❤ Followers ❤

❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 28, 2012

GIVEAWAY 24: GIVEAWAY: WANGI DAN HAPPY MACAM AKIFF


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Nak perfume tak?
Jom join giveaway ni...cakap je nak yang mana, InsyaAllah kalau ada rezeki, pasti menjadi milik anda!

untuk maklumat lanjut, klik banner
perfume pilihan ayong:


~done..semoga ada rezeki ayong nak dapat perfume free...aamiin..~
::thanks organizer for this giveaway::




POST 33: Dah cop OP dan OV... =)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..tengok tajuk tu maksudnya dah lega satu hal...antara hal-hal terpenting dalam wedding...kalau ikut wedding timeline ayong...booking op dan ov ni target nak setelkan dalam bulan 10...terawal pulak ek...baguslah kan...dah boleh tukar kaler dalam wedding checklist..yeay!! tak yah pening-pening nak survey...taknak survey dah pun, dah bayar deposit lock tarikh..karang terjumpa lagi menarik hati menyesal pulak sorang-sorang..tapi insyaAllah pilihan ni yang terbaik...harap-harapnya..serious bab op dan ov ni memang antara yang paling dilema nak buat pilihan..
sebab harga bukan murah, salah pilih boleh hancur kenangan seumur hidup!

awal sangat ke booking ek?
kalau ikutkan hati memang nak survey dan survey lagi...tapi ayong ni ada masalah yang kalau dah jatuh cinta dengan sesuatu tu, memang nak yang tu jugak..lagipun takut, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...hehe...so, ayong dah terjatuh hati dengan promo yang diorang buat, actually diorang buat promo untuk videography je, dan ayong memang lagi pentingkan videography dari photography..ayong rela takde album gempak-gempak dari op, asalkan bajet ayong boleh bawak untuk ov..haruslah kena pilih salah satu kan sebab bajetnya very-very limited..sobs! alkisahnya bila dah jatuh cinta dengan promo tu, ayong pun merisik khabar la...suka jugak diorang punya PR, cepat je reply pm ayong kat fb...kalau tak dapat pm, ayong bbm pulak...and still dilayan..thanks guys!
akhirnya lepas dah bincang-bincang berhari-hari, lepas dah dapat approval along, ummi abah, keputusan pun dibuat..
disebabkan dah bayar deposit,
so secara rasminya ayong boleh announce la kan siapa op dan ov ayong nanti...

THE DARKNESS STUDIO
link facebook
link blog
inilah promo yang berjaya buat ayong tak tidur malam berhari-hari...
promosi ni still valid ok!
bawah 1k untuk 2 event! plus 2 OV!
sebab tula meroyan...huhu..tapi ada transporation and accomodation charge la sebab diorang ni kat kl dan ayong kat johor..niat dari awal nak cari yang kat johor je dengan harapan dapat lupakan segala charge tu tapi tak jumpa yang menarik hati...bila dah bincang berhari-hari dan berhari-hari jugak la tidur malamku terganggu, ayong try tanya kalau nak ambil OP sekali berapa, tak kisahlah kalau just shoot, edit dan burn je, yang penting still dalam bajet ayong...sebabnya ayong fikir kalau nak hire lain karang kalau berkenan yang jauh-jauh kena charge lain pulak...diorang pun bagilah quotation, lebih RM150 dari bajet ayong untuk both OP dan OV untuk semua campur charge segala charge...bajet ayong ciput-ciput je...segan nak bagitau..tapi sebab dah jatuh cinta sangat dengan hasil kerja diorang, cakap dengan along, takpelah, insyaAllah gomen dapat bonus nantikan, ayong simpan lebih sikit ye untuk cover yang terlebih bajet ni....hehe...

macam nervous jugak mula-mula nak confirmkan dengan diorang ni, sebab ayong ada try jugak blogwalking, google cari review pasal diorang ni...tapi tak jumpa..so ayong decide, pm jela orang-orang yang pernah hire diorang ni...saya terpaksa! sorry TDS crew sebab menyiasat customer-customer anda senyap-senyap..ada la beberapa orang yang ayong tanya, dan alhamdulillah semua bagi respons positif...
sebab cuak jugak la, macam-macam benda tak elok dengar pasal vendor-vendor ni kan...
harap-harapnya yang ni memang betul-betul ok..
so later lepas majlis ayong boleh bagi good review untuk korang ye..it's my promise...insyaAllah...

jomlah ayong tunjuk beberapa hasil kerja TDS Crew ni ok..
kepada TDS Crew, kalau ada baca entri ni, ayong mintak izin guna beberapa hasil kerja korang ye...


hasil kerja pertama yang ayong usha, memang jatuh cinta sangat dengan video ni..memang macam yang ayong nak..ayong suka kalau video pakai lagu yang happening, moment nikah tu je macam kena touching-touching sikit...yang part lain nak happy, nama pun hari bahagia kan, karang kalau tengok video kahwin dari awal sampai habis nak touching, nangis je, susah pulak kan..karang orang ingat kena paksa kahwin ke apa...hehe..ini pada persepsi ayong la, lain orang lain persepsi kan?
tak kisahlah...asalkan masing-masing bahagia...hehe..

tapi bila tanya kat karlell (salah seorang crew TDS), macam ni ke sample video ayong boleh dapat...dia dengan jujurnya cakap tak sebab yang ni mahal sikit, ada tambah 3D montaj..so macam dah down jugak..tapi bila tengok hasil kerja diorang yang lain-lain, yang takde 3D montaj pun ayong dah jatuh cinta jugak...hehe...jom layan!


nak letak lagi satu la..layankan je ok...


::photography::






cukuplah ek...ni pun rasa dah panjang giler entri...untuk gambar-gambar yang diorang shoot, pada ayong cantiklah..bab gambar ni ayong tak cerewet sangat, dah nama pun photographer kan..pada ayong asalkan gambar tu clear, sharp, tak gegar-gegar, tak bercahaya sangat dan tak gelap sangat, ayong dah rasa gambar tu cantik...nak tengok banyak-banyak, korang bolehlah terjah facebook dan blog diorang ok...
kena mintak free gift album kat TDS ni sebab tolong promote...hehe...

sebelum entri ni dihabiskan, ada beberapa pesanan kat sini ye...
untuk TDS Crew
see you first of June next year...save the date ok!
semoga kita dapat bekerjasama dengan baik untuk outcome yang terbaik..insyaAllah...
ikhlas dari customer yang berharap...hehe...
untuk along
kena praktis senyum banyak-banyak dari sekarang dan belajar posing-posing terbaik sebagai persediaan ok..almaklumlah...kitorang bukan fotogenik...harap maklum! harap-harap TDS Crew berjaya mem'fotogenik'kan kitorang nanti...haha... 
untuk family, kawan-kawan, tetamu yang datang nanti
nanti pose cantik-cantik, bagi ucapan best-best ye...ayong hire OP dan OV ni semua untuk korang buat kenangan untuk ayong dan along seumur hidup..baru berbaloi gak riban-riban habis ni...alright?? 

~OP dan OV dah selesai...dilema untuk tailor dan MUA pulak...tak habis-habis la dilema selagi tak selesai kan....isy..isy..isy...macam ni rasa orang nak kahwin ye...belum campur dilema lain lagi...patutlah ada lagu di persimpangan dilema...penangan dilema...hehe....~

Thursday, September 27, 2012

POST 32: Sempena Ulang Tahun Ke 25...


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah...hari ni genap 25 tahun umur ayong...suku abad sudah...sesungguhnya ayong bersyukur sangat dengan segala nikmat yang Allah s.w.t dah kurniakan pada ayong...semoga kita semua sentiasa di dalam perlindungan rahmat Allah s.w.t...

so biasanya kalau birthday orang suruh buat wish kan...ayong pun nak buat wish jugak...tapi bukan untuk ayong, untuk semua yang ayong sayang, yang ada di sisi ayong...
anggaplah entri ini entri penghargaan untuk mereka...

ALLAH S.W.T
Ya Allah..kepadaMu aku panjatkan kesyukuran atas segala nikmat yang telah Kau kurniakan kepadaku..sepanjang 25 tahun hidup ini terlalu banyak dosa-dosaku Ya Allah, tetapi Kau sentiasa di sampingku, mengetuk pintu hatiku agar kembali padaMu, agar tidak terus hanyut dengan nikmat dunia...itulah nikmat yang paling besar ya Allah...KepadaMu aku berserah akan hidup dan matiku hanyalah keranaMu Ya Allah..Sesungguhnya Kau jua yang mengetahui yang terbaik untuk setiap hamba-hambaMu...aamiin..

NABI MUHAMMAD S.A.W
Ya rasulullah...Semoga aku akan sentiasa ingat padamu...Kau sangat mengasihi umatmu, tapi kami sering melupakanmu..kami lupa akan apa yang telah kau lakukan untuk kami...kami lupa betapa dalamnya cinta kau untuk kami...Ya rasulullah, bantulah umatmu ini...agar sentiasa ingat akanmu, sentiasa berselawat ke atasmu..sentiasa berusaha menjadi umatmu yang terbaik...InsyaAllah...

UMMI ABAH
Selepas Allah s.w.t dan Nabi Muhammad S.A.W, merekalah orang yang paling ayong cintai...ummi abah yang terbaik untuk ayong..ayong selalu cakap kat diri sendiri, selagi terdaya, ayong akan buat apa sahaja untuk ummi dan abah...tanpa mereka, takkan ada ayong pada hari ni...takkan ada birthday yang ke 25 ni...mungkin ayong bukan jenis yang selalu cakap dekat ummi dan abah yang ayong sayangkan mereka, tapi ayong tahu ummi abah tahu yang ayong sayangkan ummi abah sampai ke syurga...di kesempatan ini, ayong nak mohon ampun maaf kat ummi abah kalau ada apa-apa yang ayong buat, ayong cakap menyinggung hati dan perasaan ummi abah...apa yang ummi abah bagi kat ayong sepanjang 25 tahun hidup ni memang dah lebih dari cukup...ayong tahu takkan terbalas jasa-jasa ummi abah..InsyaAllah, ayong akan sentiasa berusaha jadi anak yang solehah, yang sentiasa menyenangkan hati ummi dan abah..cuma apa yang ayong harapkan adalah keredhaan dan doa ummi abah...itu dah cukup..Ya Allah, bantulah hambaMu ini ya Allah agar aku dapat menunaikan kata-kataku..aamiin...

ADIK-ADIKKU..HABIB, RAIHANAH, HANNAN, NAJWA, NAJMI DAN SUFIYAH
Semoga ikatan persaudaraan antara kita 7 beradik akan terus erat..walau kita bergurau, bergaduh, baik semula, peliharalah hubungan yang telah dikurniakan ini dengan sebaik mungkin...janganlah ada iri hati, hasad dengki antara kita...ayong sayang korang semua...sayang ayong bukan bermaksud ayong akan bagi semua benda yang korang nak, tapi setiap apa yang ayong buat untuk korang tu bermaksud ayong mengharapkan yang terbaik untuk adik-adik ayong...bukan senang tau nak layan 6 adik dengan 6 perangai masing-masing...semua lain-lain...insyaAllah ayong akan berusaha yang terbaik untuk korang...tapi tiada manusia yang sempurna di dunia ini, termasuklah ayong..kalau ada salah silap ayong kat korang semua, ayong mintak maaf...tapi ayong nak korang tau, nama korang setiap seorang tak pernah tertinggal dalam doa ayong setiap hari...setiap apa yang ayong buat untuk korang, ayong tak mengharapkan apa-apa balasan, cuma ayong harapkan korang jadi hamba Allah yang soleh dan solehah, anak ummi abah yang soleh dan solehah, yang sentiasa menyenangkan hati mereka...ingat pesan ayong, setiap apa yang korang nak buat, ingat Allah, ingat rasulullah, ingat ummi abah, ingat orang-orang yang sayangkan kita, insyaAllah kita akan sentiasa berada di landasan yang betul...semoga korang semua berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat...aamiin...

ALONG
yang ni tunggu tahun depan punya wish la ek...baru sedap sikit..hehe..apa pun, terima kasih untuk segalanya...semoga segala urusan kita menuju yang halal di sisi Allah sentiasa mendapat rahmat dan keberkatannya...tiada lain yang ayong harapkan...semoga dia boleh jadi imam yang terbaik untuk ayong...aamiin...kepada yang membaca entri ni, doakan yang terbaik untuk kitorang dan kalau ada jodoh kami, semoga bahagia hingga ke syurga..
p/s: tapi merajuk 3 hari 2 malam tetap berlangsung ye sebab dah tengah hari baru ingat hari ni birthday!

SAUDARA-MARA..NENEK AYA, NENEK TIPAH, ATUK TAHIR, MAKCIK-MAKCIK, PAKCIK-PAKCIK, SEPUPU SEPAPAT DAN LAIN-LAIN
terima kasih sebab mewarnai hidup ayong...punya keluarga besar yang bahagia adalah salah satu nikmat yang tak terhingga...alhamdulillah...semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan Allah s.w.t...

SAHABAT-SAHABAT AYONG
kalau nak list satu-satu memang ramai..alhamdulillah, dalam menempuh kehidupan ini, Allah s.w.t kurniakan sahabat-sahabat terbaik untuk temankan ayong dalam perjuangan kita di dunia ini..mereka datang dan pergi bersilih ganti...tapi semua kenangan pahit manis antara kita akan tersimpan rapi dalam memori hidup ayong...yang pasti semuanya menjadi kenangan indah untuk ayong...semoga ikatan yang telah terjalin, akan kekal sampai bila-bila...andai ada silap dan salah sepanjang kita berkawan, ayong mohon ampun dan maaf.. thanks korang!

~sekian~

Tuesday, September 25, 2012

CONTEST 11: Dream Veil Contest V2.0 by Adria Cottage


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

nak join contest, mesti kena letak banner dulu kan walaupun organizer tak suruh..sebab nak ambil feel join contest...hehe...boleh ye...

sesiapa yang nak join boleh klik pic kat atas ni untuk maklumat lanjut ok...
untuk contest ni ayong nak tag b2b yang sama ayong share page Veil by Adria Cottage iaitu fifi dan cik mah..yok meriahkan contest ni!

sebelum ni pun ada giveaway yang nak bagi hadiah veil idaman jugak kan..
so hati ayong masih lagi jatuh cinta dengan veil idaman yang ini!

pic credit to mummy kina
sebenarnya, masa first time tengok veil kina ni ayong terus speechless...nak bagi 2 perkataan tu susah betul! tapi sebab syarat kena bagi, so perah otak jugaklah...huhu...
Dua perkataan dari ayong:
PEARLS
3D FLOWERS

lama tau termenung tengok pic ni dok fikir kenapa jatuh cinta pandang pertama dengan veil kina ni, sebab susah kan nak bagi sebab kenapa kita jatuh cinta dengan sesuatu atau seseorang,perasaan cinta tu kan datang sendiri...
tapi akhirnya jumpa jugak sebabnya...
I JUST LOVE PEARLS AND 3D FLOWERS SO MUCH!
so decided to describe this veil with that two words...semoga ada rezeki ayong dari adria cottage...aamiin...

Last but not least, thanks Adria Cottage sebab sudi buat contest untuk b2b!
~moga terus sukses...aamiin....~


POST 31: WEDDING PROGRESS??


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Just nak coretkan kat sini progress kahwin yang baru 0.01%..hahaha..
layankan ajeeee....

first, dah jumpa pakcik shukor untuk catering, dah booking and discuss secara kasar...pakcik ni jiran kitorang je, dia ada bukak kedai makan nasi beriyani kat yong peng...so harap-harapnya senang bekerjasama dengan dia dan dia dapat membantu merealisasikan impian wedding ayong dengan makanan yang sedap dan melancarkan majlis dengan jayanya...masa mula-mula jumpa, dia tanya bila kahwinnya? jawablah 1/6/2013...dia cakap, "oh..awal lagi tu..." siap tanya 4,5 kali dah kompem ke tarikh...4,5 kali jugak la jawab, "dah cik..insyaAllah kalau takde aral apa-apa, itulah tarikhnya.." sampai abah jawab, kalau kerajaan tukar tarikh cuti sekolah dalam takwin, tu baru tukar kot...adoi...mintak-mintaknya semua berjalan seperti yang dirancang....

second, dah booking dewan...semuanya gara-gara cuak sebab selalu baca post b2b suruh booking dewan awal-awal, ada yang setahun sebelumlah...pastu pergilah Majlis Daerah Yong Peng pada 24/9/12 hari tu...Puan Salmah tu tanya bila nak sewa, cakaplah 1/6/2013,lagi sekali keluar ayat, "oh..lambat lagi tu..."
dalam hati cakap, aku dah agak dah!

kebanyakan orang cakap macam tu bila ayong start buat preparation dari sekarang....awal lagi katanya...isy..isy..isy...diorang ni patut tau memang kalau kira lagi beratus-ratus hari, lagi berbulan-bulan tapi tolak itu ini, kesibukan kerja dan sebagainya, masa suntuk nak buat preparation...lagipun, almaklumlah kita semua nak jimat kan, maka bila nak jimat, haruslah banyak buat sendiri....jadi ambil masa kan..lainlah semua boleh order siap je..tapi kena banyak duit la kan..mestilah tak!!! mana la tau tiba-tiba preparation siap awal dari yang dirancang ke, terus kahwin kan...pernah tak jadi camtu??tiada yang mustahil dengan izin Allah kan...hahaha...

pada ayong, apa yang boleh buat awal-awal, nak setelkan awal-awal, janganlah cakap mana tau tak jadi ke, tangguh ke..mintak dijauhkan la...doakan semuanya dipermudahkan ye...pastu kalau ada sikit-sikit dah dapat setelkan awal-awal, tak lah nanti lagi 2,3 bulan nak kahwin akan menggelabah, walaupun tau mungkin akan menggelabah jugak, sebab kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan..tapi tak salah berusaha...kan??? lagi satu kalau boleh taknak jadi pengantin mata panda, tak cukup rehat dan penat masa hari kejadian...mintak sangat nak happy-happy je dan semua berjalan lancar..tolong doakan ye..aamiin...

sambung cerita dewan tu, of courselah kosong lagi tarikh 1/6/2013 tu..paling latest orang dah booking pun baru sampai februari 2013...takpelah, biar cepat asal selamat...hehe..so, booking pun telah dibuat, tapi nanti bulan 12, hantar surat rasmi kat majlis remind diorang nak  booking..sebabnya puan tu taknak ambil deposit lagi..awal sangat lagi katanya...so rekod dalam buku booking je..tapi nanti jangan diorang bagi kat orang lain sudah...jadi yong peng berdarah kejap lagi...hua..hua..hua...

so lepas dah booking tu, kebetulan dewan tu bukak, singgahlah dengan ummi kejap nak tengok macam mana keadaan dewan, seriously dah bertahun-tahun duduk yong peng, ayong tak pernah masuk dewan tu...hehe..bila tengok pintu je, cakap kat ummi, "ummi,pintu ni diorang nak tukar barulah.." ummi pun tengok, "aah la..baguslah...rezeki ko la yong..insyaAllah nanti cantik dewannya" dalam hati pun bersyukur sangatlah..pastu tengok toilet, cantik dan bersih, ada toilet lelaki dan perempuan kiri kanan dewan..thumbs up di situ! tengok pulak ada 2 bilik kosong, ummi cakap bolehlah buat bilik solat ke, persalinan ke...senang dah...2 thumbs up di situ!

kesimpulannya, kitorang memang puas hati dengan keadaan dewan tu...sekarang tengah fikir nak cover stage je..sebab nanti kitorang tak pakai stage pun, takde pelamin apa-apa pun..tengah fikir nak buat tirai ke apa..tapi tirai macam banyak sangat pulak kain nak kena pakai...umi suruh buat photocorner atas tu, tapi ayong taknak, kang takde orang nak naik atas stage ambil gambar...sia-sia je buat photocorner cantik-cantik..sesiapa ada cadangan nak buat apa dengan stage tu boleh utarakan la ye..thanks in advance!

dengan itu, kira dua benda paling penting ni iaitu catering dan dewan dah cop tarikh la...alhamdulillah...mintak-mintak semua urusan lepas ni lancar je..aamiin..



p/s: tengah mencari idea untuk menjoinkan diri contest adriacottage dan zura...
oh idea..please come to mama!

Sunday, September 23, 2012

POST 30: Wedding Timeline


❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

~Ini adalah untuk kegunaan ayong bagi memudahkan segala urusan...mohon didoakan supaya dipermudahkan semua urusan kami dan diberkati oleh Allah s.w.t..aamiin...~

OKTOBER 2012
  • Booking tarikh untuk sewa dewan dan tanya prosedur - done 24/9/12
  • Booking OP dan OV - done 26/9/12 (deposit RM300)
  • Design postcard guestnote
  • Design signage
  • Design kad centerpiece 
  • Design untuk bekas centerpiece
  • Design tq tag
  • Design THANK YOU
  • Design sign guestcorner dan photocorner
  • DIY box guestcorner
  • DIY Prop photocorner
  • Tanya Masjid + prosedur nikah (abah)
NOVEMBER 2012
  • DIY handbouquet
  • DIY centerpiece
  • Kumpul lagu wedding
  • Aturcara majlis
  • Panduan emcee
  • Beli gelang ayong dan cincin along
  • Survey tailor
  • Design kad jemputan
  • Survey transport family along
  • Survey homestay
  • Setelkan semua yang perlu design.
DISEMBER 2012 (along datang johor)
  • Jumpa tailor dan decide design untuk complete dress nikah ayong & along - done 22/11/12 (deposit rm300)
  • Confirm baju melayu+samping along dengan designer
  • Confirm barang doorgift
  • Beli packaging doorgift
  • Make sure packaging doorgift setel tinggal masuk barang je
  • Hantar surat rasmi booking dewan
  • Finalize catering untuk menu, kerusi meja, deco makan damai, deco meja kek, pa system, kompang
  • Booking bridal untuk backdrop+hiasan makan damai + red carpet + walkaway + baju sanding + make up 2x (kalau boleh mintak test make up)
  • Tempah bunting dan banner
  • Beli kasut kahwin ayong dan along
JANUARI 2013
  • Siapkan sign guestcorner dan photocorner
  • Setelkan THANK YOU (tinggal cari tali)
  • Tanya ayam tempayan - abah
  • Booking  transport family along
  • Booking homestay
  • DIY untuk background photocorner & stage (tirai, paper fan flower, kristal, deco lain)
  • Setelkan poskad guestnote
  • Siapkan centerpiece
  • Setelkan benda-benda untuk guestcorner dan photocorner
FEBRUARI 2013
  • Print kad jemputan
  • Make sure kad jemputan, bunting dan banner dah siap
  • Follow up baju melayu nikah along
  • Follow up dress nikah ayong 
  • Beli cadar, langsir bilik pengantin dan siapkan deco bilik pengantin
  • Confirmkan dengan majlis pasal dewan dan kerusi meja
  • Setelkan signage
MAC 2013 (along datang johor)
  • Setelkan prosedur nikah along (kelantan)
  • Setelkan prosedur nikah ayong (johor)
  • Confirmkan tok kadi dan saksi
  • Medical check up 
  • Fitting baju resepsi
  • Beli songkok dan samping
  • Make sure dress, shawl, veil nikah dan resepsi ayong dah siap.
  • Make sure baju nikah dan resepsi along dah siap
  • Confirm plan honeymoon + post wedding photoshoot
APRIL 2013
  • Hantar borang nikah dan pastikan semua prosedur untuk nikah dah setel. 
  • Siapkan  doorgift (barang dan makanan)
  • Booking catering jamuan nikah dan setelkan barang-barang untuk jamuan
  • Tempah kek kahwin
  • Tentukan penjaga corner masa majlis (guestcorner / photocorner / doorgift dewasa / doorgift kanak-kanak)
  • Invitation kat fb
  • Edar kad jemputan
MAY 2013
  • Deco hantaran dan siapkan barang-barang hantaran
  • Tetapkan emcee dan pembaca doa majlis resepsi
  • Tetapkan aturcara dan tugas-tugas pembantu kesayangan semasa majlis dengan lebih detail dan maklumkan kepada mereka.
  • Siapkan wishing tree
  • Prepare kereta pengantin
  • Deco bilik pengantin
  • Ingatkan along asingkan mas kahwin, upah kadi dan saksi
DUA MINGGU SEBELUM
  • Double confirm:
           1) Dewan
           2) Masjid
           3)Tok kadi
           4) Saksi
           5) Kedatangan family ayong dan along (transport family along)
           6) Homestay
           7) Catering + PA System + Kompang (susunan dewan, menu) + Khemah
           8) CD lagu wedding
           9) Wedding attire nikah along dan ayong
         10) Wedding attire resepsi along dan ayong
         11) MUA
         12) Handbouquet
         13) Deco dewan (centerpiece / deco stage / arch stand + pomander ball / red

              carpet)
         14) Photocorner
         15) Guestcorner
         16) OP
         17) OV
         18) Kek
         19) Edaran kad jemputan
         20) Doorgift dewasa dan kanak-kanak
         21) Mas kahwin, upah kadi dan saksi
         22) Hantaran
         23) Deco bilik pengantin
         24) Kereta pengantin
         25) Jamuan nikah

TIGA-SATU HARI SEBELUM
  • Siapkan hantaran
  • Siapkan bilik tidur
  • Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
  • Hubungi bakery, OP, OV, MUA, tok kadi, saksi dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut. Inform tentative…inform OP bykkan ambil gambar family.
  • Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
  • Inform family apa agenda and tugas masing2 masa hari nikah dan kenduri, potostat tentative majlis bg kat family dua2 pihak.
  • Pakai inai
  • Readykan dewan
    1) Kerusi meja tetamu
    2) Kerusi meja vip
    3) Meja pengantin
    4) Meja buffet
    5) Deco stage
    6) Meja kek
    6) photocorner
    6) guestcorner
    7) meja hadiah
    8) doorgift dewasa dan kanak2
    9) pa system + cd lagu

    sesungguhnya kita hanya merancang, Allah s.w.t jualah yang menentukan...
    semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang atau lebih baik dari yang dirancang..aamiin...
    ::if you fail to plan, you are planning to fail::



Friday, September 21, 2012

GIVEAWAY 23: CONTEST: HB FOR FREE


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

GIVEAWAY LAGI!
KLIK BANNER GIVEAWAY UNTUK MENJOINKAN DIRI YE!


HADIAH:

TARIKH TUTUP: 30 SEPTEMBER 2012
PENGUMUMAN PEMENANG: 1 OKTOBER 2012 VIA RANDOM.ORG

~semoga kita dilimpahkan rezeki yang diberkati olehNya...aamiin...~


POST 29: Review Hadiah Giveaway by Something Handmade By Nuie


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya dah lama dah terdetik nak buat entri untuk review hadiah yang ayong pernah menang melalui contest dan giveaway ni, tapi asyik terbengkalai je sebab masalah-masalah yang tak dapat dielakkan..disebabkan tempoh lama terbengkalai tu, tiba-tiba terfikir pulak why not alang-alang nak buat entri review, review terus blog yang bagi ayong menang ni..sebagai tanda penghargaan atas kesudian menganjurkan contest, giveaway dan sebagainya...bukan senang tau nak buat contest, gveaway dan lain-lain yang sewaktu dengannya..semoga review ni sedikit sebanyak dapat membalas jasa blogger yang sudi anjurkan contest, giveaway dan lain-lain untuk pencinta-pencinta contest macam ayong ni...thanks a lot!

Gigih menaip entri lagi untuk hari ni...last hutang nak kena langsaikan...hehe..
dan hadiah ni memang paling bermakna sebab ayong memang teringin nak ada satu...tapi kalau nuie tak bagi, alamat memang takdelah..sebab nak beli rasa tak berbaloi...nak buat sendiri pandai dan rajinlah pulak kan...hehe...jomlah kita tengok apa kebendanya yang menjadi idaman sangat tu...

REVIEW HADIAH
ni la banner giveaway something handmade by nuie..memang tak rugi join, sebab nilai handmade ni memang tak ternilai...cantik sangat nuie buat..kalau nak baca entri ayong buat, KLIK SINI...
alhamdulillah dalam giveaway ni ayong menang antara yang bertuah melalui cabutan random...adik nuie yang tolong cabutkan...thanks to adik nuie...hehe...
pemegang nombor 9 tu ayong la...hehe..alhamdulillah...
jomlah tengok hadiah apa yang ayong dapat...
felt flower ring! cantik..suka ring dia tu..macam ala-ala klasik...tapi lagi suka bunga merah tu..hehe
closed up dari depan..nice kan?
tersarung di jariku..hehe...tak sabar nak pakai nanti masa wedding...baru menyerlah..orang tanya, mana pengantin? tu ha...yang pakai cincin bunga merah tu...hahaha...
ada hadiah tambahan tau...dapat brooch...cantik sampai sayang nak pakai...simpan je..hehe..
comel, cantik dan yang sewaktu dengannya lah...
memang happy sangat!
last but not least, untuk kali ke berapa entah...thanks a lot nuie!
I'm one of your fans!

REVIEW BLOG
Now, masa yang ditunggu-tunggu...haha...
masa untuk review blog organizew giveaway iaitu.........

Tengok nama pun dah tau kan..setiap yang dihasilkan oleh nuie adalah hasil tangan beliau...so, kalau dah memang tangannya ada aura tu, suruhlah buat apa pun confirm akan jadi comel kan? 
So, untuk makluman, nuie ni ialah salah seorang b2b jugak...so dia memang sangat memahami apa yang b2b lain perlukan..sebab tu dia banyak buat benda-benda yang berguna untuk b2b...antara yang nuie boleh buat ialah handbouquet, keychain, rosettes..senang cakap kebanyakan benda yang boleh dihasilkan menggunakan kain, benang, jarum, pearl dan sebagainya...hasilnya memang comel-comel...tengok gambar comel, tengok real terus rasa macam nak gigit-gigit...hehe...
meh lah ayong attach sikit pic bagi korang geram..hehe..

felt handbouquet
pearl handbouquet
rosette
keychain
ok..dah cukuplah tu...tak boleh banyak-banyak..kalau nak tengok banyak-banyak, korang terjahlah sendiri blog dan fb beliau ok...kalau berkenan boleh terus order...baca kat sini je tak boleh order...hehe...

FB: SOMETHING HANDMADE BY NUIE

selesai sudah sesi melangsaikan hutang..alhamdulillah...harap-harap nuie suka dengan review ni kalau beliau terbaca...ayong doakan nuie terus success dan bahagia selalu...aamiin..

~lega dah setel...sekarang tunggu hadiah dari diba dan wawai pulak..yang ni lagi tak sabar...dua-dua untuk wedding..alhamdulillah...moga sentiasa dilimpahkan rezeki yang diberkati dan sentiasa menjadi hamba Allah s.w.t yang bersyukur...aamiin...~


POST 28: Review Hadiah Fiszah_Pjo First Giveaway: Sedondon Ceria



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Sebenarnya dah lama dah terdetik nak buat entri untuk review hadiah yang ayong pernah menang melalui contest dan giveaway ni, tapi asyik terbengkalai je sebab masalah-masalah yang tak dapat dielakkan..disebabkan tempoh lama terbengkalai tu, tiba-tiba terfikir pulak why not alang-alang nak buat entri review, review terus blog yang bagi ayong menang ni..sebagai tanda penghargaan atas kesudian menganjurkan contest, giveaway dan sebagainya...bukan senang tau nak buat contest, gveaway dan lain-lain yang sewaktu dengannya..semoga review ni sedikit sebanyak dapat membalas jasa blogger yang sudi anjurkan contest, giveaway dan lain-lain untuk pencinta-pencinta contest macam ayong ni...thanks a lot!

Salam Jumaat!
Semoga kita semua sentiasa di dalam perlindungan rahmat Allah s.w.t...
Alhamdulillah berjaya siapkan entri wedding checklist tadi...rasa macam lengkap dah kot...tinggal nak pastikan tulisan berkaler merah bertukar kuning dan seterusnya hijau..semoga segala urusan dipermudahkan..aamiin...
ok..sekarang kita sambung review hadiah dan blog la ye...tak sedap hati selagi tak langsaikan hutang (hutang dengan diri sendiri sebab macam dah berniat)...
let's check it out!

REVIEW HADIAH
Sebelum raya hari tu fiszah, owner blog FISZAH_PJO buat satu contest best..namanya FISZAH_PJO FIRST GIVEAWAY: SEDONDON CERIA...dan memang first time baca tu terus rasa excited nak join, bukan sebab hadiah duit raya tu tau, nak join sebab ayong memang admire sangat pic raya family kitorang tahun 2011..kebetulan pergi beli baju semua sama..seronok pergi kedai tu...pengalaman cari baju raya yang paling senang!so ayong pun dengan excited la menjoinkan diri....

ni la pic raya kitorang yang ayong pertaruhkan...
yang penting red-aholic!
alhamdulillah menang yang bertuah melalui random...ni bukti kemenangan..hehe..


dan dapatlah duit raya RM20 daripada fiszah..thanks a lot fiszah!
seronok kan dah 'dewasa' ni dapat duit raya...hehe...simpan lagi duitnya, masuk dalam angpau...start tahun ni duit raya yang dapat simpan dalam satu bekas khas..kenang-kenangan...hehe...
GAMBAR ADALAH HIASAN SEMATA-MATA
REVIEW BLOG
Ok...seperti yang dijanjikan..ayong akan review blog penganjur kan...bila bukak je blog fiszah ni, ayong memang suka sangat..sebab nama beliau je dah warna merah! i love red so much! tengok description je dah tau  blog ni fiszah gunakan sebagai medium untuk beliau nak cerita apa sahaja yang beliau suka...
"warna-warni kehidupan seorang watak kecil...Pn. Norhafiszah"
Dalam blog ni fiszah ceritakan tentang family beliau, anak dara beliau yang comel itu, suka tengok beliau letak perkembangan berat baby beliau kat side tu..nak tiru jugak la nanti...boleh ek??hehe...senang cakap blog ni menjadi kisah hidup beliau lah...kan fiszah??hehe...
tapi jangan tak tau, fiszah ni merupakan salah seorang yang bertangan ajaib...kreatif!
beliau ada lagi satu blog yang special untuk handicraft crochet ni...
di sini ye..
fiszah's crochet
macam-macamlah beliau boleh buat..
pinjam pic ye fiszah....salah satu contoh hasil tangan beliau..

lagi satu blog fiszah yang korang boleh terjah kalau rasa nak cuci mata, online shopping kat sini tau..
butik atirah

beliau pun ambil tempahan buat baju kurung tau..dewasa boleh, kanak-kanak boleh..
untungnya orang tangan ajaib ni kan...macam-macam boleh buat..
dan lagi satu, fiszah pun ada buat printing sticker dan label...sekarang tengah ada promosi...kalau nak, cepat-cepat roger fiszah sebelum terlambat.
contoh sticker comel!
amacam?
macam-macam ada kat blog fiszah ni....tak rugilah blogwalking...
sesiapa yang berminat bolehlah roger-roger fiszah ni ye...
alright...harap-harap kalau fiszah baca, fiszah suka dengan review ni...
anyway, thanks lagi sekali untuk duit raya...
jasamu dikenang! hehe....

POST 27: DIY MISSION


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

~Ini adalah untuk kegunaan ayong bagi memudahkan segala urusan...mohon didoakan supaya dipermudahkan semua urusan kami dan diberkati oleh Allah s.w.t..aamiin...~

1) HANDBOUQUET
Plan: Glitter foam handbouquet
Status: tinggal buat colar dan deco (start 14/10/12)

2)SIGNAGE
Plan: Design --> Print  --> Tampal kat kotak--> balut --> Letak Double Tape/Tali
Status: Dah design

3) PAPER FLOWER (DECO BACKGROUND PHOTOCORNER)
Plan: Cari tutorial --> Beli bahan --> Buat
Status: 0%

4) KUMPUL LAGU WEDDING
Plan: Cari lagu --> Download --> Save dalam CD
Status: 0%

5) SIGNBOARD PHOTOCORNER + GUESTCORNER
Plan: Design saiz A4 --> Print --> Frame
Status: DONE

6) PROP PHOTOCORNER
Plan: Design --> Print --> Laminate --> Tampal lidi
Status: Dah ada design

7) GUESTNOTE
Plan: Design --> Print (bersama kad jemputan) **kalau tak dapat, print atas a4 tampal belakang kad jemputan.
Status: Dah design

8) HURUF THANK YOU UNTUK MEJA HADIAH
Plan: Design --> Print --> Laminate
Status: DONE
Credit to anaztasia tie the knot













9) CENTERPIECE
Plan: lebih kurang macam dalam pic ni...













(i) Beli bahan-bahan:
  • crepe paper pink
  • bahan untuk bekas centerpiece
  • bunga rampai
  • lidi
  • solatape
(ii) buat bekas centerpiece
(iii) buat kad centerpiece: design --> print --> tampal kat baki kad jemputan

Status: dah design untuk label dan bekas centerpiece


sesungguhnya kita hanya merancang, Allah s.w.t jualah yang menentukan...
semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang atau lebih baik dari yang dirancang..
~doakan ayong berjaya capai misi-misi DIY ni dengan lancar ye...aamiin..~
::if you fail to plan, you are planning to fail::

POST 26: WEDDING CHECKLIST (7 MONTHS BEFORE)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

~Ini adalah untuk kegunaan ayong bagi memudahkan segala urusan...mohon didoakan supaya dipermudahkan semua urusan kami dan diberkati oleh Allah s.w.t..aamiin...~

TARIKH - SELESAI
Nikah: Selesai (1/6/2013 pagi) 
Resepsi: Selesai  (1/6/2013 lepas nikah sampai petang)

TEMPAT - BELUM
Nikah: Belum (Masjid Yong Peng tapi nak kena confirm dengan orang masjid jugak)
Resepsi: Dah booking date dengan Majlis Daerah Yong Peng

TEMA - SELESAI

Nikah: Dusty pink
Resepsi: Turquoise + Pink

GUESTLIST - ESTIMATE 1200
Family ummi: 150
Family abah: 150
Kawan ummi abah: 100
Jiran satu Malaysia: 150
Officemate abah: 300
Family along: 50
Kawan along: 50
Kawan + Officemate ayong: 150
Kawan adik-adik: 50

CATERING - BELUM

Nikah: Belum (plan nak buat jamuan kecil breakfast untuk ~200 orang)
  • menu utama: belum
  • air: belum
  • kuih: 
  • saprah / tikar
  • perkakas bufet
  • pinggan + cawan polisterene
  • plastik sampah
Resepsi: Dah bincang dgn pakcik shukur, dah book date, nanti finalize.
  • Hidangan makan beradab lengkap x 10pax
  • Menu tetamu (nasi beriyani) lengkap x 1000pax (free 200pax)
  • Hidangan meja family x 4 meja bulat
  • Kelengkapan catering
  • Krew
  • Alas meja + sarung kerusi + aksesori
  • Hiasan meja makan beradab
  • Station bufet lengkap
  • Tisu
  • Air Mineral
  • Dessert
  • Ayam tempayan (~100 ekor)
HOMESTAY - BELUM
Homestay family along: Belum
Homestay family ayong (jika perlu): Belum
Homestay kawan-kawan ayong (jika perlu): Belum

KAD JEMPUTAN (1000PCS) - BELUM
Kad jemputan: 1000pcs
Poskad guestnote: 300pcs - dah design
**sikit guna untuk centerpiece**

TRANSPORT FAMILY ALONG - BELUM

PROSEDUR NIKAH (3 BULAN SEBELUM) - BELUM
Along (Kelantan) - kena buat dulu, baru ayong boleh buat ayong punya
  • Kursus kahwin: Selesai
  • Borang 1 (Permohonan Kebenaran Berkahwin Lelaki): Belum
  • Borang 2A (Surat Kebenaran Berkahwin Luar Negeri): Belum
  • Keputusan HIV Test: Belum
  • Salinan IC - Belum
  • Original dan salinan sijil kursus kahwin - Belum
  • Surat akuan bujang: Belum
  • Sediakan upah kadi dan saksi: Belum
Ayong (Johor)
  • Kursus kahwin : Selesai
  • Borang nikah (ambil kat pejabat agama): Belum
  • HIV Test: Belum
  • Surat Akuan Bujang: Belum
  • Saksi Borang: Belum
  • Wali: Belum (orangnya abah lah insyaAllah)
  • Surat nikah ibubapa
  • Interview pejabat agama: Belum
  • Jumpa kadi (confirm tarikh, masa, upah kadi dan prosedur): Belum
  • Tetapkan saksi: Belum
PHOTOGRAPHER + VIDEOGRAPHER (NIKAH + RESEPSI): CONFIRM WITH TDS

HANTARAN: BELUM
Along --> Ayong
1) Mas kahwin (RM22.50): Belum
2) Gelang: Dah beli
3) Kek: Belum
4) Manisan: Belum
5) Telekung: Belum
6) ???

