❤ Followers ❤


❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 17, 2012

POST 23: Review Hadiah "Contest Like, Post & Win RM600" by Kina

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya dah lama dah terdetik nak buat entri untuk review hadiah yang ayong pernah menang melalui contest dan giveaway ni, tapi asyik terbengkalai je sebab masalah-masalah yang tak dapat dielakkan..disebabkan tempoh lama terbengkalai tu, tiba-tiba terfikir pulak why not alang-alang nak buat entri review, review terus blog yang bagi ayong menang ni..sebagai tanda penghargaan atas kesudian menganjurkan contest, giveaway dan sebagainya...bukan senang tau nak buat contest, gveaway dan lain-lain yang sewaktu dengannya..semoga review ni sedikit sebanyak dapat membalas jasa blogger yang sudi anjurkan contest, giveaway dan lain-lain untuk pencinta-pencinta contest macam ayong ni...thanks a lot!

REVIEW HADIAH

Kalau korang masih ingat, bulan Julai hari tu mummy Shakina Farhan kita ada buat "Contest Like, Post & Win RM600" kan? Contest ni merupakan contest pertama yang ayong join sejak menjebakkan diri dalam dunia blogger..Kalau nak baca entri ayong, klik sini...

Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t, ayong berjaya menang hadiah misteri dalam contest ni...hadiah dia memang misteri sebab ayong dengan kina je yang tau...haha...tu yang nak reveal dalam entri ni...ayong memang bersyukur sangat dapat menang hadiah ni sebab ni contest pertama join, so ayong memang buat dengan penuh kesungguhan la jugak..bila menang tu memang rasa bersyukur sangat, sebab biasanya melalui yang pertama yang jadi penentu semangat tu makin berkobar-kobar atau makin lemah..bila menang ni, memang rasa semangat nak join contest tu terus meningkat...sekarang ni join contest memang dah jadi hobi, yang penting, sebab utama bukan hadiah yang ditawarkan, tapi sebab nak mendapatkan kepuasan untuk diri sendiri...Alhamdulillah...

Ok..berbalik pada contest yang kina anjurkan ni, macam ayong cakap tadi ayong menang hadiah misteri yang diumumkan dalam entri kina yang ni..klik gambar kat bawah ni ye...


masa dapat tau tu dalam hati cakap tak kisahlah kina bagi apa pun, memang excited sangat..benda free siapa taknak kan..hehe...jomlah ayong tunjuk apa hadiah misteri kina tu...

bungkusan yang baru diterima..memang ekspres, kina email bagitau dah pos barang, besok dah sampai..flying from bintulu..hehe...
ni la hadiahnya... Crest Whitestrip Classic..ni yang kina pakai masa event bertandang dia dulu..
thanks a lot kina!
close up bahagian depan
close up bahagian belakang
sekarang ni hadiah ni masih tersimpan rapi lagi...nak guna nanti bila dah nak dekat-dekat kahwin...thanks once again kina sebab bagi ayong menang, bagi hadiah misteri ni yang kalau nak beli sendiri rasanya memang tak terbeli la kan..yang penting bagi ayong semangat untuk meneruskan usaha join contest...thanks a lot!!

REVIEW BLOG

sekarang, jom kita review pasal blogger shakina farhan ni ok..rasanya kalau b2b tu majoriti kenal kina ni kan..memang femes sangat sebab beliau salah seorang pemangkin semangat untuk b2b merajinkan diri membuat sesuatu yang terbaik untuk big day masing-masing..dengan idea yang lain dari yang lain, kerajinan DIY yang tidak boleh disangkal lagi, explanation tentang preparation yang sangat detail..she deserved it!

kina ni ada 3 blog..memang blogger sejati la ni...kita yang ada satu blog ni pun kadang-kadang berkurun nak update blog..kan??hehe...jom kita tengok satu-satu ok...

blog ni merupakan salah satu blog terawal yang ayong jumpa yang menukar fikiran ayong tentang dunia blog...thanks to this blog! dalam blog ni kina ceritakan semua preparation untuk majlis perkahwinan kina dan pudin..boleh dikatakan semua persediaan diceritakan dengan detail..kalau cerita pasal DIY project tu, siap dengan tutorial, bajet, harga setiap bahan beliau bagi, memang sangat membantu...segala susah senang sepanjang persediaan beliau diceritakan dalam blog ni...siap blog ni jadi diorang punya checklist...kat situ menunjukkan blog ni memang amat membantu jika kita pandai manfaatkan..melalui blog ni jugak kina join banyak contest yang membolehkan beliau menang secara tak langsung sangat membantu mengurangkan beban untuk majlis beliau...bab ni ayong memang salute habis dengan kina..sekarang ni semuanya dah selamat tapi kina masih berusaha aktifkan blog ni untuk membantu b2b dalam preparation masing-masing..kadang-kadang kina post pasal contest, promo, vendor yang best untuk b2b...sangat-sangat menghargai apa yang kina buat walaupun beliau bukan b2b lagi..lagi satu, melalui blog ni jugak kina ada sewakan barang-barang kahwin seperti payung dan bantal nikah..memang sesuai la blog kina yang satu ni dapat anugerah MOST FABULOUS BRIDE 2011!

untuk maklumat lanjut,korang boleh terjah link-link ni:
Email: shakina_farhan@yahoo.com

ni online shop kina..tapi masa entri ni ditulis, kina berhentikan sementara proses jual beli sebab baru dapat baby Shahadah Chinta...kalau nak beli apa-apa, kena tunggu kina announce la ok..

produk dan servis yang boleh dapat melalui blog ni:
1) wedding rentals and services (macam ayong dah tulis kat atas)
2) Homemade cookies (family kina memang jual biskut raya)
3) crest whitening strips (ada macam-macam jenis, salah satu yang kina bagi ayong tu..hehe..)
4) Tony Moly Lip Tint (lip gloss yang ayong teringin jugak nak dapat..hehe..)
5) Sterilizer and warmer
6) Medela Breastpump

untuk maklumat lanjut,korang boleh terjah link-link ni:
Email: shakina.farhan@yahoo.com

yang ni blog personal kina yang dibuat selepas beliau kahwin...katanya sayang nak kacau blog Journey Of Bride To Be dengan cerita-cerita peribadi selepas kahwin...maka segala cerita mengenai personal akan dicoretkan dalam blog nan satu ni, segala kisah tentang keluarga, resipi masakan, pengalaman mengandung, bersalin dan perjalanan hidup selepas ni mesti kina akan cerita kat blog ni...so, stay tune!

untuk maklumat lanjut,korang boleh terjah link-link ni:

Alhamdulillah..tercapai jugak hasrat ayong nak review hadiah dan blog kina...harap-harap kina dapat luangkan masa baca entri yang tak seberapa ni...hehe...last but not least, thanks once again to kina! congrats for your newborn baby..semoga terus bahagia di samping keluarga tercinta hingga ke syurga..aamiin...

p/s: ada hutang nak review hadiah dari sweet lizahanum, something handmade by nuie and fiszah pjo...insyaAllah akan dilangsaikan secepat mungkin..
~moga dipermudahkan segala urusan kami semua...aamiin..~





No comments: