❤ Followers ❤


❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 27, 2012

Post 10: Wordless Wednesday???

Sebenarnya still confuse lagi apa sebenarnya maksud wordless wednesday tu....tengok blogger-blogger suka sangat buat benda ni...tapi hari ni memang rasa macam wordless pun...so, kita blogwalking jela ye....usha apa-apa yang menarik...hehe...let's go babeh!!

hari ni ada dua misi..
1) misi mencari tailor wedding dress yang murah, best, tip top punya kerja area batu pahat or johor bahru....kalau ada sape-sape ada info boleh roger-roger k...
2) misi nak tengok style tudung yang best dan sesuai dengan ayong...dalam dilema lagi....


Tuesday, June 26, 2012

Post 9: Bukan cerita kahwin.


Assalamualaikum semua....

lama x update blog ni kan...rasa nak cerita pasal kerja pulak la...outstation la kat kl...3 hari berturut-turut operasi...beginilah kerja seorang penguatkuasa farmasi...rasanya semua penguatkuasa kena kerja macam ni, serbu sana sini, untuk membanteras yang haram....so dah nama pun farmasi kan, so kita banteras ubat-ubat haram, yang x berdaftar dengan kementerian kesihatan malaysia @ KKM... mesti ramai x tau ada kerja macam ni kan...kalau pergi mana-mana, cakap kerja farmasi, mesti ingat kerja kat hospital..xpe2..dimaafkan...kita memang suka low profile...hehe...anyway, jom layan gambar-gambar la yang ayong nak share ni k....

1st operasi...kat area jalan raja alang, kg baru...jumpa underground punya stor...
~pic credited to mr.google~

yang ni operasi ketiga..kat area lorong haji taib..jumpa stor tempat simpan ubat-ubat ni jugak...so berbaloi la berembun sampai pukul 3 pagi kan..
~pic credited to mr.google~ 

so, kat sini ayong nak tekankan beberapa nasihat la ok untuk semua yang tinggal dalam malaysia...

  • Pastikan apa sahaja ubat yang korang ambil/makan/minum berdaftar dengan kementerian kesihatan malaysia @ KKM..segala ubat-ubatan, supplement dalam bentuk ubat iaitu dalam bentuk tablet/kapsul (kecuali dalam bentuk makanan or minuman) perlu berdaftar dgn KKM. 
So, macam mana nak tahu ubat tu berdaftar ke x?

first, mesti ada NOMBOR PENDAFTARAN
yang dalam bulatan merah tu....
~pic credited to mr.google~

second, mesti ada HOLOGRAM
pun sama...dalam bulatan merah...sticker kilat-kilat macam sirim punya tu, tapi yang ni versi  KKM
~pic credited to mr.google~
nak lebih lanjut pasal nombor pendaftaran dan hologram ni, boleh refer kat blog ni k..
  • Kalau boleh elakkan mengimport ubat dari luar negara melalui online / pos dan yang sewaktu dengannya sebab kebanyakannya tidak berdaftar dengan KKM. Bukan apa, sebab ubat yang tidak berdaftar ni maksudnya ubat ni tidak melalui proses kajian untuk memastikan ia selamat digunakan oleh rakyat malaysia, karang kalau jadi apa-apa kesan sampingan ke, nak salahkan siapa?kan?lagi satu just nak inform, kalau korang x bernasib baik, ubat yang korang beli tu boleh dirampas oleh penguatkuasa farmasi sebab dah melanggar undang-undang.

~pic credited to mr.google~
  • jangan mudah terpengaruh dengan hasutan ubat perangsang seks, ubat kuat seks ke dan yang se'spesis' dengannya ok. Sebabnya, yang ni kalau diambil tanpa pemantauan doktor, memang buruk padahnya. Sama jugak dengan ubat kurus. Sebab kebanyakannya dicampur dengan ubat yang memerlukan pemantauan doktor sebab risiko mendapat kesan sampingan tu tinggi. Lagi-lagi kalau sesiapa yang ada darah tinggi or lain-lain sakit kronik, memang boleh mengundang maut. Apa-apa pun, kalau rasa memang betul-betul memerlukan ubat tu, rujuk doktor or pegawai farmasi.
~pic credited to mr.google~

rasanya cukuplah untuk entri hari ni...
untuk maklumat lanjut tentang ubat, apa-apa sahaja mengenai ubat anda, boleh layari website ni --> "KENALI UBAT ANDA @ KNOW YOUR MEDICINE"
x pun, anything boleh tanya...
insyaAllah 'SAYA SEDIA MEMBANTU'



