❤ Followers ❤

❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 21, 2015

Post 175: Bila anak demam...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Tasnim medina demam+selsema+batuk kahak!
Kesian dia..ni semua gara-gara musim hujan gamaknya..tapi semalam macam terperasan macam ada gigi taring nak tumbuh..maybe 2 in 1..sebab tasnim ni payah jugak nak demam sebenarnya..dari dia lahir sampai 10 bulan dia memang tak pernah demam..batuk selsema pernah tapi sekali 2 je kot..
masa 10 bulan first time dia demam, panik jugak la walaupun mak dah prepare segala macam tips dan petua..time ni agak kritikal sebab dalam sebulan demam on off..demam nak tumbuh gigi..ada sekali tu keluar sekali 4 batang..memang melepek la si kecik ni..
Lepas umur setahun,giginya pun dah selamat keluar beberapa batang, alhamdulillah lamaaaa xde dah demam..syukur sangat..batuk selsema tu ada jugak la..tp tak teruk sangat..agak-agak macam nampak tanda-tanda berair hidung je, cepat-cepat sapu krim herba tropika dekat dada, belakang badan dan tapak kaki..alhamdulillah serasi dengan tasnim..contoh kalau sapu malam, esok pagi ok dah..
lagi satu petua yang ayong amalkan ialah tenyeh kunyit hidup kat batang hidung ikut cara mil ayong..amik mangkuk mcm claypot lesung (yg permukaan jenis kasar), bubuh minyak sikit kat belakang mangkuk tu, lepas tu gosok kunyit hidup..ayong guna minyak kelapa dara (vco)...alhamdulillah yang ni pun berkesan untuk tasnim..jadi orang digi (read kuning) la si tasnim..haha..
Untuk turunkan suhu pulak ayong suka bagi tasnim berendam dalam air suam yang dicampur hirisan lemon atau apple cider..kalau suhu cecah 38 baru bagi ubat paracetamol (panadol)...untuk lain-lain macam selsema batuk memang tak bagi apa-apa ubat ye..sebab ada risiko kesan sampingan untuk baby bawah 2 tahun..antibiotik pun tak digalakkan sebab baby ni kalau demam biasa sebab virus..so kalau ambil antibiotik tak berkesan..lagipun baby tengah develop antibody dia sendiri..so biar naturally..tapi bab suhu panas je kena berjaga2 sebab tu pcm boleh on kalau panas sangat..bahaya boleh sebabkan sawan..
mintak jauh la..huhu..
Lain-lain petua yg ayong apply dekat tasnim untuk bagi immune badan dia kuat:
  • makan vco liquid..tasnim suka betul..dari bagi makan ubat pcm yg manis tu dia lagi senang makan vco ni..siap jilat sudu lagi..maknya dulu masa nak minum sebelum bersalin punya la tutup hidung..tak sedap kot...haha..
  • bubuh habbatussauda (jintan hitam) dalam makanan.
  • bila nampak simptom-simptom tak sihat tu cepat-cepat lebihkan bawang putih dalam makanan mak dan anak..ada try nak makan bawang putih macam tu je..tapi tak mampu la...pedasssss...huhu..
  • tasnim dah setahun lebih ni nak try bagi madu pulak at least seminggu sekali..kalau baby bawah setahun belum boleh bagi madu ye..sila google botulism...
  • lepas tu kismis/kurma memang selau kena ada stok kat rumah...tula jajan tasnim..hehe..
Tu jela rasanya...sebenarnya saja nak coretkan kat sini, kot nanti masa adik-adik tasnim boleh apply balik..tak tau tahun bila, so possibility nak hilang ingatan tu tinggi..belum kira urat putus masa bersalin...maka baiklah kita save awal-awal..hehe..
Ok, semoga sihat-sihat belakalah anak-anak syurga kita semua ye...aamiin..

No comments: