❤ Followers ❤


❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 21, 2012

POST 28: Review Hadiah Fiszah_Pjo First Giveaway: Sedondon Ceria



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Sebenarnya dah lama dah terdetik nak buat entri untuk review hadiah yang ayong pernah menang melalui contest dan giveaway ni, tapi asyik terbengkalai je sebab masalah-masalah yang tak dapat dielakkan..disebabkan tempoh lama terbengkalai tu, tiba-tiba terfikir pulak why not alang-alang nak buat entri review, review terus blog yang bagi ayong menang ni..sebagai tanda penghargaan atas kesudian menganjurkan contest, giveaway dan sebagainya...bukan senang tau nak buat contest, gveaway dan lain-lain yang sewaktu dengannya..semoga review ni sedikit sebanyak dapat membalas jasa blogger yang sudi anjurkan contest, giveaway dan lain-lain untuk pencinta-pencinta contest macam ayong ni...thanks a lot!

Salam Jumaat!
Semoga kita semua sentiasa di dalam perlindungan rahmat Allah s.w.t...
Alhamdulillah berjaya siapkan entri wedding checklist tadi...rasa macam lengkap dah kot...tinggal nak pastikan tulisan berkaler merah bertukar kuning dan seterusnya hijau..semoga segala urusan dipermudahkan..aamiin...
ok..sekarang kita sambung review hadiah dan blog la ye...tak sedap hati selagi tak langsaikan hutang (hutang dengan diri sendiri sebab macam dah berniat)...
let's check it out!

REVIEW HADIAH
Sebelum raya hari tu fiszah, owner blog FISZAH_PJO buat satu contest best..namanya FISZAH_PJO FIRST GIVEAWAY: SEDONDON CERIA...dan memang first time baca tu terus rasa excited nak join, bukan sebab hadiah duit raya tu tau, nak join sebab ayong memang admire sangat pic raya family kitorang tahun 2011..kebetulan pergi beli baju semua sama..seronok pergi kedai tu...pengalaman cari baju raya yang paling senang!so ayong pun dengan excited la menjoinkan diri....

ni la pic raya kitorang yang ayong pertaruhkan...
yang penting red-aholic!
alhamdulillah menang yang bertuah melalui random...ni bukti kemenangan..hehe..


dan dapatlah duit raya RM20 daripada fiszah..thanks a lot fiszah!
seronok kan dah 'dewasa' ni dapat duit raya...hehe...simpan lagi duitnya, masuk dalam angpau...start tahun ni duit raya yang dapat simpan dalam satu bekas khas..kenang-kenangan...hehe...
GAMBAR ADALAH HIASAN SEMATA-MATA
REVIEW BLOG
Ok...seperti yang dijanjikan..ayong akan review blog penganjur kan...bila bukak je blog fiszah ni, ayong memang suka sangat..sebab nama beliau je dah warna merah! i love red so much! tengok description je dah tau  blog ni fiszah gunakan sebagai medium untuk beliau nak cerita apa sahaja yang beliau suka...
"warna-warni kehidupan seorang watak kecil...Pn. Norhafiszah"
Dalam blog ni fiszah ceritakan tentang family beliau, anak dara beliau yang comel itu, suka tengok beliau letak perkembangan berat baby beliau kat side tu..nak tiru jugak la nanti...boleh ek??hehe...senang cakap blog ni menjadi kisah hidup beliau lah...kan fiszah??hehe...
tapi jangan tak tau, fiszah ni merupakan salah seorang yang bertangan ajaib...kreatif!
beliau ada lagi satu blog yang special untuk handicraft crochet ni...
di sini ye..
fiszah's crochet
macam-macamlah beliau boleh buat..
pinjam pic ye fiszah....salah satu contoh hasil tangan beliau..

lagi satu blog fiszah yang korang boleh terjah kalau rasa nak cuci mata, online shopping kat sini tau..
butik atirah

beliau pun ambil tempahan buat baju kurung tau..dewasa boleh, kanak-kanak boleh..
untungnya orang tangan ajaib ni kan...macam-macam boleh buat..
dan lagi satu, fiszah pun ada buat printing sticker dan label...sekarang tengah ada promosi...kalau nak, cepat-cepat roger fiszah sebelum terlambat.
contoh sticker comel!
amacam?
macam-macam ada kat blog fiszah ni....tak rugilah blogwalking...
sesiapa yang berminat bolehlah roger-roger fiszah ni ye...
alright...harap-harap kalau fiszah baca, fiszah suka dengan review ni...
anyway, thanks lagi sekali untuk duit raya...
jasamu dikenang! hehe....

No comments: