❤ Followers ❤


❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 25, 2012

POST 31: WEDDING PROGRESS??


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Just nak coretkan kat sini progress kahwin yang baru 0.01%..hahaha..
layankan ajeeee....

first, dah jumpa pakcik shukor untuk catering, dah booking and discuss secara kasar...pakcik ni jiran kitorang je, dia ada bukak kedai makan nasi beriyani kat yong peng...so harap-harapnya senang bekerjasama dengan dia dan dia dapat membantu merealisasikan impian wedding ayong dengan makanan yang sedap dan melancarkan majlis dengan jayanya...masa mula-mula jumpa, dia tanya bila kahwinnya? jawablah 1/6/2013...dia cakap, "oh..awal lagi tu..." siap tanya 4,5 kali dah kompem ke tarikh...4,5 kali jugak la jawab, "dah cik..insyaAllah kalau takde aral apa-apa, itulah tarikhnya.." sampai abah jawab, kalau kerajaan tukar tarikh cuti sekolah dalam takwin, tu baru tukar kot...adoi...mintak-mintaknya semua berjalan seperti yang dirancang....

second, dah booking dewan...semuanya gara-gara cuak sebab selalu baca post b2b suruh booking dewan awal-awal, ada yang setahun sebelumlah...pastu pergilah Majlis Daerah Yong Peng pada 24/9/12 hari tu...Puan Salmah tu tanya bila nak sewa, cakaplah 1/6/2013,lagi sekali keluar ayat, "oh..lambat lagi tu..."
dalam hati cakap, aku dah agak dah!

kebanyakan orang cakap macam tu bila ayong start buat preparation dari sekarang....awal lagi katanya...isy..isy..isy...diorang ni patut tau memang kalau kira lagi beratus-ratus hari, lagi berbulan-bulan tapi tolak itu ini, kesibukan kerja dan sebagainya, masa suntuk nak buat preparation...lagipun, almaklumlah kita semua nak jimat kan, maka bila nak jimat, haruslah banyak buat sendiri....jadi ambil masa kan..lainlah semua boleh order siap je..tapi kena banyak duit la kan..mestilah tak!!! mana la tau tiba-tiba preparation siap awal dari yang dirancang ke, terus kahwin kan...pernah tak jadi camtu??tiada yang mustahil dengan izin Allah kan...hahaha...

pada ayong, apa yang boleh buat awal-awal, nak setelkan awal-awal, janganlah cakap mana tau tak jadi ke, tangguh ke..mintak dijauhkan la...doakan semuanya dipermudahkan ye...pastu kalau ada sikit-sikit dah dapat setelkan awal-awal, tak lah nanti lagi 2,3 bulan nak kahwin akan menggelabah, walaupun tau mungkin akan menggelabah jugak, sebab kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan..tapi tak salah berusaha...kan??? lagi satu kalau boleh taknak jadi pengantin mata panda, tak cukup rehat dan penat masa hari kejadian...mintak sangat nak happy-happy je dan semua berjalan lancar..tolong doakan ye..aamiin...

sambung cerita dewan tu, of courselah kosong lagi tarikh 1/6/2013 tu..paling latest orang dah booking pun baru sampai februari 2013...takpelah, biar cepat asal selamat...hehe..so, booking pun telah dibuat, tapi nanti bulan 12, hantar surat rasmi kat majlis remind diorang nak  booking..sebabnya puan tu taknak ambil deposit lagi..awal sangat lagi katanya...so rekod dalam buku booking je..tapi nanti jangan diorang bagi kat orang lain sudah...jadi yong peng berdarah kejap lagi...hua..hua..hua...

so lepas dah booking tu, kebetulan dewan tu bukak, singgahlah dengan ummi kejap nak tengok macam mana keadaan dewan, seriously dah bertahun-tahun duduk yong peng, ayong tak pernah masuk dewan tu...hehe..bila tengok pintu je, cakap kat ummi, "ummi,pintu ni diorang nak tukar barulah.." ummi pun tengok, "aah la..baguslah...rezeki ko la yong..insyaAllah nanti cantik dewannya" dalam hati pun bersyukur sangatlah..pastu tengok toilet, cantik dan bersih, ada toilet lelaki dan perempuan kiri kanan dewan..thumbs up di situ! tengok pulak ada 2 bilik kosong, ummi cakap bolehlah buat bilik solat ke, persalinan ke...senang dah...2 thumbs up di situ!

kesimpulannya, kitorang memang puas hati dengan keadaan dewan tu...sekarang tengah fikir nak cover stage je..sebab nanti kitorang tak pakai stage pun, takde pelamin apa-apa pun..tengah fikir nak buat tirai ke apa..tapi tirai macam banyak sangat pulak kain nak kena pakai...umi suruh buat photocorner atas tu, tapi ayong taknak, kang takde orang nak naik atas stage ambil gambar...sia-sia je buat photocorner cantik-cantik..sesiapa ada cadangan nak buat apa dengan stage tu boleh utarakan la ye..thanks in advance!

dengan itu, kira dua benda paling penting ni iaitu catering dan dewan dah cop tarikh la...alhamdulillah...mintak-mintak semua urusan lepas ni lancar je..aamiin..



p/s: tengah mencari idea untuk menjoinkan diri contest adriacottage dan zura...
oh idea..please come to mama!

No comments: