❤ Followers ❤


❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 28, 2012

POST 19: 01 JUN 2013 @ 22 REJAB 1434

Assalamualaikum w.b.t

1 JUN 2013 @ 22 REJAB 1434
macam yang ayong bagitau sebelum raya tarikh big day kitorang akan ditetapkan...perbincangan serampang dua mata tak dapatlah nak buat kan memandangkan kitorang ni johorian vs kelantanese...jauh amat...maka perbincangan hanya dibuat melalui kitorang sebagai orang tengah...alhamdulillah kedua belah pihak setuju dengan tarikh 1 JUN 2013 @ 22 REJAB 1434...
Oh..untuk makluman, hanya satu kenduri akan diadakan bagi meraikan keluarga belah perempuan dan lelaki dan sahabat handai...jadi kitorang ni takdelah yang minggu ni belah perempuan, minggu depan belah lelaki...tapi insyaAllah sedikit majlis kesyukuran akan diadakan di rumah keluarga lelaki pada masa yang akan ditetapkan kelak..

Bila dah ada tarikh ni, rasa blur pun ada...apa nak kena buat ek..padahal lepas tunang hari tu terus dah buat wedding budget, wedding planner, wedding checklist...almaklumlah dulu excited sangat nak buat...dok peram lima bulan,  lupa dah apa yang ditulis..hehe...So, sekarang dah buat countdown..kalau ikutkan ada lagi 277 hari 6 jam 40 minit 40 saat dari masa post ni ditulis, bersamaan lebih kurang 9 bulan...
boleh dah kan nak mulakan misi gerak gempur???
tapi nak mula dari mana ek?? hahaha...
apa pun...doakan semoga semua urusan kitorang menuju yang halal ini sentiasa dipermudahkan dan mendapat keberkatan Allah s.w.t...dan semoga kebahagiaan yang dipinjamkan Allah ini kekal hingga ke syurga...aamiin...



Monday, August 27, 2012

POST 18: ~Aidilfitri 2012~

Assalamualaikum w.b.t
Back to work lepas seminggu bercuti raya!
haruslah tak cukup kan...ni tengah mengalami Monday Blues, Raya Blues, semua ada...hohoho...
Raya ayong tahun ni alhamdulillah, semuanya secara bersederhana, yang penting dapat balik kampung ummi abah, jumpa saudara mara, kawan-kawan, memang beronok-ronok!!hehe..
sebelum kita layan gambar, untuk makluman semua, tahun ni takde gambar family di pagi raya pertama...semuanya gara-gara kamera yang diguna pakai untuk mengambil momen-momen indah di pagi raya itu telah diformat dengan tidak sengaja...suspek yang memformat kamera itu masih belum dikenal pasti...agak sedih di sini kan....huhu....tapi nak buat macam mana kan, dah takde rezeki gambar raya tahun ni...takpelah...lagipun, gambar tahun lepas tetap yang paling terbaik, siap berstudio bagai kan, jadi takdelah terkilan sangat...tahun depan pulak ye...hehe...
tapi raya tahun ni tetap meriah sebab ni tahun pertama ayong sekeluarga beraya kat yong peng, johor setelah lima tahun kitorang bermusafir di perak...aura raya kat johor ni memang berbeza sikit..sebab dia ada macam-macam, marhaban la, budak kecik pun nampak lagi la berjalan-jalan meredah rumah orang kumpul duit raya,  lagi pulak kawan-kawan sekolah semua memang ramai kat johor, memang beronok-ronok la dapat pergi raya rumah diorang...kalau kat perak dulu, kitorang duduk rumah tengok tv jela...hehe..

LIMITED EDITION AIDILFITRI 2012

masa: aidilfitri 2012

YUYUN  HAZIRAH    AYONG    IEZA



masa: form 3 @ TIGS, Batu Pahat
ni yang paling special untuk tahun 2012...
jejak kasih empat orang sahabat secara serentak setelah lapan tahun terpisah tanpa dirancang..Alhamdulillah...
kitorang dah kawan sejak form 1...
walaupun pernah ter'lost contact' membawa haluan masing-masing lepas habis sekolah tahun 2004, kini kitorang mampu bergabung! 
Dioranglah kawan masa gembira, masa nangis, masa ada masalah, kawan gurau, kawan menyakat, kawan gaduh...kalau jumpa diorang ni tak sah kalau gelak tak sampai lenguh rahang...diorang memang terbaik!!
sayang korang!!
semoga persahabatan ini kekal hingga ke syurga...aamiin...
masa ni tak pergi rumah yuyun lagi...
@ rumah ieza
raya rumah aida @ ayer itam..ni pun jejak kasih jugak!
open house rumah parents yana samsuddin @ yong peng
duit raya ayong tahun 2012...hehe...yang biru ummi abah bagi, yang kuning ayahlang bagi..terima kasih...tak bukak lagi tau sampai sekarang...ada sentimental value...hehe... 
duit raya untuk adik-adik, sepupu, nenek atuk, ummi abah..alhamdulillah...masih dikurniakan rezeki untuk berkongsi dengan semua....doakan ayong lagi dilimpahkan rezeki yang diberkati ye..InsyaAllah boleh up lagi duit raya tahun depan...hehe...
sekianlah kisah aidilfitri 2012 ayong...
bersyukur kerana tetap dikurniakan kemeriahan syawal...
macam mana raya korang?
semoga semuanya baik, ceria, bahagia belaka...
apa pun, jangan dilupa dengan orang-orang yang tidak bernasib baik, walau tidak mampu untuk menghulurkan bantuan, sentiasalah doakan mereka...
moga kita semua sentiasa berada di dalam perlindungan rahmat Allah s.wt...
aamiin..




Friday, August 17, 2012

POST 17: SORRY 0-0 YE!


Assalamualaikum w.b.t

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari ayong dan keluarga....semoga Ramadhan yang berlalu meninggalkan sesuatu yang bermakna buat kita dan semoga Allah s.w.t memanjangkan umur kita untuk bertemu lagi Ramadhan yang mulia tahun depan...InsyaALLAH.... dan juga semoga Syawal kali ini membawa sinar baru dalam kehidupan kita... Mohon maaf untuk segala salah silap zahir dan batin ye....

SELAMAT HARI RAYA, 
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA!

InsyaAllah tahun ni last sambut raya dengan status single, macam-macam perasaan ada..excited nak tunggu tahun depan dalam masa yang sama nervous, sedih pun ada...mungkin tahun depan pertama kali dalam hidup raya pertama tak dapat bersama ummi abah dan adik-adik...serius masa taip ni nak nangis dah...boleh bayang dah macam mana tahun depan ni...huhu..apa pun, sesungguhnya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui yang terbaik untuk setiap hambaNya kan??
InsyaAllah tarikh kahwin akan ditetapkan lepas raya ni...InsyaAllah lepas raya ni dah boleh gerak gempur mulakan misi prepare untuk hari besar kitorang....doakan semuanya berjalan lancar ye..semoga kita semua sentiasa berada dalam perlindungan rahmat Allah s.w.t, diberkati hidup kita dan segala apa yang kita lakukan dunia dan akhirat..
~aamiin~

CONTEST 9: "Blogger Contest by Gift n TQ Tag "

Assalamualaikum w.b.t
banner kali ni terang-terangan bagitau ada blogger contest..so ayong pun nak join la...jangan marah...hehe..
jom layan terma dan syarat contest by wawai ni...zassss!
Term & Condition

www.facebook.com/gift comel  (click on this image)

2- Buat entry bertajuk...  " Blogger Contest by Gift n TQ Tag ". paste kan Logo kat atas ni, 
then copy term & condition 1-5 ni..

3- Paste kan link entry anda tu kat ruangan comment kat entry 
‘ Blogger Contest by Gift n TQ Tag’  di blog wawaiyus.blogspot.com ni...

4- Tarikh tutup contest ni ialah 1 syawal.

5- Then, last skali, berikan 2 cadangan untuk saya kembangkan Gift & TQ Tag...
tak kiralah apa pun... mana2 cadangan yang paling best, saya akan umum dan contact mereka :)))


macam biasa...sebelum kita menerjah syarat kelima contest wawai ni, haruslah kita cerita serba sedikit alkisah wawai dan Gift&TQ Tag...bak kata orang, adab sebelum menerjah masuk 'rumah' orang...hehe..

WAWAI BLOOM @ GIFT & TQ TAG

ayong tak la kenal wawai ni personally..tulah dunia blogger kan..kita hanya kenal seseorang itu melalui coretan-coretan beliau..ecewah..so, ayong pun kenal wawai ni melalui blog beliau, WAWAI BLOOM, berdasarkan hasil pemerhatian ayong, beliau ni merupakan salah seorang yang bertuah sebab dikurniakan tangan emas, mempunyai bakat dalam bidang kesenian ni...tengok banner pun dah tau tahap ke'kreatif'an beliau....Oh..sesungguhnya ayong sangat jeles dengan orang-orang sebegini...bagi la apa pun, insyaAllah hasilnya kebabom! Maka tak hairanlah kan kalau beliau mampu membuat bisnes memanfaatkan bakat kurniaan Ilahi...dengan itu, terhasillah bisnes beliau yang dinamakan Gift & TQ Tag..Jom kita layan gambar produk Gift & TQ Tag ni..biarlah gambar yang berbicara...hehe..
::ayong minta izin pinjam gambar ye::
TQ Tag comel!
sangat berkenan design ni..simple tapi awesome!
contoh button badge
SENARAI PERKHIDMATAN GIFT & TQ TAG:
1) TQ TAG
2) GIFT
3) WEDDING CARD
4) PRINTING
5) BUTTON BADGE
6) BANNER/BUNTING
7) DESIGNING
8) POSTER
9) DECO (WEDDING, PARTY, ETC)
10) APAM POLKADOT

perghh...sebenarnya tak tau nak pilih gambar mana nak buat contoh...semua comel, cute, cantik dan yang sewaktu dengannya ok! so kalau korang nak cuci mata lagi bolehlah terjah blog dan fb gift & tq tag ni ye..

CONTACT NO.: 0123381424
EMAIL: yusniza23@gmail.com

CADANGAN UNTUK KEMBANGKAN GIFT & TQ TAG:

1) GIVEAWAY/CONTEST.
Macam yang wawai buat sekarang ni, ok dah..cuma ayong nak cadangkan kalau buat giveaway ni cuba pelbagaikan hadiah untuk lebih ramai menang, jadi semangat untuk orang joinkan diri lebih tinggi..the more the merrier right??hehe...hadiah tak perlu yang mahal-mahal pun takpe, contoh macam wawai offer nak buatkan design secara percuma ke, diskaun meletup ke dan lain-lain..giveaway ni memang sangat membantu untuk kembangkan bisnes sebab siapa taknak benda free dan murah kan..hehe..lagi satu, cuba selalu buat giveaway, sebulan sekali ke, so fanpage atau blog akan sentiasa meriah..macam ayong cakap tadi, hadiah tak perlu nak high cost sangat..sebab kalau setiap GA nak bagi hadiah mahal-mahal, bankrup pulak kan...hehe...pastu mintak la jasa baik pemenang atau customer buat review tentang produk Gift & TQ Tag, kalau ada blog buat blog review, kalau ada fb je boleh share kat wallpost...produk berkualiti insyaAllah review mesti terbaek!! hehe...secara tak langsung, info pasal produk Gift & TQ Tag ni tersebar....ok, dah alang-alang cerita pasal giveaway, ayong nak cadangkan buat GIVEAWAY LIKE, TAG, SHARE & WIN kat facebook..biasa kita dengar LIKE, SHARE & WIN je kan?
Cara-caranya:
  • LIKE, TAG, SHARE & WIN ni buat giveaway, letakkan syarat kena like fanpage, pastu share pic produk, siapa-siapa nak join kena tag nama sendiri kat pic yang kita share tu, pastu diorang pulak kena share pic tu...dan semestinya siapa cepat dia dapat tag, ni dinamakan TAG RUSH! sebab kat facebook dia limitkan bilangan boleh tag..kalau nak lagi ramai yang join, share beberapa pic untuk diorang tag dalam satu giveaway..
  • kalau ada lebih banyak masa melayari facebook pun boleh tetapkan masa, buat announcement macam ni, "dalam masa 15 minit lagi, akan share beberapa pic, bersedia untuk tag dan menang, lagi banyak tag, lagi tinggi peluang untuk menang!" kalau memang mengadap fb je, share pic sebagai contoh tu setiap 15 minit ke, setengah jam ke...so, diorang boleh set jam...hehe...
Kelebihan:
  • bila buat macam ni kalau yang betul-betul berminat nak menang, mesti bertambah fokus kat fan page GIFT & TQ TAG, tunggu peluang nak tag dan menang! sementara tu diorang boleh la usha-usha page kita kan...hehe...
  •  secara tak langsung bila buat macam ni, kita sendiri akan share pic-pic produk kita, orang lain yang join pun akan tolong share pic tu untuk kita dan pic kita tu akan ada dalam album setiap orang yang join sebab diorang tag nama sendiri dengan sukarela..tak payah nak susah-susah tag ramai-ramai sendiri secara paksa rela untuk bagi diorang perasan pic produk kita tu, sebab ada yang tak suka kan kalau kita suka hati tag diorang..
  • last but not least, mesti lagi happening sebab masing-masing berebut nak bagi sempat untuk tag sebelum penuh..hehe...
  • ayong rasa GIFT & TQ TAG sesuai buat macam ni sebab target customer luas, produk dan perkhidmatan yang disediakan sesuai untuk macam-macam event....

~ayong dapat idea ni melalui fanpage Habib Jewel..bolehlah usha page tu untuk lebih faham~

2) TINGKATKAN RANKING BLOG GIFT & TQ TAG DI GOOGLE SEARCH. 
Almaklumlah orang sekarang kan semua di hujung jari je, nak cari apa-apa semua google je..so ayong nak cadangkan wawai buat bagi tingkatkan ranking blog atau fanpage wawai kat google search...contoh macam kalau kita taip 'gift' je, blog atau fanpage Gift & TQ Tag akan ada kat toplist dalam google search..ayong dapat idea ni dari adik ayong dia kerja dengan company yang handle projek untuk tingkatkan ranking website ni, tapi yang ni untuk company besar la, budget mungkin tinggi sikit...tapi ayong ada jumpa satu video ni yang ajar macam mana nak buat, bolehlah usha-usha, kot-kot membantu...
MENINGKATKAN RANKING WEBSITE GOOGLE
~untuk maklumat lanjut, bolehlah tanya pada yang lebih pakar dalam bidang IT ni~

Dua cadangan ni jela yang ayong mampu bagi wawai...harap-harap dapat membantu untuk mengembangkan lagi bisnes Gift & TQ Tag...Semoga sukses selalu!
~aamiin~

akhir kata,sebelum ayong menamatkan entry kali ni, ayong menyeru blogger-blogger sekalian untuk memeriahkan lagi contest wawai ni ok...wah! dah macam bagi manifesto pulak kan...hahaha...
~thanks a lot wawai sudi buat contest untuk kitorang yang 'giler' contest ni..hehe...~

Wednesday, August 15, 2012

POST 16: Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...dapat duit raya dari fiszah..yeay!!
berbaloi-baloi jugak dok godek-godek pic raya tahun lepas nak join fiszah_pjo first Giveaway : sedondon ceria!


thanks a lot fiszah!!!
~semoga lebaran kali ini lebih bermakna untuk kita semua umat Islam~



GIVEAWAY 14: "Happy Two Years Together"

Assalamualaikum w.b.t

~mukaddimah~
first word yang terpacul dari mulut bila tengok pic ni ialah comelnya...payung tuu!!!hehe...jangan marah diba..
bagi yang belum mengenali diba, beliau merupakan seorang B2B, ini blog beliau dan beliau juga merupakan tauke The Photobooth Corner @ TPC..GA yang beliau anjurkan ni bersempena dengan anniversary beliau bersama yang tersayang...alahai sweetnya....
sorry lambat wish disebabkan ke'busy'an melampau untuk mengarang ayat yang best untuk diba...hehe...ayong doakan semoga korang sentiasa bahagia, dipanjangkan jodoh sehingga ke jinjang pelamin dan sentiasa berada di dalam perlindungan rahmat Allah di dunia dan juga di akhirat...aamiin....
ok..habis dah sesi ucapan...
now, back on track!
diba buat GA sempena anniversary dia...
wah!!! haruslah join kan..hehe..
sebab hadiah dia bukan calang-calang hadiah tau...yang pasti hadiah ni produk ekslusif dari The Photobooth Corner @ TPC...
siapa taknak join memang rugi wa cakap lu!!

~jom kita tengok hadiah apa yang best sangat tu ye~
::ayong minta izin pinjam gambar dari page TPC ye diba::

wishing tree x 1 (A3 size, customized design)(worth RM50) + 3 different colour stamp pad (medium size) (colour varies on availability) (worth RM30)
ni la wishing tree..pastu boleh main cop-cop kat ranting-ranting kayu  tu..
memang awesome sangat!
Album: Guestbook and Wishing Tree
Canvas printing (16" x 24") (worth RM80)
pic kina jugak jadi pilhan kan...hehe..bukan apa, sebabnya pic ni yang nampak clear apa tu canvas printing yg TPC buat..
macam-macam saiz ada tau...request je nak macam mana, TPC pasti boleh setel!
Album: Canvas Printing
Guestbook x 1 (A4, 30 pages, customized cover design)(worth RM150)
 



contoh guestbook yang dihasilkan oleh TPC

Ok...bila dah tengok hadiah-hadiah yang best tu lagi menambahkan perasaan ingin tahu korang-korang kan...siapakah gerangan tuan punya badan yang berbakat, kreatif dan yang sewaktu dengannya ni kan??
let's check it out!

Masa mula-mula ayong menjebakkan diri dalam dunia b2b ni, TPC merupakan salah satu fanpage terawal yang ayong like..ayong tertarik dengan idea photobooth corner yang diorang buat..sebelum tu memang tak pernah tau pun corner-corner dalam wedding ni, memang kurang ilmu pengetahuan sikit bab-bab ni..bila dah jadi b2b barulah ambil tahu...
so kat sini nak ambil kesempatan, nak cakap thanks a lot dunia b2b blogger sebab banyak membantu membuka pemikiran ayong yang nak kawin tak semestinya kena mahal, baru meriah...hehe...
ok, berbalik pada TPC tadi...dari situlah ayong dapat idea pasal photobooth corner, segala prop photobooth corner, canvas printing, guestbook dan lain-lain...thanks a lot TPC!
bagi korang yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai TPC dan perkhidmatan yang TPC sediakan, bolehlah terjah fanpage and blog TPC ok...
EMAIL: adibahzack6@yahoo.com
PHONE NO: 0162065767

tiba-tiba macam rajin pulak nak share gambar-gambar TPC..supaya korang lagi bersemangat menerjah blog dan fb TPC...hehe...jom layan gambar pulak k...zasssss!!
::ayong minta izin pinjam gambar lagi ye diba::

salah satu contoh photobooth corner dari TPC
props untuk photobooth corner ekslusif dari TPC
contoh guestbook corner dari TPC
auntie-auntie pun boleh enjoy keseronokkan photobooth corner tau...
kawan-kawan apatah lagi..masa ni la diorang dapat mengekspresikan kegembiraan diorang  masa hari bahagia kita...ada yang datang jauh-jauh kan..pasti berbaloi-baloi kalau ada photobooth corner!
kenapa ayong nak sangat hadiah tu????
Sebelum ayong nyatakan sebab kenapa ayong nak hadiah tu, ayong nak bagi sebab kenapa ayong nak sangat ada photobooth corner masa wedding ayong. Idea photobooth corner ni memang sangat membantu dalam wedding ayong memandangkan kitorang takde bersanding atau apa-apa persembahan kebudayaan untuk memeriahkan suasana dan menghiburkan tetamu..jadi, bila ada photobooth corner ni tetamu bolehlah mengisi masa lapang diorang kan, meng'capture' momen-momen indah masing-masing masa wedding ayong...meninggalkan kenangan paling bermakna masa hari bersejarah tu...sebab kalau boleh ayong nak semua orang rasa kemeriahan wedding ayong, biarlah tak grand mana pun,asalkan semua balik dengan senang hati, bukan setakat datang, makan dan balik..

Oleh yang demikian, hadiah-hadiah yang TPC nak bagi sememangnya sangat-sangat membantu dalam preparation untuk set up photobooth corner masa wedding ayong.. tak kiralah wishing tree ke, canvas photo  atau guestbook...semuanya akan menjadi pelengkap untuk photobooth corner ayong..lagi-lagi kalau ianya hadiah ekslusif dari diba, pastinya akan menjadi sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup ayong!
::thanks a lot diba sudi buat giveaway yang best ni::

~pesanan penaja~
DO SHARE IT WITH YOUR FRIENDS :)

oleh yang demikian, ayong menyeru B2B sekalian marilah kita memeriahkan giveaway yang best ekslusif dari diba!







Tuesday, August 14, 2012

CONTEST 8: "Yay! Senangnya nak Dapat Duit Raya dari Annas Easkey"

Assalamualaikum w.b.t
Wahhhhhhhhhhh!!!!
Siapa senangnya nak bagi duit raya ni...best tu...siapa tak join memang rugilah kan...lagi-lagi duit raya dari photographer yang memang tengah meletop kebabom macam bunyi meriam buluh tu...nak tau siapa??
klik pic kalau nak direct ke blog Annas Easkey
~Mukaddimah~
jujur-sejujurnya ayong baru kenal dengan beliau...
semuanya gara-gara mencari-cari pic tudung yang best untuk raya ni...
sehinggalah tiba-tiba mata terpesona untuk seketika bila melihat salah satu pic beliau yang ini....
LebaranX: Radiusite
memang terbaik terganas terbaik!
tudung tu memang cantik...
tapi bukan tak pernah tengok tudung radiusite, tapi bila tengok hasil tangan beliau, ia memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata!

dan lagi menarik tertarik da bomb beliau ada buat contest nak bagi duit raya..yeay!!

~bagaimana nak sertai contest  "Yay! Senangnya nak Dapat Duit Raya dari Annas Easkey"?~

1. Buat 1 entri yang bertajuk  "Yay! Senangnya nak Dapat Duit Raya dari Annas Easkey"
2. Penuhkan ayat-ayat di bawah:
Saya suka Annas Easkey kerana
Baju raya saya berwarna
Kata-kata semangat buat Annas Easkey
3. Komen kat bawah entri Annas yang ini dan linkkan blog Annas ya...

~Jom layan entri ayong ye~

Saya suka Annas Easkey kerana pertama sekali yang menarik perhatian saya ialah nama Annas Easkey tu sendiri...sangat unik ok!
Kedua kerana beliau merupakan salah seorang yang dikurniakan bakat oleh Allah s.w.t. InsyaAllah segala kelebihan yang perlu ada untuk menjadi seorang photographer yang terbaik ada pada beliau dan segala kata-kata pujian ada pada hasil tangan beliau. Just name it! Dan sesungguhnya semua itu kurniaan Ilahi...
Nothing much to say when a superb photographer starts to click...speechless!

Baju raya saya berwarna hijau...setiap tahun abah akan tentukan colour of the year untuk raya dan tahun ni abah pilih hijau..kitorang ok je..asalkan abah belanja baju raya...hehe..

Kata-kata semangat buat Annas Easkey
You are gifted!
Jangan sia-siakan bakat kurniaan Ilahi, manfaatkannya sebaik mungkin...
setiap manusia ada kelebihan tersendiri, dan di sebalik kelebihan yang dikurniakan itu pasti akan ada ujian yang harus ditempuh untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik, nasihat ayong redah je...asalkan tidak melanggar hukum Allah s.w.t..
teruskan usaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNya, InsyaAllah segala yang terbaik pasti untuk kita...


Monday, August 13, 2012

GIVEAWAY 13: Blog Anniversary by azelyusoff (fun side of me)

Assalamualaikum w.b.t

Jom join GA lagi...nak join klik banner ok...thanks organizer!!





POST 15: Kalau dah namanya rezeki tak ke mana...Alhamdulillah....

Assalamualaikum w.b.t

Biasa dengarkan ayat kat tajuk entri ni??
sama je konsep dengan ayat "kalau dah jodoh tak ke mana" kan?
sebenarnya bukan apa..ayong ada join satu GA ni... Salam Ramadhan Giveaway by Sweet Lizahanum...hadiah boleh tahan tau...GA tu dah tamat pun, keputusan pun dah keluar, boleh tengok kat entri ni... tapi ayong kurang bernasib baik...tak menang pun...takpelah...serius join GA ni takdelah mengharapkan kemenangan sangat, sekadar suka-suki..tapi kalau dah rezeki Allah s.w.t nak bagi, memang bersyukur sangatlah kan...hehe...
nak dijadikan cerita, kak liza yang baik hati ni memang sediakan hadiah yang banyak, suka GA yang macam ni...tak la sorang je yang dapat kan...kegembiraan tu lebih dirasai bila lagi ramai dapat hadiah..hehe..jadi sebab ramai yang menang, adalah beberapa orang ni yang tak bagi details diorang kat kak liza sampai hari ni...maka dengan lagi baik hatinya, pagi tadi kak liza telah meng'offer' 6 orang blogger yang tangkas dan cepat untuk meng'sms' address kepada beliau secepat yang mungkin kalau nak hadiah tu...wah!!! bestkan?? 
so, ayong pun dengan setangkas yang mungkin meng'sms' la kak liza...
dialog sms ayong dan kak liza pagi tadi...
ayong: assalamualaikum kak...kalau hadiah ada lagi ni..ni address saya...bla3...
kak liza: waalaikumussalam..tq..akak take note..ni yg ke 5..

maka...hati ayong sangatlah berbunga-bunga ok...kalau dah nama hadiah tu tak kisahlah sekecil mana pun, hati tetap happy macam dapat apa je kan...hehe...so malam ni kak liza dah up entri ni yang announce pemenang sms paling tangkas...terima kasih daun keladi kak liza!!!

begitulah cerita rezeki yang tak disangka-sangka pada hari ni...syukur alhamdulillah....hadiah tu kak liza cakap surprise, besok pos, insyaAllah sampai lepas raya...tunggguuuuu!!!

p/s: hadiah dari nuie yang menang GA Something handmade by nuie ummi cakap dah sampai kat rumah....tak sabar nak balik tengok dan pakai...hehe....thanks a lot nuie!!!

Friday, August 10, 2012

POST 14: Air mata mengalir tanpa sedar dan tanpa henti....

Assalamualaikum w.b.t

Tak perlu kata apa-apa...kena tengok dan hayati sendiri.... ='(


~hanya mampu tengok sekali~

GIVEAWAY 12: MERDEKA-RAYA RANDOM GIVEAWAY BY LYANA'S STUDIO

Assalamualaikum w.b.t

Nak join GA ni sebab banner dia comel...hehe...
Kalau nak join klik banner ok..


tag:


POST 13: Menangis di pagi hari........

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan yang ke 21..
kalau perasan kat kalendar kat tepi blog ayong ni x tau la kenapa cepat 1 hari..hehe..
Dah lama tak buat entri luahan dari hati kan..sebabnya takde apa-apa yang special nak cerita...maksudnya Alhamdulillah la kan, hidup berjalan dengan baik, biasalah ada masalah sikit-sikit, family matters, money matters, feeling matters, personal matters..tu semua lumrah dalam kehidupan kan...siapa kat dunia ni x pernah ada walau sebesar virus masalah, tipulah tu kan....
apa pun, semuanya terpulang pada kita sendiri macam mana nak mengatasi masalah tu...yang penting jangan sampai stress tahap maksima sampai menjejaskan kehidupan seharian kita...memang ada masalah yang perlu diselesaikan, tapi kadang-kadang ada juga masalah yang kita memang kena biarkan masa yang selesaikan..tak boleh nak buat apa dah..tawakkal alallah jela...
panjang pulak mukadimah kan..kalau dibagi peluang untuk luah perasaan jadi camni la...layankan aje...hehe..
ok, masuk yang ada kaitan dengan tajuk..

MENANGIS DI PAGI HARI...


kenapa pulak la si ayong ni kan...takde orang cubit, usik pun tiba-tiba nak menangis..memang luaran takde yang terusik pun..tapi hati ni terusik dengan ayat abah kat bbm pagi tadi..
ni ayat abah,

"abah terharu bila imam masjid yong peng menangis teresak-esak baca surah as-sajdah solat subuh pagi tadi"

habis je baca ayat abah tu terus air mata berjurai-jurai keluar...dah la tengah drive masa tu on the way nak pergi kerja kan...
~baca bbm masa kat traffic light ok tunggu nak lampu hijau lama sangat..hehe..~ 
seriously rasa sentap, sedih, malu, rendah diri, hina semua ada bercampur baur..sebabnya tiba-tiba terlintas, orang baca ayat quran sampai menangis-nangis, tapi diri sendiri??? jangankan nak baca quran sampai nangis, nak duduk baca quran 1 hari sekali pun belum tentu...rasa jauh sangat dengan Allah s.w.t...terlalu memikirkan hal dunia sampai lalai, lupa untuk pastikan bekalan untuk akhirat itu ada...buat asal yang wajib je..memang pun sejak merancang nak kahwin ni ada masa terlalu fikirkan nak buat majlis macam ni, nak baju macam tu, duduk berjam-jam survey tak habis-habis..lupa, sebenarnya ada benda yang lagi penting kena buat...mendekatkan diri dengan Allah, mencari keredhaanNya, keberkatanNya...huhuhu...
kadang-kadang kita rasa kita dah cukup baik, cukup bagus, tapi sebenarnya belum..sebenarnya kalau ada sukatan, 1% pun tak sampai agaknya...ampunkan hambaMu ini ya Allah..
Alhamdulillah..terima kasih ya Allah, sebab masih sudi mencuit hati hambaMu ini..
terbayang-bayang ayat ummi, 

"bersyukurlah...Allah masih sayangkan ayong, Dia cuit hati ayong, suruh merayu pada Dia, kembali dekatkan diri dengan Dia.."

Ya Allah, sebenarnya inilah nikmat yang tidak terhingga.. bukan harta benda atau rezeki melimpah ruah..
sesungguhnya iman kita ni memang ada turun naik kan..bila tengah susah, mula merayu-rayu pada Allah, bila Allah dah bagi senang sikit, mula lalai..tapi tanpa kita sedari, Allah masih sayangkan kita, sebab tu dalam hidup ni ada gembira ada sedih...mesti selalu dengar ayat ni kan, Allah sayangkan kita, sebab tu Dia turunkan ujian untuk kita...sebab Dia nak kita dekat balik dengan Dia...
ayong cuma harapkan ayong sentiasa ingat untuk dekatkan diri dengan Allah dalam apa jua keadaan sekali pun, janganlah lalai lagi...
sorry lah ye, nak tulis ayat berbunga-bunga yang menyentuh sanubari bukanlah kelebihan ayong...tapi ayat-ayat ni memang luahan hati ayong yang ayong nak share..
moga kita sama-sama muhasabah diri..
lebih-lebih lagi dalam 10 hari terakhir Ramadhan ni, semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah s.w.t..
~aamiin~

"Biarkan setiap Ramadhan yang datang itu mengambil satu keburukan yang ada pada diri kita sehingga apabila tiba masanya untuk bertemu dengan Allah s.w.t kelak maka tidak ada yang tinggal pada diri kita melainkan kebaikan sahaja"



Thursday, August 9, 2012

GIVEAWAY 11: "Giveaway dari MAMA-ILOVEU.BLOGSPOT.COM"

Assalamualaikum w.b.t

Join GA lagi yok!
klik banner ok.





CONTEST 7: Contest by sepetgurl.blogspot : Design Pelamin yg diidamkan tetapi idea Gila/xkn ada org wat/pelik/ntah pe2 ntah

Assalamualaikum w.b.t
hohoho! ada contest la..
first of all, thanks suria sebab sudi organize contest yang menarik ni...
siapa-siapa yang nak join boleh klik link ni  ok...
sempat lagi korang memberangankan diri cipta idea-idea hebat...hehe..

MUKADIMAH
haruslah cerita pasal penganjur dulu kan..
korang boleh terjah terus blog suria kat link ayong bagi ni..
sepetgurl.blogspot.com
suria ni b2b jugak..beliau akan melangsungkan perkahwinan bulan september ni...wah!x lama dah tu kan...sempat lagi beliau buat contest kan...bagus betul...hehe..all the best on your big day!
dalam dia sibuk dengan preparation wedding dia, suria ada buat bisnes jugak tau...ada buat sewa platform hantaran, sewa veil, easel...kalau ada siapa-siapa yang nak tempah veil ke jahit manik apa-apa pun boleh dapatkan khidmat beliau..
untuk maklumat lanjut, korang terjah je blog suria tu ok...

Sebelum ayong cerita lebih lanjut pasal idea ayong, kita bagi dulu details suria nak ok...

nama: ayong zaid
nama penuh dan pasangan: Nor'Atikah Zaid & Mohd Rodzuan Abd Rahim
(mcm tulis kat kad jemputan pulak rasa..hehe)
tarikh bakal disatukan: tarikh x sure lg tp insyaAllah dalam bulan 5 tahun depan...tolong doakan ye...

Design pelamin yang diidamkan tetapi gila/xkan ada orang buat/pelik/entah apa-apa entah

PELAMIN YANG DIIDAMKAN HARUSLAH DIBUAT MENGGUNAKAN COKLAT SEPENUHNYA!

siapa lagi suka coklat angkat tangan!!!

sebagai mukadimah, sebenarnya ayong nak kahwin yang real punya xde pelamin-pelamin sanding-sanding pun...jadi ini cumalah edisi berangan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia....peace!!
ayong idamkan pelamin ayong semuanya berasaskan coklat...bukan warna yang coklat je ye kawan-kawan, tu dah ramai orang buat....dalam edisi berangan ayong ni ayong nak pelamin ayong tu dibina (ceh, macam nak bina bangunan pulak kan) menggunakan coklat....coklat yang kita makan tu...cadbury, van houten, ferrero rocher dan macam-macam lagi la,kalau list semua kang dah jadi cerita lain pulak kan...coklat kan boleh buat macam-macam bentuk, kaler, jenis, cuma memerlukan daya kreatif dan imaginasi yang tinggi je...
dan sudah semestinya bajet!!
so, disebabkan ayong b2b bajet2 je, maka biarlah idea ni sepi dalam kepala otak ayong je...
lagipun mau kena bebel 8 hari 8 malam kalau nak jugak buat benda pelik-pelik ni kan...haru!!

sebagi penghias entri ni, jom kita layan gambar edisi berangan pelamin coklat ayong..hehe...

pic credit to Dedaun Bridal & Photography
nampak pelamin kat atas tu??
yang gambar centerpiece tu sila abaikan ye...
ayong jatuh cinta pandang pertama dengan design pelamin ni...
so sekarang cuba korang bayangkan semua yang ada kat pelamin tu dibuat menggunakan coklat...
amacam?? 
nampak simple tapi bukan mudah...
kalau yang sedia ada ni cantik, ekslusif dan yang sewaktu dengannya...
kalau yang dibuat menggunakan coklat haruslah ditambah perkataan SEDAP!!

walaupun Suria suruh bagi idea pelamin je, tapi ayong nak jugak letak gambar-gambar sampingan ni..asalnya cuba google gambar pelamin coklat, tapi memang x jumpa, memang x pernah dibuat orang kot...hehe..maka terjumpalah gambar-gambar kat bawah ni semasa dalam misi pencarian tu...yang mungkin ada orang buat tapi pelik...nak share jugak dengan korang...layankan aje...hehe..

chocolate wedding dress maybe??
macam seram je...karang abis pengantin kena makan...hehe...
cuba bayangkan handbouquet ni dibuat mengguna dark choc  and white choc...
pergghh..memang betul-betul kena gigit la HB ni....hehe....
wedding cake haruslah diganti dengan wedding chocolate kan...hehe..
mungkinkah hantaran kena buat sepenuhnya menggunakan  coklat jugak???
jawapannya haruslah!!hehe...
rasanya cukuplah edisi berangan kali ni ye...
semoga korang terhiburlah ye baca entri versi karoot komedia ni....hehe..

ops...tak abis lagi tau..suria suruh pilih hadiah kalau menang...hmmm..
andai kata ayong menang, besarlah hatiku untuk memilih HADIAH B ATAU HADIAH E..
"kecil tapak tangan, nyiru ayong tadahkan"
semoga ada rezeki kahwin ayong...aamiin....

akhir kata, 
salam ramadhan al mubarak untuk semua yang tinggal hanya 10 hari sahaja lagi...
jom manfaatkan sebaik mungkin ye kawan-kawan...
InsyaAllah...