Monday, June 25, 2012

Post 8: Wedding colour....yeay!

tadaaaaa...............
 CHAMPAGNE + RED + GOLD 


amacam? ok x? jom layan gambar lg....


mula-mula mcm nak buat red and gold je, pastu pikir dress merah, macam menyerlah sangat...dress gold pun sama....pastu terlintas pulak kaler champagne...start tau kaler ni wujud masa ada bff ayong cakap dia nak pakai kaler ni...tp x tercapai...so apa kata ayong tolong capaikan bagi pihak dia kan...hehe....

handbouquet idaman saya....kristal + merah...hehe...


JATUH CINTA DENGAN KASUT MERAH NI..........


merah dengan ayong memang x boleh dipisahkan.....x tau la sejak bila jadi 'red'aholic ni...both of my babies pun red in colour..hehe...so merah macam dah wajib la kan...hehe....

my first baby.... (",) ~ yg ags1609 tu ye~

my second baby... (",)
cukuplah tu kan...insyaALLAH nak cuba realisasikan impian ayong ni....doakan semuanya dipermudahkan, rezeki melimpah ruah untuk membina masjid ni...sungguh kadang-kadang rasa sangat nervous, rasa macam give up pun ada....tapi tu semua mainan perasaan...nak buat benda baik memang banyak dugaan...sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan...kan?? peace!


Monday, June 18, 2012

Post 7: Nak wedding dress mcm gown snow white boleh?

❤ bila ayongzaid berbicara ❤

assalamualaikum...

tiba-tiba nak jadi snow white lah pulak si ayong ni kan...berangan jela kejenye...bukan apa..semalam pg tgk cerita snow white & the huntsman yang tengah hot kat wayang tu...tau x yang mana? Jap ek..ayong google poster dia...

yang ni la sayangku...
ceritanya boleh-boleh jela...out of 5 star,ayong bagi 3 jela...sebab rasa macam x cukup kepuasan tengok cerita tu...part action, sedih, jiwang semua sedang-sedang je..tapi bolehlah layan... tiba-tiba masa tengah layan cerita tu, boleh pulak terfikir kalau baju kahwin macam gown dia mesti meletup kan...haha...meletup la sangat...nak buat baju kurung biasa pun berkira-kira lagi ni....haiihhhh....kan best kalau ada orang nak sponsor kahwin ni...10000 ke 20000 ke cukup la....hehe...berangan x habis-habis....ok la..ni post saja-saja....xde intipati langsung ye....layannnnnn kan jelaaaaa.............

Post 6: DIY MISSION!

❤ bila ayongzaid berbicara 

Assalamualaikum...

dah lama nak up post pasal diy mission ni tp mood nak menaip tu entah la terbang ke mana...tapi penting gak ni sbb misi utama nak bagi semangat kat diri sendiri...kena buat list, takut karang ada lak yang tertinggal...

ok...straight to whe point yong! calon-calon diy mission ialah....calon-calon je ye sebab x tau lagi mana yang bertuah dan menjadi...x pernah terpikir dalam kepala nak diy segala bagai...dulu macam nak beli siap jela semua, nak senang je...tp setelah ditimbang tara segala fulus, kepuasan...so better diy sendiri mana yang boleh tu kan...hehe...dah2..banyak pulak mukadimahnya....calon-calonnya ialah.....jeng..jeng..jeng....

the first one goes to...............CRYSTAL HANDBOUQUET
handbouquet kristal...cantik kan? nak pilih hb pun pening tau..ada macam-macam sangat..yg fresh flower, aritificial flower, brooch, felt dan macam-macam la...so sampai saat ni macam decide nak kristal sebab nampak ekslusif pastu boleh simpan buat kenangan sampai bila-bila...usha harga, mahal la ya amat...100++ tu...pastu cuba la google tutorial hb, jumpa la ada sorang b2b buat...nanti ayong upload video tu k...nampak macam boleh buat...so kita tengoklah macam mana nanti k..hehe...

~pic credit to Shajaratul Design...cantik-cantik...usha jom!~
next --> DOORGIFT
comel kan? mampu kot buat mcm ni kan...yakin diri! sebab selepas ditimbang tara segala bajet, buat sendiri doorgift adalah sgt menjimatkan... 



next lagi --> SIGNAGE
ni penting tau..karang ada pulak yang x sampai kan..tp sape pulak yang nak bertukang ni kan.....haha..


dan next lagi --> CENTERPIECE
centerpiece ni biasanya letak kat semua meja, sebagai hiasan...comel kan lollipop..manis sangat....letak dua minit confirm hilang pastu...hehe...

lagi -->  POSTCARD GUESTNOTE
yang ni dapat ilham dari blog kina...kreatif kan? so nanti nak buat version ayong pulak...thanks kina  for sharing this wonderful idea...

lagi dan lagi --> PROP PHOTOCORNER
memandangkan xnak buat pelamin, so kita tukar jadi photocorner...so kena la buat propnya kan...macam-macam dalam kepala otak ni, harap dapat merealisasikannya nanti...aamiin..

lagi dan lagi dan lagi --> STAMPING TAG
pening jugak ni nak pilih stamp ke tq tag biasa tu...sekarang macam berangan nak buat stamp untuk tq tag...so, yang ni still in consideration lagi..huhu...


ok...tu jela setakat ni...macam banyak je...mampu ke ek...mampu kot...sebab tu kena start preparation dari awal,kena ada planner terbaik....insyaAllah...doakan semuanya dipermudahkan untuk semua b2b....apa-apa pun, usaha + doa + tawakal.... peace!

pssstt: kalau boleh dr a to z nak buat sendiri...kalau pandai jahit, dengan segala baju,tudung, veil nak buat sendiri...tapi nak buat macam mana, tangan kejung...huhu....

        

Tuesday, June 12, 2012

Post 5: ❤ thanks to first three followers ❤

❤ bila ayongzaid berbicara..... ❤

assalamualaikum....

hai guys...post ni ayong just nak buat penghargaan untuk tiga blogger yg jadi follower terawal ayong.... thanks a lot! Diorang ialah lady wailintama and tapa @ dayahN dan bie....hopefully kita boleh share macam-macam dalam dunia blogger ni k....last but not least...salam perkenalan....untuk dayah pun even dah kenal lama....hehehe....peace!!

pssst: sorry ek sebab blog ni serabut lagi, still in progress...insyaAllah akan dikemas kini dari semasa ke semasa... =)

Thursday, June 7, 2012

Post 4: Wedding Journal Along ❤ Ayong

❤ bila ayongzaid berbicara..... ❤
Assalamualaikum...... 

tgk tajuk mcm serius sgt je kan...tp mmg serius pun....1st step ni nak rancang 1 majlis  kahwin....mesti plan yg terbaik sbb abah selalu ckp, "if u fail to plan, u are plan to fail"...so mesti plan baik2 sbb bygkan wedding ni mcm nak buat 1 event besar...sekali seumur hidup...tp apa-apa pun...yg penting tawakkal kepada Allah...Dia juga yang maha mengetahui yang terbaik untuk setiap hamba-hambanya....;-)

ok...back to the topic...wedding journal..ayong dapat idea ni dari satu blog, terjumpa semalam...dia cerita pasal jurnal dia...pastu macam terfikir, bagus jugak ni...sebelum ni ada jugak terfikir nak buat satu notebook pasal kahwin,tapi untuk conteng-conteng je...tapi bila tengok dia buat memang betul-betul jurnal,nak simpan semua segala perkara dalam buku tu, macam best jugak...kahwin kan sekali je...mesti nak abadikan jadi kenangan terindah...segala pahit manis masam masin nak kahwin boleh tulis dalam tu...so mesti akan lebih menghargai segala susah payah nak kahwin kan...lagi satu boleh tengok betul-betul progress wedding kita,berapa banyak kos kita...maka dengan semangatnya nak buat wedding journal hari ni...hehe...

oleh yang demikian,pagi tadi dengan semangat membara, pergilah popular city square,tengok-tengok ada sale pulak hari ni sebab diorang nak renovate....wah! Permulaan yang baik kan untuk preparation wedding ni....hehe...so dengan pantasnya merembatlah satu buku log panjang....hehehe...

