❤ Followers ❤

❤ wedding countdown ❤

❤ anniversary along&ayong ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Wedding tickers

Thursday, October 31, 2013

JUST KEEP SHARING....

::sticky post::



kita selalu dengar ayat "bersyukurnya kita di Malaysia", "kasihannya diorang kat palestin.." kan?
tapi sebenarnya mereka sangat beruntung...mereka di sana In shaa Allah orang-orang yang terpilih menghuni syurga...mereka yang dapat peluang jihad fisabilillah..kanak-kanak yang tiada dosa, syurga pasti untuknya....
tapi bagaimana kita yang di sini? 
suka dengan ayat ini, kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua....
mana yang mampu, buatlah!
kalau mampu berjuang, berjuanglah!
kalau punya kuasa, gunalah kuasa itu sebaik-baiknya!
kalau punya harta benda, bersedekahlah!
kalau mampu berdakwah, pujuklah mereka yang masih tidur dibuai nikmat dunia!
kalau tidak punya apa pun, kita masih mampu berdoa..doa kan senjata umat Islam....
buatlah apa jua yang termampu!
tapi janganlah terlalu keras hatinya sehingga tiada hati dan perasaan melihat dan mendengar apa yang berlaku..membiarkan peluang yang Allah s.w.t beri untuk kita muhasabah diri dan menambah pahala berlalu begitu sahaja....kerana merasakan semua ini tiada kaitan dengan hidup kita...merasakan apa yang berlaku sedikit pun tidak menjejaskan hidup kita...Janganlah begitu...
ayuh bangkitlah!
jangan terus lalai dibuai enak dunia...nasib kita di sana masih belum diketahui...tapi kita masih punya masa...Allah s.w.t masih sayang kita...masih beri kita peluang untuk betulkan apa yang salah...
bukalah mata hati...
jadikan apa yang berlaku ini sebagai tiket untuk kita berhijrah..menjadi hamba Allah s.w.t yang lebih baik...yang lebih soleh dan solehah...yang diberkati hidupnya dunia dan akhirat...

~untuk ingatan diri sendiri dan semoga bermanfaat untuk semua...In Shaa Allah~

Wednesday, May 22, 2013

POST 116: Happy Anniversary http://ayongatikah.blogspot.com/!!!


❤Bismillahirrahmanirrahim❤
                                                                 Assalamualaikum w.b.t




sebenarnya dah draf post ni untuk anniversary blog...tapi terlebih satu hari pulak...so hari ni genap setahun sehari umur blog kesayangan ni...setahun sehari pun bolehlahhhhh..hehe...alhamdulillah...
teringat dulu saat-saat ni baru nak belajar dengan wedding preps...serious masa tu zero! tak tau langsung nk mula dari mana...sampailah terjumpa blog-blog b2b...lepas tu terjebak as b2b blogger...then berperang dengan segala suka duka preparation nak jadi raja sehari...kenangan yang sangat manis...
memang ramai b2b kat dunia ni, tapi tak ramai b2b blogger...serious sangat best!!
we share the same feelings, the same probs, the same moments...banyak pahit manis...alhamdulillah...dan sekarang semua hampir sampai kemuncak...sabtu minggu depan bakal mencatat sejarah dalam hidup ayong...semoga semua dipermudahkan...siiiikiiiit lagi yong...chaiyok chaiyok!!!

p/s: InsyaAllah akan terus menjadi blogger hatta selepas kahwin...mana tau bakal jadi blogger pemes kan...hahaha....

POST 115: ~Wordless Wednesday~ Countdown 10 days!!!


❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t


~sesungguhnya kita hanya merancang, Allah s.w.t jua yang menentukan~

Tuesday, May 21, 2013

POST 114: Tak Sabor Wehhhhhh......


❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi semua...
mimpi apa entah nak letak satu post pagi-pagi ni..hehe..
just a short entry...
nak bagitau tak sabor nak habiskan kerja 3 hari ni, lepas tu nak cuti panjang...hoyeah!!!
sekarang memang tengah berperang habis-habisan...ni pun curi-curi masa jap..
dah gian sangat nak membebel..hehe...
by hook or by crook kena setelkan apa yang patut, karang tak tenang I nak hanimun..hehe...
dah, yok keje yokkkk....
semoga semua dipermudahkan...aamiin

p/s: bulu mata kanan jatuh di pagi hari....hehe....

Saturday, May 18, 2013

Siapa Nak Kad Kahwin Angkat Tangan!!


::sticky post::

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

sekarang ayong dalam proses mengumpul address kawan-kawan untuk proceed pengeposan kad...
kalau korang nak kad ayong, boleh email ayong laju-laju ok...
atikah_zaid@yahoo.com.my



p/s: sementara stok masih ada! hehe....