenis, cuba jenis lain pulak...
macam ayong, iron tablet yang klinik bagi memang tak boleh makan langsung, makan sebiji je terus sembelit teruk sampai buasir...so gynae ayong suggest iberet folic...dia tak la cakap iberet ni tak sebabkan sembelit langsung, tapi nak compare dengan jenis lain, iberet folic paling kurang sebabkan sembelit...
dan alhamdulillah ayong sesuai dengan iberet folic ni...hb setakat ni terkawal lagi...harap-harap maintain la...

3. Ostematrix Shaklee
Ostematrix shaklee ni ayong ambil start masuk second trismester jugak..akhirnya terpengaruh dengan iklan-iklan shaklee yang tengah hot sekarang tu..hehe..layankan aje la..yang ni main point ayong ambil untuk tambah kalsium dalam badan...untuk cegah simptom-simptom kekurangan kalsium macam kaki kejang dan lenguh-lenguh badan...lagi satu untuk usaha pastikan baby ayong dapat kalsium yang cukup jugak untuk pembentukan tulang dia..so nanti bila keluar tulang dia kuat...aamiin..pada ayong vitamin kalsium memang perlu especially untuk orang macam ayong yang tak suka minum susu...sebelum pregnant jangan mimpilah ayong nak minum susu...minum susu pekat bolehlah...hehe..

tablet kuning kecik: asid folik
tablet pink: iberet folic
tablet putih: ostematrix shaklee
tablet coklat tu abaikan...tu ubat buasir...
4. Susu Hi Goat
Macam ayong cakap tadi, ayong ni bukan peminum susu...tapi bila tau pregnant, antara benda pertama terlintas kat kepala otak, kena minum susu...tapi tak tau nak minum susu apa..orang tak suka susu la katakan...terus blur..so untuk first trimester, minum tak minum sangat la susu ni...kadang-kadang je beli susu HL tu...tu pun lepas google susu apa yang paling sedap untuk orang pregnant..hehe...nasib baik tekak boleh terima...memang sedap..hehe..tapi susu HL tu mahal..kalau tiap-tiap hari nak minum susu tu untuk 9 bulan, boleh bankrup...hehe...so google lagi..then jumpa orang suggest minum susu Hi Goat..mula-mula takut jugak nak try..dah la memang tak suka kambing, inikan pulak nak minum susu dia...tapi demi baby, try la jugak...alhamdulillah tekak boleh telan..sedap jugak susu ni rupanya...hehe..so sampai sekarang ayong minum susu hi goat ni..selain untuk kalsium, orang cakap bagus minum susu kambing untuk elakkan baby kena kuning masa lahir nanti...yang ni kita tengok nanti keberkesanannya bila baby dah keluar..harap-harap betul-betul berkesan la...paling tak sanggup baby kuning bila tengok kena ambil darah sokmo tu...huisshhh...memang nangis la umminya ni....huhu....

5. Jus Pati Delima Gulsan
Haaaa....yang ni feveret ayong masa pregnant...sampai ummi dan abah ayong panggil baby dalam perut ni Gulsan...Gulsan ni brand dia je..abah cakap Gulsan tu nama panggilan untuk orang-orang terhormat kat Turki...layankan jela...hehe..minum air jus delima ni memang sedap..lagi-lagi bila tekak tengah rasa semacam je, minum air masam-masam ni terus lega..alkisah boleh tertarik nak try jus ni bila tengok kat fb asal mummy ni ada problem masa pregnant je (contoh: hb rendah, morning sickness teruk, sembelit dan lain-lain) mesti ada je yang suggest jus delima Gulsan ni...then jus delima ni pun senang nak dapat dan murah..terus laju jela beli...so far ayong rasa jus delima ni bagus..lagipun ibu mengandung kan memang digalakkan makan buah delima..so tak dapat buah delima, jus delima pun jadi la..hehe...

ok, setakat ni tu je yang ayong ambil...lain-lain tu macam kismis, kurma makan jugak la...buat kunyah-kunyah...hehe..untuk third trimester nanti ayong plan nak tambah makan kapsul VCO pulak..orang cakap bagus untuk senangkan bersalin nanti..plus khasiat-khasiat VCO yang lain..korang boleh google la ek..tak pun tanya je kat penjual-penjual VCO yang maha ramai tu...hehe..nanti dah masuk 8 bulan minum minyak kelapa dara pulak...InsyaAllah..kita usaha je kan mana yang mampu, selainnya tawakkal pada Allah jela..
rasanya tu jela nak share...khusyuk sangat taip tiba-tiba dah panjang pulak...
korang layankan aje eh pregnant mummy yang tiba-tiba rajin ni...hehe...

Friday, December 6, 2013

POST 163: Pengalaman 1st Trimester Pregnancy...=)

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

Hai hai haiiiiii.....
tiba-tiba mood datang nak update blog pulak...so jomlah kita update laju-laju ek..hehe..
meh ayong nak share pengalaman 1st trimester pregnancy ayong...bila dah rasa sendiri mengandung baru betul-betul rasa memang bukan senang mengandung ni...sebelum ni dok tengok orang je...macam-macam dugaannya...dah baik sakit ni, sakit lain pulak datang..dah ok yang tu, yang ni pulak datang balik...dan dugaan setiap orang lain-lain..so janganlah kita memandang rendah ibu-ibu mengandung ni ye...

since ayong tau ayong pregnant masa tu dah 4 minggu...so kira sebulan yang pertama memang takde simptom apa-apa pun la..sampai la ayong demam and tak bermaya, then cek upt dapat tau pregnant...dah share experience tu kat sini..hehe...so masa dah 5 minggu still takde apa-apa simptom sangat pun, just rasa cepat penat...ummi ayong pun cakap, bila dah tau pregnant memang lepas tu macam-macam simptom datang..tapi bila macam takde simptom tu tercakap la kat diri sendiri, maybe badan ni jenis tak kena morning sickness sangat kot..berlagakkkkk...hehehe....

then masuk je 6 minggu memang pengsannnnnn....
dah start muntah-muntah, perut dah rasa berangin je...badan penat tak payah cakap la...belum lagi sakit kepala, badan, pinggang, perut, bontot, semua nak sakit la senang cakap...hehe..lepas tu tengok makanan memilih...ada masa-masa tengok memang tak terbukak langsung selera makan, macam ada injap tertutup kat tekak ni, padahal perut lapar...tapi kena paksa jugak makan...kalau tak lagi teruk jadinya...
sampai satu tahap, seminggu tu tengok segala makanan tak lalu kecuali burger...hari-hari dok makan burger...tau tak bagus tapi tu je yang lalu dek tekak...terpaksalah layankan...

kiranya start dari 6 minggu sampai 12 minggu memang macam tak serupa orang dah...
pergi kerja pun macam tak kerja...bulan 10 hari tu memang banyak la MC dan EL...
nasib baik bos memahami...huhu..

tapi rasanya ayong ni kira dalam stage morning sickness yang ok lagi la....ada orang lain lagi teruk sampai kena warded semua..ayong at least boleh lagi la nak urus diri sendiri..bab muntah pun takde la makanan baru sampai kat tekak, terus nak berlumba-lumba keluar balik...at least makanan tu boleh masuk ke perut, dok rehat dalam setengah jam ke sejam, lepas tu baru dia keluar balik...yang lagi best bab muntah-muntah ni, dia macam dah kenal tempat-tempat tertentu yang boleh muntah...contoh bilik air rumah, pantry office...kalau pergi je tempat-tempat tu, dari tak rasa nak muntah terus tiba-tiba muntah...bila time teruk sampai terduduk kat bilik air tu, lepas tu nangis.....sadisnya laaaaaa.....hehe...

tapi bab bau-bauan ayong ok...bau-bau makanan ke semua layan je..takde kesan pun...kecuali bau deodorant along....time dia spray tu memang tak boleh dekat, terus pening...
padahal dulu bau deodorant dia tu feveret kot...hehe...

lagi ape yeeee...
oh ye...ada 1 lagi benda yang memang buat ayong tak senang duduk masa 1st trimester ni....
ayong kena buasir@hemorrhoid yang agak teruk...
alkisahnya bila first time pergi cek kat klinik kesihatan, doc pun start bagi vitamin untuk pregnant kan..asid folik dan iron tablet...tapi ayong tak boleh makan iron tablet tu rupanya...ayong makan sebiji je, besok tu terus sembelit teruk...bila dah sembelit, buasir pun datang la...sebelum ni ayong memang ada buasir, tapi jarang kena...setahun sekali je camtu la...yang masa pregnant ni la paling teruk...2 minggu jugak la baru baik...start dari tu ayong memang tak makan dah iron tablet...bila dah masuk 4 bulan ni baru start balik tapi makan iberet folic...alhamdulillah makan yang ni ok la...takde la sembelit...
ni dok risau jugak la nanti masa bersalin macam risiko tinggi je nak kena buasir teruk...tawakal jela...insyaAllah semoga semua dipermudahkan...korang doakan ye...

saja nak letak gambar sebagai penyeri post ni..hehe..
masa ni dah masuk 16 minggu...kira ni celebrate dah merdeka dari 1st trimester la..terus pergi jalan-jalan kat a'famosa animal world...baby nak tengok haiwan-haiwan comel katanya...hehe...
perut dah nampak..tapi lemak je lagi banyak dari baby sebenarnya...hehehe...
rasanya tu je la kot nak share...
kagum dengan diri sendiri berjaya jugak menghasilkan 1 post panjang akhirnya...
dah lama tak membebel..hehe..
ok, semoga ketemu lagi...nanti ayong story mory lagi ye...
tapi macam biasa, bila tu tak tau la...tengok mood..hehe...
daaaaaaaaaaaaaaaa...................

Friday, November 15, 2013

POST 162: Harap Maaf.........huhu....

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

Tiba-tiba rasa tajuk tu macam menyedihkan sangat...huahuahua...
tapi memang sedih pun...untuk makluman tuan punya blog ni mengalami simptom tak mampu nak membaca dan mengarang di blog buat masa ini...tak tau la simptom pregnant jenis apa ni...
masa tengah taip ni pun tiba-tiba rasa meloya...padahal banyak nak story mory ni...huhu...
nak buek camno kan...layankan jela...sorry  ye....
doakan semoga semua dipermudahkan untuk kami...aamiin...
bye!

Friday, October 18, 2013

POST 161: Finally...We got Our Wedding Video....Layannnnn!!!

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

yuhuuuuuu....just nak share kitorang punya wedding video...
alhamdulillah walaupun lambat and memerlukan kesabaran la jugak, yang penting dah dapat tengok and puas hati..walaupun ada sikit tak memenuhi impian wedding video ayong, tapi nevermind la..yang penting boleh layannnnn...jom layan sesama...hehe...


kalau berminat dengan video macam ni boleh roger The Darkness Studio...
ayong pernah review diorang kat sini...
sekarang tengah tunggu dvd video and gambar pulak...hope boleh dapat cepat-cepat...
tak sabar nak layan video kat tv 24 inci pulak..hahahaa...

Thursday, October 10, 2013

POST 160: Pengalaman Pertama Itu.....

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

fuh..fuh...fuhhhhh.....
last update 10/9/13...cukup-cukup sebulan update lagi...kebetulan la pulak..hehe...
latest post ayong cakap dah agak bertenaga kan?
rupanya tu harapan palsu ye...baby bagi rehat 1 minggu je rupanya..hehehe...
~anggaplah tu sebagai alasan ok..hehe...~
so apa nak story mory ek?
boleh dah kot nak share pasal pengalaman pregnancy ayong...
alhamdulillah...setiap hari walaupun baaaaanyakkkkk cabaran dan dugaan, tapi still bersyukur dengan nikmat Allah s.w.t yang satu ni...alhamdulillah Allah beri ayong peluang rasa pengalaman ni...
so nak start dari mana ek? kita cerita dari awal la ye....

19/9/13
Hari ni patutnya ayong naik kerja, habis dah cuti raya 2 minggu....tapi tak dapat pergi kerja...ambil MC kat klinik...sebabnya demam dan batuk..ade la sekali muntah...so ingatkan demam ni sebab sakan berjalan...mana taknya kitorang memang pusing separuh semenanjung Malaysia la jalan raya punya pasal..first time raya lepas kahwin la katakan...hehe...tapi dalam ingat demam biasa tu, ummi ayong ada berbunyi jugak, "jangan makan ubat banyak-banyak, pergi test.."..tapi anaknya ni macam ye tak ye je ummi ni sebab period jenis tak teratur, rasa macam tak je kan...so buat tak tau jela....degil ini anak...huhu...sebenarnya takut nak letak harapan, karang frust sorang-sorang...huhu...

20/9/13
kalau ikutkan hari ni pun demam lagi tapi sebab ada kerja penting, terpaksa gagahkan diri pergi kerja jugak...masuk kerja kawan-kawan semua tegur demam-demam berisi ke ni...i'olls sengih-sengih jela...demam kan...malas nak layan...suka hati korang la...tapi petang tu on the way balik terdetik pulak hati ni, apa salahnya cek je...ada ke takde belakang kira...so singgah la guardian beli upt...sampai rumah terus pergi toilet senyap-senyap...hehe...test punya test, terus nampak 2 line...erkkkk...gonyoh-gonyoh mata takut salah pandang...memang 2 line...masa tu memang berdebar, tangan jadi seram sejuk semua ada...tak sangka...terus panggil adik ayong suruh dia tengok, dia pun cakap, "betullah tu 2 line..kitorang dah agak dah..." haha..yela tu kan..then macam still tak percaya lagi, kejutkan ummi yang tengah tidur suruh ummi tengok pulak...memang sah...perasaan memang bercampur baur...happy tapi nervous...memang tak disangka-sangka...bayangkan sebelum tu belasah dok jalan sana sini, makan tak ingat dunia....raya la katakan...hehe...masa ingat-ingat balik rasa bersalah pun ada kalau jadi apa-apa kat baby ni...cuak kot...tapi alhamdulillah tak jadi apa-apa yang tak baik..dia sangat kuat...alhamdulillah....
oh lupa...lepas dah agak kurang terkejutnya, whatsapp along gambar upt tu...
boleh dia tanya, "syg hamil ke ni?" aduhai...lakiku...lakiku...kelakar je bila ingat balik...hehe...
sampai sekarang dia suka guna perkataan 'hamil' tu..dia tak cakap pregnant ke mengandung ke....
and ayong rasa sangat comel bila dia cakap hamil...boleh tak macam tu?hahahaha....
nak jugak tepek gambar upt..kenang-kenangan...hehe...



24/9/13
hari yang dinanti-nanti...hehe...since kitorang kan pjj, along balik weekend je...so ayong memang tunggu weekend nak confirmkan pregnant...nak along ada sama...bagi dia dengar sekali apa doktor cakap..ingatkan ada la macam dalam drama kat tv tu ke, selalu kan doktor cakap macam ni, "tahniah..awak disahkan mengandung 2 bulan.." tapi realitinya tak macam tu rupanya...berangan je...hahaha....masuk bilik doktor, bila ayong cakap nak confirmkan pregnant, terus dia ajak pergi scan...ingatkan ada la nak buat upt lagi sekali ke, penat je tahan kencing...hahaha...so doktor pun scan, first time scan perut, yang ni sama macam dalam tv...drama queen sangat kan...haha...doktor cakap baru ada kantung kecik je..nak measure nak tau berapa minggu pun tak pass lagi...so doktor expect mungkin baru 4 minggu...alhamdulillah..masa nampak kantung tu pun dah rasa bersyukur sangat...there is something inside me...comel sangat...hehe...lepas tu doktor bagi folic acid...doktor cakap bulan depan boleh cek lagi..masa tu dah boleh tau berapa minggu...
macam biasa doktor pesan, jaga makan, jaga diri....
dah, tu je kisah 1st check up..hehe..

rasa macam dah panjang sangat post ni....nanti one fine day kita sambung story mory lagi ye..bila tu tak tau la...ibu mengandung...semuanya unexpected...maafkanlah ye...huhu...

Tuesday, September 10, 2013

POST 159: Baby Bump VS Lemak Bump???

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t


gambar sekadar hiasan tapi makan dalammmmm...
sebelum ni ayong memang jenis bambam, jadi tak kisah sgt pun..
plus sekarang boleh bangga bambam berisi...alhamdulillah..hehe..
perut memang macam nampak perubahan, tapi kadang-kadang confuse jugak baby bump ke lemak ni?
hahaha...awal sangat lagi kot nak berbaby bump kan???hehe...excited kemain ni....
apa pun, just berdoa semua baik-baik je dalam perut ni...tetiba teringin nak perut transparent nak tengok apa jadi kat dalam tu...hahaha...start dah mengarut...
ok la...takde apa pun nak story mory sangat, just nak bagitau kitorang alhamdulillah sihat-sihat setakat ni...minggu ni agak bertenaga sikit compared last two weeks...memang lembik tak terkata...makan je muntah..harap-harapnya morning sickness season tu memang betul-betul dah habis...huhu...
nantilah bila baby betul-betul dah stabil, ayong cerita pengalaman 1st trimester ayong ye...
boleh simpan buat kenangan untuk baby..hehe...

Wednesday, August 28, 2013

POST 158: Amalan Ibu Mengandung Dan Menguatkan Rahim

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

1) Membaca ayat2 selusuh.

Maksudnya: Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

2) Untuk mudah beranak: Surah Maryam.

3) Untuk cantik: Surah Yuusuf.

4) Untuk cerdik: Surah Luqman

5) Untuk kuatkan rahim: as Soffat - khususnya kepada ibu yang selalu keguguran.

6) Untuk banyak susu: al Hujuraat

7) Untuk anak kuat iman: al Ikhlas

8) Untuk anak bijak / nak jadi saintis / doktor: Ayat2 yang ada kaitan dgn penciptaan alam maya: 
cthnya: Surah al Ghaasyiah.

9) Kuat agama / ulamak: Ayat2 yang ada kaitan dengan ulamak.Cthnya: Ayat 28 Surah Faathir.


“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

POST 157: JUST KEEP SHARING....

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t


kita selalu dengar ayat "bersyukurnya kita di Malaysia",
"kasihannya diorang kat palestin, syria, mesir dan lain-lain.." kan?
tapi sebenarnya mereka sangat beruntung...mereka di sana In shaa Allah orang-orang yang terpilih menghuni syurga...mereka yang dapat peluang jihad fisabilillah..kanak-kanak yang tiada dosa, syurga pasti untuknya....
tapi bagaimana kita yang di sini? 
suka dengan ayat ini, kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua....
mana yang mampu, buatlah!
kalau mampu berjuang, berjuanglah!
kalau punya kuasa, gunalah kuasa itu sebaik-baiknya!
kalau punya harta benda, bersedekahlah!
kalau mampu berdakwah, pujuklah mereka yang masih tidur dibuai nikmat dunia!
kalau tidak punya apa pun, kita masih mampu berdoa..doa kan senjata umat Islam....
buatlah apa jua yang termampu!
tapi janganlah terlalu keras hatinya sehingga tiada hati dan perasaan melihat dan mendengar apa yang berlaku..membiarkan peluang yang Allah s.w.t beri untuk kita muhasabah diri dan menambah pahala berlalu begitu sahaja....kerana merasakan semua ini tiada kaitan dengan hidup kita...merasakan apa yang berlaku sedikit pun tidak menjejaskan hidup kita...Janganlah begitu...
ayuh bangkitlah!
jangan terus lalai dibuai enak dunia...nasib kita di sana masih belum diketahui...tapi kita masih punya masa...Allah s.w.t masih sayang kita...masih beri kita peluang untuk betulkan apa yang salah...
bukalah mata hati...
jadikan apa yang berlaku ini sebagai tiket untuk kita berhijrah..menjadi hamba Allah s.w.t yang lebih baik...yang lebih soleh dan solehah...yang diberkati hidupnya dunia dan akhirat...

~untuk ingatan diri sendiri dan semoga bermanfaat untuk semua...In Shaa Allah~

Tuesday, August 27, 2013

POST 156: 'Wordless Wednesday' In Advance!

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t


besok takut tak sempat post...so nak post sekarang aci tak?hehe...
Alhamdulillah..last week ada bagitau kan maybe ada good news tapi tak berani nak kecoh-kecoh takut upt tu mengong...tapi weekend lepas dah confirmkan dengan doktor and buat scan...alhamdulillah dah nampak kantung baby...tapi kecik sangat lagi...doktor estimate baby baru 4 weeks..syukur alhamdulillah...sebab ayong jenis irregular period dan tak expect akan ada secepat ni..syukur sangat....
apa pun, still fragile lagi and masih dalam keadaan berjaga-jaga sebab macam-macam boleh jadi...kadang-kadang risau jugak tapi kalau dilayan risau tu jadi stress pulak...so tawakkal ala Allah jela...
korang semua tolong doakan kitorang sihat dan kuat ye...
semoga baby berkembang dan membesar dengan sihat dan kuat...aamiin..

p/s: try to be not too excited, but cannot resist laaaa...please pray for us...huhu...

Friday, August 23, 2013

POST 155: Review Wedding Signage Versi Along ❤ Ayong

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

Haaaa....kan betul buat post kat blog mesti terasa masa laju bergerak...tengok-tengok sekarang dah pukul 12 tgh hari....15 minutes to go...lepas tu nak balik tidur...hehe..
15 minit ni kalau tak buat apa-apa mau rasa macam 15 jam...so bagi merasakan 15 minit macam 15 saat, ayong nak review lagi satu benda pulak la...
benda ni memang simple je..nak buat pun bukan susah sangat..tapi peranan dia memang cukup penting...sebab kalau takde benda ni, karang tak sampai tetamu-tetamunya..so betapa hebat wedding kita pun, tapi orang tak datang, apa cer kannnn???
so jangan tertinggal masukkan signage dalam wedding checklist ya b2b sekalian.....
ni la rupa wedding signage versi kitorang...hehe...


simple je kan?
yang penting kena make sure tulisan besar dan jelas bagi orang nampak...tak payah kot nak tulisan berlingkar bagai tapi orang tak nampak..tak sampai mesejnya...
benda ni ayong buat sendiri je...taip-taip kat word, print and laminate....then lubangkan...
malam sebelum hari kejadian, minta tolong abah and pakcik ayong pergi gantung kat tempat-tempat yang dah ditetapkan...takkan pengantin pulak nak pergi gantung kan...dasar anak manja ni...hahaha...
nasib baik jugak dewan ayong kahwin tu taklah ceruk sangat, 
so senang jela nak buat direction..hehe....
jom layan gambar..hehe..

ni masa tengah meeting nak gantung kat mana....serius kemain kan muka masing-masing...hehe...

cik ayong posing...masa ni cik lagi okeh...hahaha...muka penat giler kot masa ni...hehe....

my hero forever!!! nak posing jugak...hehe..

sekian la cerita wedding signage kitorang...gambar live yang digantung pun tak sempat snap...sebab majlis daerah yong peng ni efficient sangat buat kerja...2,3 hari lepas tu tengok dah takde...
mesti ada yang simpan buat kenangan ni kan...hahahaha....

p/s: yeay!!!dah pukul 12.15....jom balik!!!!!!!

