❤ Followers ❤

❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 17, 2012

POST 22: Hotel Voucher For Honeymoon???

❤ Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualamualaikum w.b.t

Kahwin dan honeymoon memang tak dapat dipisahkan kan?? bak irama dan lagu...ecewahhh...haha...
tapi dalam plan ayong dan along, honeymoon bukanlah salah satu agenda penting dalam projek kahwin kitorang..yang penting nak majlis semua selamat, lancar, puas hati..honeymoon kat yong peng pun ok gak kan...hahaha...tapi kalau dah nama rezeki..tiba-tiba terdapat hotel voucher...bila tengok terms and condition voucher ni valid sampai bulan 8 tahun depan...
terus keluar mentol atas kepala...ting!!!
ok jugak guna untuk honeymoon ni...hehe..
ALHAMDULILLAH

ni dia hotel voucher tu...
meh nak cerita macam mana boleh terdapat hotel voucher ni...baru-baru ni ayong baru buat kad kredit setelah dekat 2 tahun menahan diri dari mengambil apa-apa kad kredit sejak bekerja...tapi kebelakangan ni, bila fikir-fikir kad kredit ni ada jugak gunanya bila terdesak..memandangkan kerja banyak jugak kena outstation, kena stay kat hotel, menyenangkan jugak bila ada kad kredit...lagi satu sebab ayong ni tak suka pegang duit cash banyak-banyak..macam baru-baru ni tiba-tiba dapat arahan ganti orang pergi meeting, main redah je nak check in, bajet penginapan semua ditanggung la, sekali kat kaunter tu dia tanya, "cash or creit card?"..terkedulah sekejap..sebabnya duit cash memang ada berapa ringgit je dalam purse...nasib baik teringat baru ada kad kredit, bolehlah cover..kalau tak?? adoyai....
so bila buat kad kredit tu adalah dapat servis dari Zest Leisure Travel And Tours Sdn Bhd, last week dapatlah parcel dari zest, so adalah dapat banyak baucer diskaun, promo dan salah satunya hotel voucher ni...begitulah ceritanya...

bila tengok T&C boleh guna sampai bulan 8 tahun depan, terfikir kalau takde aral bulan 6 tu kahwin, boleh guna untuk honeymoon...bagitau la along, gembira bukan kepalanglah kami berdua..haha...tengok pulak ada banyak gak senarai hotel yang boleh redeem voucher ni...lagilah bertambah-tambah happy..yang penting kena booking awal la..supaya tak mengalami kekecewaan...
harap-harapnya semua urusan dipermudahkan...
urusan nak kahwin pun tunggang langgang lagi, tiba-tiba cerita honeymoon kan..layan jela....haha...

senarai hotel yang menerima voucher ni:
banyak kan? pilih je nak kat negeri mana...
tujuan ayong up entri pasal ni sebenarnya kalau adalah sesiapa nak bagi pendapat hotel mana yang best, kot-kot ada yang pernah pergi mana-mana hotel yang ada dalam senarai ni...hari tu call, diorang cakap voucher ni valid untuk standard room...mission sekarang nak kena usha satu-satu hotel la nak tengok mana yang best...tapi kalau ada sesiapa yang nak bagi pendapat amat dialu-alukan..yela, kadang-kadang dalam website hotel tu, gambar je macam best, sekali indah khabar dari rupa..sabau je lerr...

ok, once again, kalau ada sesiapa nak bagi pendapat hotel mana yang best dan tak best amat dialu-alukan ye...pendapat anda amat dihargai...

p/s: kitorang macam dah berangan nak pergi cameron highland, siap dah berangan nak ambil gambar post wedding kat sana...berlatar belakang ladang teh, strawberry dan bunga-bungaan...indahnya...tak boleh berhenti berangan dah...ayok!
~semoga dipermudahkan semua urusan kami..aamiin...~







3 comments:

MISS.FIFI said...

ayong, pilih la hotel yg kt tempat boleh melancong sekali..baru best..x kn nk dok dlm bilik je kan..hahhaha.=)

AyongAtikah Zaid said...

hahaha...ni kira untuk pre honeymoon la 2 hari 1 mlm je...nak melancong kena berhari2...bajet kena kira lain pulak tu..kena kumpul duit balik lepas kawin nak pergi melancong....adoi...so sbb bajet dah byk abis kat kenduri, kita nak dok diam2 jela dlm bilik...hahahaha....

Anonymous said...

Kad ni ok ke? Br2 ni diorg ada call sy dan sy belum dlm kad ni.. tetiba mcm menyesal pulak.. berbaloi tak kad nie.. betul ke ada diskaun