inilah dia buku tu...nak cari warna merah tapi xde...purple pun purple la..baru tulis tajuk je...hehe....
Maka dengan itu, 1st step had been taken...so skrg dalam proses nak masukkan isi kandungan dia iaitu:

1) planner (dah buat tinggal nak edit dan print je)
2) checklist (buat sekali dengan planner)
3) budget (dah buat tinggal nak edit dan print je)
4) akaun debit + kredit (otw)
5) guestlist (otw)
6) things to do
7) quotation vendor
8) resit + segala dokumen berkaitan
9) pelan dalam dewan

banyak x? baru sikit je ni kan...baru mukadimah je ni.....hehe...ok la..tu jela nak cerita pasal wedding journal ni...nanti lepas dah setel semua, kita tengok balik ye macam mana rupa wedding journal ni...jangan hancur dah la ye...wish me luck for my wedding!

psssttt: tgk blogger2 diy mcm2 untuk wedding diorang terasa ada semangat meresap masuk dalam badan je nak diy jugak...boleh percaya ke x ni ek?? ke semangat suam2 kuku je..karang wat naya diri sendiri je...haha...xpe2...kita try 1 dulu...nak diy handbouquet kristal...wah!!! tunggu ye...kalau jadi buat nanti ayong cerita k...kalau x...diam-diam sudey...hehe...

Friday, June 1, 2012

Post 3: ❤ Our simple engagement ~21/04/2012~ ❤

❤ bila ayongzaid berbicara..... ❤

assalamualaikum....

21/04/2012.....tercatatlah satu lagi memori dalam kisah along & ayong....cewahhhh....jiwang lebih ko ni yong....alhamdulillah, kitorang dah selamat diikat pada tarikh keramat tu.....mmg buat majlis yang simple sangat....xde hantaran, mini pelamin ke apa, semua xde...ayong yang request tak nak semua tu...rasa x perlu...janji motif utama nak temukan family ayong and family along memandangkan family kitorang x pernah bertentang mata lagi...wah!! mcm nak bergaduh je kan...niat asal nak buat macam ziarah ummi abah ayong dengan ma abah along je, 2 vs 2...takut x???? hahaha..... tp lepas dah bincang-bincang, ummi abah cadangkan kita buat makan-makan sikit kat rumah nenek kat pahang....jadilah pertemuan dua keluarga ni kat bukit mendi, pahang....

family along pun plan asalnya yang nak datang cuma ma, abah, paklong dgn adik dia, tp entah macam mana di saat akhir ramai pulak nak ikut...dari sebuah kereta bertukar jadi sebuah van dan kereta...tapi x jadi masalah pun, mmg nak buat makan-makan untuk family abah yang ramai, so memang ada masak banyak la...nasib baik..hehe...

nak jadikan cerita, pagi sebelum family along nak gerak tu, tiba-tiba mcm kontorversi lak sebab paklong dia mcm x percaya nak g pinang anak dara orang x bawak apa-apa, cuma berbekalkan sebentuk cincin dan sepasang kain...puas la nak explain nak bagi paklong dia percaya family ayong yang mintak mcm tu....last ayong cakap, xpe, jangan panik,teruskan je...niat baik insyaAllah Allah tolong permudahkan...takut gak la tiba-tiba nak cancel, nak g cari hantaran dulu bagai kan..haru pulak!

akhirnya, semua berjalan seperti dirancang...bila dah sampai, borak-borak tu baru paklong dia nampak macam mana family ayong...kitorang mmg x berapa nak ikut adat sangat...yang penting ikut syariat...akhirnya terikatlah ayong dan along dalam satu majlis yang sangat simple...insyaAllah moga-moga diberkati....doakan kitorang sampai ke jinjang pelamin, harap-harap tahun depan dan kekal bahagia hingga ke syurga.....

kat sini ada sikit bingkisan masa hari kejadian...credit to cik arin yang dengan baik hati menghadiahkan video...sgt terharu ok! walaupun majlis simple, tp memori itu akan kekal abadi sampai bila-bila...


sekian saja kisah pertunangan along & ayong...doakan yang terbaik untuk kitorang ye...LOVE IS ON THE AIR! peace!

pssstt: mcm biasa...meh nak bisik...beberapa hari selepas hari kejadian, baru perasan tarikh 21/04 tu adalah tarikh mula-mula kitorang berkenalan...sweet x??hehe...