❤ Followers ❤


❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label wedding catering. Show all posts
Showing posts with label wedding catering. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

POST 131: Review Hanzalah Catering & Ayam Tempayan

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

Next nak review catering untuk wedding ayong..
tapi sorry sangat cakap awal-awal takde gambar yang ada untuk review catering ni...huhu...
untuk catering ayong ambil dengan pakcik shukor and cik mala...diorang ni jiran ayong jugak...dok taman sebelah-sebelah..diorang ada bukak kedai nasi beriyani kat yong peng tu...
untuk catering ni pakcik shukor bagi ayong RM10/pax...kalau ikutkan harga tahun ni dah naik, tapi sebab ayong dah booking dari tahun lepas, so dia still bagi ayong harga sama...ye, untuk makluman korang, harga catering memang semakin naik, dulu dapat lagi RM8/pax...sekarang tak dapat dah untuk kenduri nasi beriyani...standard RM10..sekarang kebanyakan dah naik RM11 or RM12..sebab harga barang naik..huhu..
so sape nak kahwin tu cepat-cepat kahwin tau, karang semua jadi makin mahal...huhu..
untuk RM10/pax ni termasuk nasi beriyani, lauk daging masak hitam, kambing masak beriyani, pajeri, buah jambu dengan asam, lauk-lauk pengantin, air pakcik bagi 2 jenis satu kaler merah, satu kaler hijau..layankan aje..hehe..lepas tu ikut yang dah bincang kitorang memang tak mintak ayam sebab dah plan nak buat ayam tempayan import dari tangkak (import la sangat!haha)..tapi masa hari kejadian pakcik shukor ada buat ayam masak merah pulak...tak tau kenapa baik hati sangat...kitorang ok je tapi jadi berlebihan sikitlah sebab dah ada ayam tempayan, ayam masak merah lagi...tapi tak kisahlah asalkan semua makan kenyang..hehe...
dalam pakej RM10 tu jugak pakcik sediakan skirting meja, krew-krew dia, so jangan risau la nak kena kemas meja, basuh pinggan...semua krew dia buat...budak-budak sekolah je pun, tapi diorang kerja bagus..penat masing-masing...sian diorang..hehe..lepas tu pakcik shukor sediakan pa system dengan orang kompang...mula-mula ayong memang tak plan nak berkompang bagai ni, tapi dah pakcik shukor nak bagi, ok jugak la tu...merasa la diarak dengan kompang...hehe..
masa hari kejadian lagi best, tiba-tiba pakcik kompang offer nak bersilat...kitorang layankan jela...hehe..
ok, habis dah membebel...gambar memang takde..sian korang...tapi ayong memang recommended catering pakcik ni...ramai tetamu komen lauk sedap, nasi sedap...pengantin tak dapat nak komen banyak, paham-paham jela, hari kahwin la hari makan paling sikit walaupun jadi raja sehari...huahuahua....
gambar ayam tempayan kat bawah ni pun ayong ambil kat album wedding sepupu ayong...sebab kat wedding dialah kitorang tau pasal ayam tempayan ni..memang ambil dengan pakcik yang sama kat tangkak...memang sedap hingga menjilat jari!!
harga dia bergantung pada harga semasa ayam..macam ayong, dia bagi harga RM17/ekor...
kalau korang berminat, boleh roger ayong, nanti ayong bagi contact number ok...



ni la rupa ayam tempayan tu...isy..teringat-ingat pulak masa cerita ni...mana nak cari ni...huhu...
rasanya tu je kot review pasal catering dengan ayam tempayan....alhamdulillah semua ok, sedap, lazat, enak...rindu nak makan nasi beriyani kenduri lagi! erkkkkk....
ok la..nak balik rumah dah...hari ni kena balik awal, sebab puasa...pastu dok cerita pulak pasal makan kan...memang wrong time la...huahuahua...ok, adios amigos!!



Tuesday, February 26, 2013

POST 82: Catering finalized!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

akhirnya ayong dah memanfaatkan last weekend dengan jumpa pakcik shukor dan cik mala, jiran ayong untuk finalized pakej katering yang ayong dapat...untuk makluman korang, ayong dah booking dengan pakcik shukor ni sejak bulan 11 tahun lepas..dan alhamdulillah sebab ayong dah booking dari tahun lepas, pakcik shukor bagi ayong harga tahun lepas jugak iaitu RM10/pax...kalau ikutkan tahun ni dah naik RM11/pax katanya...alhamdulillah...syukur sangat sebab dalam bajet dan ayong rasa puas hati sebab macam berbaloi dengan apa yang ayong akan dapat...jom tengok apa yang ada dalam pakej ayong ni...

alas meja dan skirting
sarung kerusi dan riben
menu tetamu (nasi briyani full set)
hidangan pengantin (tambahan beberapa lauk special)
4 set hidangan untuk rombongan pengantin lelaki
buah dan air ikut apa ayong nak
kelengkapan set katering
2 set meja bufet
krew katering
pa system
kumpulan kompang

ok tak?
kira ok jela kan..taknak fikir pasal katering dah....tunggu hari kejadian je..semoga semua urusan dipermudahkan dan semoga pakcik shukor masak sedap-sedap masa majlis ayong nanti ye...aamiin..

p/s: susah jugak nak tentukan bilangan tetamu ni ye...sebab ayong anak sulung memang takde pengalaman langsung...family ayong pulak jenis family ada di sana sini dan jenis ramai kawan serata malaysia hasil hidup berpindah randah dari ayong kecik...so memang kalau boleh nak jemput semua kan...tapi haruslah ikut kemampuan kan...kalau kaya raya memang jemput dah satu malaysia...tapi sebab belum lagi kaya raya, tak dapatlah...huhu...banyak benda kena consider....apa pun, sekarang semua dah finalized, hanya mampu tawakkal jela..semoga Allah s.w.t cukupkan apa sahaja yang tak cukup pada hari kejadian dan semoga semua sentiasa mendapat keberkatanNya...aamiin...

Tuesday, September 25, 2012

POST 31: WEDDING PROGRESS??


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Just nak coretkan kat sini progress kahwin yang baru 0.01%..hahaha..
layankan ajeeee....

first, dah jumpa pakcik shukor untuk catering, dah booking and discuss secara kasar...pakcik ni jiran kitorang je, dia ada bukak kedai makan nasi beriyani kat yong peng...so harap-harapnya senang bekerjasama dengan dia dan dia dapat membantu merealisasikan impian wedding ayong dengan makanan yang sedap dan melancarkan majlis dengan jayanya...masa mula-mula jumpa, dia tanya bila kahwinnya? jawablah 1/6/2013...dia cakap, "oh..awal lagi tu..." siap tanya 4,5 kali dah kompem ke tarikh...4,5 kali jugak la jawab, "dah cik..insyaAllah kalau takde aral apa-apa, itulah tarikhnya.." sampai abah jawab, kalau kerajaan tukar tarikh cuti sekolah dalam takwin, tu baru tukar kot...adoi...mintak-mintaknya semua berjalan seperti yang dirancang....

second, dah booking dewan...semuanya gara-gara cuak sebab selalu baca post b2b suruh booking dewan awal-awal, ada yang setahun sebelumlah...pastu pergilah Majlis Daerah Yong Peng pada 24/9/12 hari tu...Puan Salmah tu tanya bila nak sewa, cakaplah 1/6/2013,lagi sekali keluar ayat, "oh..lambat lagi tu..."
dalam hati cakap, aku dah agak dah!

kebanyakan orang cakap macam tu bila ayong start buat preparation dari sekarang....awal lagi katanya...isy..isy..isy...diorang ni patut tau memang kalau kira lagi beratus-ratus hari, lagi berbulan-bulan tapi tolak itu ini, kesibukan kerja dan sebagainya, masa suntuk nak buat preparation...lagipun, almaklumlah kita semua nak jimat kan, maka bila nak jimat, haruslah banyak buat sendiri....jadi ambil masa kan..lainlah semua boleh order siap je..tapi kena banyak duit la kan..mestilah tak!!! mana la tau tiba-tiba preparation siap awal dari yang dirancang ke, terus kahwin kan...pernah tak jadi camtu??tiada yang mustahil dengan izin Allah kan...hahaha...

pada ayong, apa yang boleh buat awal-awal, nak setelkan awal-awal, janganlah cakap mana tau tak jadi ke, tangguh ke..mintak dijauhkan la...doakan semuanya dipermudahkan ye...pastu kalau ada sikit-sikit dah dapat setelkan awal-awal, tak lah nanti lagi 2,3 bulan nak kahwin akan menggelabah, walaupun tau mungkin akan menggelabah jugak, sebab kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan..tapi tak salah berusaha...kan??? lagi satu kalau boleh taknak jadi pengantin mata panda, tak cukup rehat dan penat masa hari kejadian...mintak sangat nak happy-happy je dan semua berjalan lancar..tolong doakan ye..aamiin...

sambung cerita dewan tu, of courselah kosong lagi tarikh 1/6/2013 tu..paling latest orang dah booking pun baru sampai februari 2013...takpelah, biar cepat asal selamat...hehe..so, booking pun telah dibuat, tapi nanti bulan 12, hantar surat rasmi kat majlis remind diorang nak  booking..sebabnya puan tu taknak ambil deposit lagi..awal sangat lagi katanya...so rekod dalam buku booking je..tapi nanti jangan diorang bagi kat orang lain sudah...jadi yong peng berdarah kejap lagi...hua..hua..hua...

so lepas dah booking tu, kebetulan dewan tu bukak, singgahlah dengan ummi kejap nak tengok macam mana keadaan dewan, seriously dah bertahun-tahun duduk yong peng, ayong tak pernah masuk dewan tu...hehe..bila tengok pintu je, cakap kat ummi, "ummi,pintu ni diorang nak tukar barulah.." ummi pun tengok, "aah la..baguslah...rezeki ko la yong..insyaAllah nanti cantik dewannya" dalam hati pun bersyukur sangatlah..pastu tengok toilet, cantik dan bersih, ada toilet lelaki dan perempuan kiri kanan dewan..thumbs up di situ! tengok pulak ada 2 bilik kosong, ummi cakap bolehlah buat bilik solat ke, persalinan ke...senang dah...2 thumbs up di situ!

kesimpulannya, kitorang memang puas hati dengan keadaan dewan tu...sekarang tengah fikir nak cover stage je..sebab nanti kitorang tak pakai stage pun, takde pelamin apa-apa pun..tengah fikir nak buat tirai ke apa..tapi tirai macam banyak sangat pulak kain nak kena pakai...umi suruh buat photocorner atas tu, tapi ayong taknak, kang takde orang nak naik atas stage ambil gambar...sia-sia je buat photocorner cantik-cantik..sesiapa ada cadangan nak buat apa dengan stage tu boleh utarakan la ye..thanks in advance!

dengan itu, kira dua benda paling penting ni iaitu catering dan dewan dah cop tarikh la...alhamdulillah...mintak-mintak semua urusan lepas ni lancar je..aamiin..



p/s: tengah mencari idea untuk menjoinkan diri contest adriacottage dan zura...
oh idea..please come to mama!