POST 154: Review Welcome Board Poster By Partyprint

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni terasa sangat tak produktif....dah la bangun pagi hujan...nak bangun pergi kerja terasa sangat melemahkan jiwa raga...drive pergi kerja pun dalam hujan, dah lemau je rasa...sampai office lak ada 2 org je ari ni...lagi la tak semangat...hohohohoooo....apa nak jadi ni tak tau laaaa...
sudahnya nak bagi masa ni terasa gerak laju sikit, kita main review-review la ye...nak habiskan wedding review....ada sikit lagi...lepas ni maybe ada cerita lain pulak..hehe..aamiin...

wedding review
yang font kaler hitam tu tak review lagi..
so sekarang ni ayong nak review welcome board poster yang ayong guna masa wedding...
sebelum ni rasa ayong pernah membebel pasal welcome board poster ni...kat sini...
kan konon-konon nak buat welcome board poster ala-ala pic ini...


dan ini hasilnya.....ala-ala islamic and malay version...hehe...
pic credit to Partyprint
amacam???ala-ala tak???hehe...
ok, sekarang meh nak cerita siapa vendor yang berjaya merealisasikan keinginan nafsu ayong yang satu ni...
sebenarnya ayong tempah buat poster je dengan Partyprint...salah satu vendor printing yang tak asing lagi kan...mula-mula cuak jugak nak tanya harga sebab vendor famous tu kot la mahal sangat,
tapi rupanya tak...still dalam bajet...alhamdulillah....
ayong tempah poster ni ikut saiz frame Ikea yang famous amos murah tu...saiz dia 50cmx70cm...material terpauline..ayong pilih material ni sebab murah sikit...so total harga ayong kena bayar untuk minta dia design and print poster ni RM50 sahaja...kira murah la setakat yang ayong survey...ingat nak buat kat tempat ayong print bunting and banner tu, sekaki singgit, tapi saiz nak buat poster ni dia tak boleh buat pulak..
so far deal dengan Partyprint sangat la senang...reply pun cepat jugak...ayong deal kot email je...yang lagi best rupanya akak owner Partyprint ni tinggal kat area apartment ayong duduk masa dekat jb dulu...so boleh ambil by hand je tak payah pos-pos....lebih kurang seminggu la kitorang dok berbalas email, bagi design, confirmkan design..hasilnya pun sangat memuaskan...ayong bagi draf design macam mana yang ayong nak...dan alhamdulillah akak tu come out dengan design poster yang sangat cantik....
sekarang ni frame poster ni tersimpan rapi dalam almari tunggu masa untuk digantung di rumah kitorang yang comel itu...hehe....kesimpulannya ayong memang sangat puas hati dengan Partyprint...
so highly recommended la!!
dia ada buat macam-macam lagi tau...bukan setakat print poster ni...ada buat doorgift, deco candy bufet, guestcorner dan macam-macam lagilah....korang usha sendiri ye...ayong bagi link dia...


Email: partyprintjb@yahoo.com

p/s: maaf takde gambar live guna welcome board ni masa wedding...ayong letak frame ni kat easel yang ayong pinjam dengan kawan ayong...save bajet...hehe..
harap-harap op ada snap pic welcome board poster ni...
cerita pasal op????
gambar belum siap lagi la...harap-harap dapat disiapkan sebelum terberanak...opssss...hehe...

Wednesday, August 21, 2013

POST 153: Selamat Hari Raya Ke 14..Hehe..

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

Sempat lagi kan nak wish selamat hari raya? hehe...
sorry la ek...cuti raya, maka blog pun bercuti jugak la...
blogwalking pun tak menyempat...apa pun, ayong doakan semua baik-baik aje k...
disebabkan blog dah bercuti lama, maka mood penulisan pun baru nak masuk gear 1 balik, jadi lambat sikit nak panas..so kita layan gambar jela ye sebagai kenang-kenangan raya 2013...

ni pic family besar ayong...tema tahun ni lelaki grey, perempuan pink....
tp along pink???special case ok..hahaha...

1st raya husband and wife..alhamdulillah...semoga kekal hingga ke syurga...aamiin....

tu jela gambar raya tahun ni...pengalaman raya yang sangat best tahun ni...alhamdulillah...

p/s: maybe ada good news..tunggu dah betul-betul confirm ayong share ye...doakan semua baik-baik je k..

Monday, August 5, 2013

POST 152: Review Handbouquet Meletop Kalah Meriam Buluh By Mila AAWD

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

Tajuk sangat mood hari raya kan...hahahaha...
Disebabkan mood kerja dah negatif..jom kita sambung review la ye...hehe...
kali ni nak review handbouquet yang super gojes by mila..lagi super duper gojes bila dapat handbouquet ni sebagai hadiah...yeay!!! btw, korang kenal tak mila? rasa ramai b2b and ex b2b familiar dengan nama mila...mana taknya, owner wedding vendor yang hasil kerja diorang memang meletop kalah bunyi meriam buluh ok...kalau korang tak percaya and baru nak kenal mila ni, sila-sila terjah link ayong bagi ni ok...

fb bisnes: Azmah Ahmad Wedding Deco & Events
blog bisnes: Azmah Ahmad Wedding Deco & Events

ayong pun pernah buat pre review untuk Azmah Ahmad Wedding Deco & Events dalam giveaway yang ayong join...kalau nak layan, boleh terjah sini ye...alhamdulillah melalui giveaway ni la ayong berjaya menang handbouquet by mila...sebelum tu memang mengidam sangat nak handbouquet by mila...tiap kali tengok mila upload gambar handbouquet dia buat untuk b2b, memang meleleh la wa cakap luuuu....so bila mila buat giveaway and nak hadiahkan handbouquet ni memang takkan melepaskan peluang...yang ni memang join untuk harap menang...memang nak sangat...dan alhamdulillah ayong berjaya!!
ni entry mila announce pemenang...yeay!!!
happy tak terkata la masa tu...walaupun ramai pelik la apa ke jauh sangat tempah handbouquet....dari johor ke selangor....rasa kalau transfer duit minyak tol nak pergi sana ambil handbouquet tu dengan duit tempah handbouquet lagi mahal kot duit minyak tol tu..hehe...tapi handbouquet ni worth RM100 jugak tau..
sebab mila punya pasal, apa pun boleh la...hahaha..
uisyyyy....banyak pulak membebelnya kan...hehe..jom layan gambar la...
meh tengok betapa super duper gojes handbouquet mila ni...hehe...
ni rupa hb fresh from the oven...tercengang tengok mila buat...memang cantik sangat!!!
dan BESAR!!suka giler.....baru la menyerlah...hehehe...
close up..siap ada brooch lagi...elegan sangat..hehe...
close up lagi....ada pearl-pearl lagi tau...princess sangat..hehe...
close up handle dia...suka giler jugak...macam klasik tapi elegan kot bunga-bunga besi tu...kalau nak buat sendiri memang tak tercapai akalku kot...huahuahua...
walaupun pakai artificial flower, tetap cantik and nampak fresh...teringin jugak nak pakai fresh flower, tapi sebab jauh, terpaksa lupakan hasrat tu....tapi bagus jugak artificial flower, sekarang elok lagi tersimpan...nak guna balik pun boleh..kot-kot nak berangan feeling-feeling pengantin lagi...hahaha....
kesimpulannya ayong memang suka giler sangat la dengan handbouquet ni.....lebih dari yang ayong bayangkan....nak deal dengan mila ni pun senang...ayong just bagi kaler baju je...yang lagi best punya nak jimat, cakap dengan mila mintak dia buat handbouquet yang boleh masuk dengan dua-dua baju nikah and resepsi ayong..dah la 1 kaler pink, 1 kaler royal blue...tu je...design apa kejadah semua serah pada mila yang pakar je..hehe...kejam tak? risau jugak mula-mula boleh ke mila buat...tapi alhamdulillah...she made it!!!!

ni pic masa nikah...sorry gambar ni lagi...feveret pic sangat...hehehe....

ni masa dengan baju resepsi...hb tu macam jadi kontra tapi daya penarik...ecewahhh...hahaha....
akhir kata mila punya hasil tangan memang kebabom meletop pom pom pom la...
cantik sangat dan berbaloi-baloi...
jangan kata handbouquet dia, mini pelamin, pelamin dan lain-lain diorang buat semua cantik-cantik...kalau ayong duduk area dekat-dekat dengan mila, confirm ayong hire diorang...sebab harga pun berbaloi-baloi....
last but not least, thanks a lot mila!!! you are the best..keep it up!!
ayong doakan mila berjaya dan lebih berjaya dalam bidang ni...tak mustahil one day Azmah Ahmad Wedding Deco & Events akan jadi wedding vendor yang terbaik dari ladang setaraf wedding vendor yang famous amos meletop di abad ini...aamiin....

POST 151: Mode Raya On, Mode Kerja Off!

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

woot woot!!!
korang kerja lagi ke hari ni?
ayong kerja lagi...huhuhuhu...sadis giler....lagi sadis bila along dah cuti dan dia mesti tengah lena diulit mimpi sekarang ni...mimpi I lettew....hahahaha....sadis tau..saat menyayat hati tadi bila kena pergi kerja tengok dia santai-santai..merengek-rengek taknak pergi kerja...gaya macam budak taknak pergi sekolah....hohoho...
sungguh mood nak kerja dah paras negatif...bukan setakat kosong, negatif ok....achaner niiiii???
nak layan blog je satu hari boleh tak?hahaha...
tapi kena cari ilham jugak dulu.....kalau takde ilham melalut merepek meraban jela gayanya....
jadi macam post yang ni la...huahuahua...
idea!!! please come to mummy!!!!!!

Wednesday, July 31, 2013

POST 150: Review Wedding Guestcorner Versi Along ❤ Ayong

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

Selamat hari rabu korang...biasa rabu konon-konon wordless wednesday kan? tapi hari ni tak berapa nak wordless sangat la...sebab tiba-tiba rajin nak sambung review kahwin....korang layan jela ek...
nak jadikan kenangan...sekali seumur hidup kan...hehehe....
so hari ni nak membebel pasal ruang guestcorner ayong....sebelum-sebelum rasa banyak dah post-post pasal props untuk guestcorner...so post ni kira macam kita cerita sekali harung semua benda la ye...
sebelum membebel lagi panjang, jom layan ganeeee rupa guestcorner ayong tu ye akhirnya...hehe...

ni la rupanya...simple je...hehe...
yang penting kos nak buat corner sangatlah jimat dan berbaloi-baloi...
dalam semua benda ni, banyak yang ayong DIY and ada yang menang giveaway...
alhamdulillah...semua menjadi seperti yang dirancang...
meja dan alas meja semua catering yang uruskan...kitorang just letak segala benda alah tu je...hehe...

kenapa ayong semangat sangat buat ruang guestcorner ni??
sebabnya rasa semua pun maklum masa hari kejadian adalah hari yang kita akan jadi tersangat sibuk dan pemes ala-ala retis ye..so memang kita takkan dapat nak jumpa semua tetamu...ada yang datang masa kita tengah siap-siap, ada yang datang masa tengah makan damai, ada yang tak dapat tunggu lama...jadinya ruang ni jadi tempat untuk tetamu-tetamu kita tinggalkan jejak diorang...walaupun tak dapat jumpa masa hari kejadian, tapi bila balik baca wishes diorang tu memang tersangat happy dan terharu tau....ada yang sanggup datang jauh-jauh...terharu sangat...terima kasih semua...

sekarang, jomlah kita layan apa yang ada kat guestcorner ayong ni ye...zassssss!!!!

frame ni ayong DIY...so baru la orang tau apa nak buat kat corner ni kan....hehe..

wishing tree!!
yang ni tak plan pun nak ada. tapi alhamdulillah menang giveaway The Photobooth Corner dapat hadiah ni...siap frame dah...comel sangat...lama jugak la simpan benda ni..thanks a lot diba!!!!
kat atas tu ada link ayong dah review panjang lebar...terjah ok....hehe..

ni adalah stamp pad diba bagi jugak...ada 3...boleh request colour...
so ayong pilih kaler hijau, merah dan pink...hehe..sekarang dok simpan elok lagi...
bolehlah nak guna lagi nanti kalau tiba-tiba rindu nak main cop-cop..hehe...

ni bukti nenek ayong yang sangat sporting meninggalkan cop jari beliau...hehehe...
ce teka yang tertepek cop jari atas sekali tu siapa punya....hehe...

ni pakcik dan makcik ayong...semangat diorang main cop-cop...almaklumlah masa tu kan baru habis pilihanraya, mode dakwat kekal on lagi...hehehehe....

~nanti ayong tunjuk hasil akhir wishing tree ni ye..menjadi ke tak 'tree'nya..hehe..
mana entah gambar snap ari tu..nanti ye...~

next!!
ni kad ucapan ayong DIY sendiri...gigih mendesign, mengadap printer satu hari, menggunting benda alah ni....tak sangka akan jadi serajin itu bila nak kahwin...isy..isy..isy...
ayong ada cerita progress pasal benda alah ni kat sini....layan ye...

dah ada kad mesti ada kotak kan...kalau tak kang habis bertaburlah semuanya...
ni kotak pun DIY jugak...DIY paling senang...hehehe..

next!!
guestbook by Made With Love YZ Quilling sponsored by bff ayong...hazirah, ieza and yuyun...thanks korang!!!diorang bagi guestbook ni dengan props untuk photocorner...yeay!!!!
ayong memang suka sangat seni quiling...one fine day nak belajar buatlah...one fine day ya....hahaha..
nanti kalau ada kesempatan nak buat special entry untuk Made With Love YZ Quilling la...hehe...

ni bahagian dalam....comel sangat....nanti ayong share ucapan-ucapan yang best-best dengan korang ok..macam-macam jenis ucapan ada...baca banyak-banyak kali pun tak bosan...
gelak memang tak ingat apa dah...hehe...thanks semua!!!!

bagi teaser dulu la..yang ni the best wishes!!!!
ucapan dari adik kecik ayong...sooooo cute!!!!

alaaa...sebenarnya nak tunjuk kat korang huruf A dengan R dengan bentuk love tu...
tu hasil DIY last minit...bila ingat balik, tak terbayang macam mana boleh jadi segigih itu...and yang penting sangat berbaloi dan puas hati...hehe...ayong ada cerita pasal benda alah tu kat sini....layan jugak k...
oh!!lagi satu...kalau korang perasan lori oreo tu....tu bukan saja-saja letak kat situ ok...ada makna tu letak kat guestcorner ni...jadi tempat letak pen and marker...hehe...
lori oreo tu pun hadiah giveaway by ciklilyputih...terima kasih...bermanfaat jugak...
semangat giler nak dapatkan lori oreo tu tau sebab comel sangat...hehe...

tu la kisah guestcorner ayong...sangat puas hati dengan semua benda..yang DIY, yang disponsor...yang penting semua tetamu sangat memberi kerjasama...alhamdulillah..
semua ayong akan simpan jadi kenang-kenangan....
terima kasih semua!!!!

Tuesday, July 30, 2013

POST 149: JDT vs TRW????

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

Johor?

Klate?

Johor??

Klate??

Johor???

Klate???

and the winner goes tooooooooooooo












yeay!!!hahahaha....
apa kejadah la ayong ni pagi-pagi kan...sindrom nak raya punya pasal la ni...hahaha...
ni la akibat kalau kahwin orang jauh-jauh kan...haha..
dah jodoh kan...nak wat ganeeee...hehe...
sebenarnya tahun ni takdelah gaduh sangat pun nak raya mana...dah bincang dari sebelum kahwin lagi..haha..
lepas tu ummi ayong cakap first year kahwin ni la nak pujuk suami raya rumah kita dulu, sebab peratus dimanjakan tu tinggi lagi....cuba tengok lepas lima tahun kahwin....wait and see yaaaaa...hahaha...
alkisah ayong berjaya pujuk along raya johor dulu tahun ni dengan alasan kitorang kan busy prepare kahwin je ari tu, tak sempat nak plan balik klate cepat-cepat..nak balik bila, dengan apa....
so bila dah lambat ni, nak drive sendiri balik sebelum raya memang tak la kan...tak sanggup nak meredah jem...huahuahua..tiket bas kompem-kompem tak sempat nak beli...tiket flight mahal ya amat....
so kitorang pun decide balik klate petang raya pertama...tiket flight dah murah sikit...
makanya dapatlah malam raya dan pagi raya di johor dulu...tu yg penting kan....hoyeah!!!hahaha...
tapi along ni pun bijak jugak...dia tau kelemahan ayong suka makan...dia suka cerita makanan sedap-sedap kat klate..dia kata makanan tu semua ada kat klate masa bulan puasa je...nekbak la, akok la, kuih segala kuih yang sedap-sedap...terliur je dengar...huahuahua....sampai la ayong terpaksa buat ayat,
"tahun depan kita balik klate sebelum raya ek...boleh rasa puasa kat klate.."
along pun laju jela mengangguk.....sabo je lerrrr laki aku...isy...isy..isy....
korang raya mana????
jangan gaduh-gaduh tau....gaduh manja-manja takpe....hehe...

p/s: kebelakangan ni banyak pulak kes isteri belasah suami..korang perasan tak???
hmmm...semoga kita semua bahagia hingga ke syurga...aamiin...

Thursday, July 25, 2013

POST 148: Baju Raya Seorang Isteri...Hahahaha...

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

Tajuk tak boleh bla kannnn...macam dahsyat sangat baju raya bila dah jadi isteri ni...hehe...
takdelah...biasa-biasa je...sikit je berubah...biasa setiap tahun cari warna baju nak sedondon dengan ummi abah adik-adik semua...tapi tahun ni kena dulukan suami...kena cari yang sedondon dengan suami...hehe...
so hari tu jalan-jalan kat mydin jasin..terus berkenan kat baju ni...harga pun dalam bajet...bawah 100 je...hahaha...baju kurung sekarang mahal-mahal...standard price semua stok 200 lebih...yang cantik-cantik la...adoyaiiii....so bila dah jumpa yang berkenan dan harga dalam bajet teruslah rembat kan...


first time ada baju peplum...layankan aje la..mata dah berkenan..hehe..
along pakai baju nikah hari tu je..tu yang tema kena pink jugak...hehe..ayong takkan nak pakai dress nikah hari tu pulak kan..meletop sangat karang...tercengang orang kampung...hehe...
sekian kisah baju raya...tunggu update 1st day raya ek tengok comel tak laki bini..haha...

p/s: takpe kan cite pasal raya sebab dah lebih 15 hari puasa? hahahaha.....
apa pun, seronok-seronok jugak, ramadhan yang masih bersisa lagi ni jom manfaatkan sehabis baik ok...=)

Wednesday, July 24, 2013

POST 147: Review Wedding Photocorner Versi Along ❤ Ayong

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

Hollaaaaaa.....
petang-petang gini dengan cuaca yang mendung je ayuhlah kita update blog..dah tak lalu nak tengok report kerja..rasa loya nak muntah pun ada...tak pasal-pasal batal puasa karang..hehe...
sampai jugak seru nak review my lovely corner ni...hehe..
sebelum ni ayong dah review bridal ayong kan..dalam review tu ayong ada bagitau bridal ayong yang buatkan background untuk photocorner ayong yang sangat cantik dan awesome..
wedding sendiri kan kalau sendiri tak puji, siapa lagi nak puji kan....hehe..
ok, cukup dah mukadimah....jom layan kisah photocorner ayong ni ye....

ni rupa asal yang bridal buatkan...
simple je mintak background pelamin 1 panel..background semua ayong serah pada bridal, ayong tak kisah macam mana pun asalkan cantik...then bridal bagi set meja dan kerusi putih....
ni setelah dideco oleh ayong and the gang..hehe...
ni la rupa background photocorner ala-ala pelamin kitorang..

jom close up apa ada kat photocorner versi ayong ni...check it out!
full view...
ada centerpiece, segala macam props (separuh DIY, separuh bff ayong hadiahkan), ada board and marker, ada signboard, then label corner...mostly DIY sendiri...alhamdulillah..benda-benda ni semua ayong start buat setahun sebelum..alhamdulillah dapat siapkan awal...so reminder untuk b2b, kalau nak DIY, better buat awal ye...so tak la huru hara nanti sebab percayalah, makin dekat majlis, makin banyak nak kena setelkan especially unexpected things..hehe..
close up props...memang banyak giler...in the end majlis tu memang huru hara meja ni..hehe...tapi ayong puas hati sangat...rasa berbaloi sangat put effort untuk photocorner ni...alhamdulillah...
ni props ayong buat sendiri...ayong ada review kat sini dan sini...
berbaloi-baloi buat benda alah ni dan sangat menjimatkan...hehe..
ni pulak props yang ayong cakap bff ayong hadiahkan..
thanks hazirah, ieza dan yuyun!!!sayang korang ketat-ketat!!
diorang tau ayong memang sangat obses dengan photocorner ni...so diorang tempahkan benda alah ni special untuk wedding ayong...diorang tempah ni dekat Made With Love YZ Quilling..harga ayong tak sure berapa sebab nama pun hadiah kan...kalau tanya karang kena ketuk...hehe...diorang pun tempah guestbook jugak dengan yanie...and guestbook tu sangat comel...
tu nanti ayong review masa review guestcorner ok...sabau..hehe...
untuk props ni semua ayong yang mintak nak wording semua macam mana...love tu pun ayong request...dan yanie berjaya buat macam yang ayong nak bahkan lagi cantik...suka sangat!!
thanks yanie @ 
Made With Love YZ Quilling!!!
ingat handbouquet ni? handbouquet by MrsNellyBouquet..
yang comel-comel itu..hehe...ayong ada review jugak hb ni kat sini...
tak sia-sia menang giveaway nelly...alhamdulillah...thanks a lot nelly!!
tiga budak kecik ni 2 orang sepupu ayong, yang baju oren tu adik ayong..
melaram habis diorang dengan hb ni..comel kan???love this pic a lot!!!
ni pun salah satu deco kat photocorner...kalau korang ingat lagi, dulu ayong ada menang customade button badge dari Gift & Tq Tag By Wawai Yus....alhamdulillah...rezeki orang nak kahwin...jenuhlah fikir macam mana ayong nak betul-betul manfaatkan benda alah ni...ayong risau kalau bagi orang, orang nak ke simpan, karang buang rata-rata, buat rugi je...so fikir punya fikir, in the end dapat idea buat frame ni..simple je...frame beli kat ikea, ada review sini, then kain putih tu memang ada kat rumah, huruf-huruf tu ayong guna kain felt yang menang giveaway jue, ada review sini, gigih gunting-gunting jadikan huruf tau..hehe....then pinkan button badge tu...siap...hehe....
now simpan dulu benda ni, nanti kitorang nak gantung kat dinding rumah...hehe....
ni signboard ayong diy..beli frame 5 ringgit, print atas a4, masuk dalam frame..dah siap!!
sekarang frame tu boleh guna letak gambar kitorang pulak..
tu yg best DIY ni, boleh guna balik..tak membazir..hehe..
jom layan ragam mereka-mereka melaram dekat photocorner ni...suka tengok..hehe..

ni dua orang kuat ayong yang tolong set up dewan malam sebelum hari kejadian...anah and fena..
thanks korang!!jasa korang dikenang sampai bila-bila...hehe...

ni pic kawan ayong editkan...diorang ni kawan ayong masa sekolah...thanks korang sudi datang!

ni gambar dengan family abang abah...semua layankan aje pengantin...haha...

ni adik-adik ayong...suka tengok diorang guna props tu..hehe..

my bff yang tercinta!!!

ni gambar kawan-kawan along..along cakap diorang suka sangat corner ni...sebabnya diorang ni semua datang dari kl, masa diorang sampai kitorang tengah salin baju kat rumah...so bila ada corner ni diorang tak la bosan melangut je tunggu kitorang sampai...memang happy sangat bila dengar along cerita...hehe...

kalau nak tengok gambar lagi banyak klik link bawah ni ye..

lepas dari majlis tu kitorang banyak dapat komen-komen pasal wedding kitorang...ramai cakap wedding yang comel dan unik..hehe..alhamdulillah..so, memang tak sia-sia la kalau korang buat photocorner ni...ada kelainan sikit kan..sebab majlis tu memang sehari je, tapi kenangan untuk selama-lamanya...hehe...
selesai kisah photocorner...next kita review guestcorner pulak ye...hehe....