Ayong --> Along
1) Cincin: Dah beli
2) Kek: Belum
3) Belt + Wallet: Belum
4) Kasut: Belum
5) Coklat: Belum

LAIN-LAIN UNTUK NIKAH
  • BANTAL NIKAH: BELUM
  • HANDBOUQUET: dah start DIY
  • INAI: dah ada inai..nanti nak try ok ke tak...
PELAN DEWAN + KHEMAH: Dah buat tapi belum finalize

SIGNAGE: BELUM - dah design

DECO DEWAN + SETTING - BELUM
  • Deco background stage (jika perlu) ~DIY~: Belum
  • Red carpet: Belum
  • Arch stand  ~DIY POMANDER BALL~ : Belum
  • Deco meja makan beradab (backdrop jika perlu): Catering uruskan
  • Deco meja kek: Catering uruskan
  • Kek: Belum
  • Lagu wedding: Tengah kumpul lagu (tema lagu islamik)
  • Emcee: Belum
  • Pembaca doa: Belum
  • PA system: Catering
  • Kompang: Catering
PHOTOCORNER: BELUM
  • Meja dan alas meja: Belum
  • Signboard photocorner  ~DIY~ : Belum
  • Frame untuk signboard: Dah beli
  • Deco background ~DIY~ : Belum
  • Prop photocorner ~DIY~ : Belum
  • board + Marker: Dah beli
  • Camera: Belum (ingat nak pinjam je)
  • Photographer (tolong ambil gambar) - Belum
  • Penjaga booth - Belum 
GUESTCORNER - BELUM
  • Meja dan alas meja: Belum
  • Signboard guestcorner ~DIY~ : Belum
  • Frame untuk signboard: Dah beli
  • Deco meja (frame/jam meja/bekas pen/dll): Considered dah setel
  • Poskad guestnote ~DIY~ : dah design
  • Colour pen: Dah beli
  • Box ~DIY~ : Dah ada tinggal nak buat
  • Basket: Dah ada
  • Penjaga booth (2 orang): Belum
  • Wishing tree + Stamp pad: sponsored by The Photobooth Corner
MEJA HADIAH - BELUM
  • Meja dan alas meja: Belum
  • Tulisan THANK YOU ~DIY~ : dah design
CENTERPIECE~DIY~ - dah design
1) meja makan tetamu x 20: dah design
2) meja makan family lelaki x 4: dah design
3) meja makan beradab x 9: dah design
4) photocorner: dah design
5) guestcorner: dah design

DOORGIFT~DIY PACKAGING~- BELUM
  • Dewasa (1000pax): Belum
  • Kanak-kanak (500pax): Belum
WEDDING ATTIRE - BELUM
Nikah: 
  • Ayong: Belum
            Dress: Belum
            Shawl: Dah beli (Pastel Pearl by Classyme)
            Veil: InsyaAllah sponsored by Chantek by As
            Kasut: Belum
            Aksesori lain (jika perlu): Belum
  • Along: Belum
             Baju melayu: Belum
             Samping: Belum
             Songkok: Belum
             Kasut: Dah ada

Resepsi:
  • Ayong: Belum
             Dress: Belum
             Tudung/Shawl: Belum
             Veil: Belum
             Kasut: Sama dengan nikah
             Aksesori lain (jika perlu): Belum
  • Along: Belum
            Baju sepersalinan: Belum
            Kasut: Sama dengan nikah
            Aksesori lain (jika perlu): Belum

MUA - BELUM
Nikah: Belum
Resepsi: Belum

TRANSPORT PENGANTIN - BELUM

DECO BILIK PENGANTIN - BELUM
  • Cadar: Belum
  • Langsir: Belum
  • Perfume: Belum
  • Deco: Guna apa yang ada (frame ros / lampu tidur)
HONEYMOON
  • Date: Belum
  • Transport: My beloved Persona
  • Accommodation: Voucher hotel (tinggal pilih dan book)
  • Post wedding OP: Discussion

sesungguhnya kita hanya merancang, Allah s.w.t jualah yang menentukan...
semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang atau lebih baik dari yang dirancang..aamiin...
::if you fail to plan, you are planning to fail::





Thursday, September 20, 2012

POST 25: Promo Videography @ RM999 by The Darkness Studio!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

amacam?
korang rasa ok tak?
ada siapa-siapa yang pernah bekerjasama dengan krew The Darkness Studio?
recommended ke tak ye?
macam dah suka dengan hasil kerja TDS ni...
tapi boleh tak macam ada perasaan takut nak book?
takut tersalah pilih...huhu...
lagi lebih kurang 8 bulan lebih nak kahwin, ok ke kalau book sekarang?

meh ayong tunjuk salah satu video kahwin yang ayong rasa best...


~berpinar-pinar mata  dok ngadap gambar dan video kahwin je dari tadi~

GIVEAWAY 22: Second Giveaway by Kawa-ii Shop!






Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Tadi baru je siapkan entri untuk join first giveway Kawa-ii Shop..
tiba-tiba Kawa-ii Shop dah lancarkan second giveaway...
memang heavenlah kan...
Grab this chance!

~ I❤FLOWER LACE BUT I ❤ KAWA-II SHOP MORE~

GIVEAWAY 21: Giveaway by Kawaii-Shop




Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


jom join giveaway Kawa-ii Shop!

macam dah terbayang-bayang nak buat apa dengan 'Dual Tone 3D Flower' tu..idaman hatiku!

nak share ayat untuk murah rezekilah...hehe...


~semoga ada rezeki ayong...aamiin~

Tuesday, September 18, 2012

POST 24: Review hadiah "Salam Ramadhan Giveaway" by Sweet Lizahanum


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya dah lama dah terdetik nak buat entri untuk review hadiah yang ayong pernah menang melalui contest dan giveaway ni, tapi asyik terbengkalai je sebab masalah-masalah yang tak dapat dielakkan..disebabkan tempoh lama terbengkalai tu, tiba-tiba terfikir pulak why not alang-alang nak buat entri review, review terus blog yang bagi ayong menang ni..sebagai tanda penghargaan atas kesudian menganjurkan contest, giveaway dan sebagainya...bukan senang tau nak buat contest, gveaway dan lain-lain yang sewaktu dengannya..semoga review ni sedikit sebanyak dapat membalas jasa blogger yang sudi anjurkan contest, giveaway dan lain-lain untuk pencinta-pencinta contest macam ayong ni...thanks a lot!

Sekarang kita langsaikan review untuk hadiah yang ayong menang melalui "Salam Ramadhan Giveaway".
Let's check it out!

REVIEW HADIAH
"Salam Ramadhan Giveaway" ni blogger sweet lizahanum yang anjurkan masa bulan puasa hari tu...boleh dikatakan rezeki bulan puasa la ayong dapat hadiah GA ni...sebabnya kisah nak menang tu agak dramatik sikit...hehe..
kisahnya mula-mula ayong tak menang pun apa-apa hadiah bila keputusan diumumkan..biasa la kan adat pertandingan..tapi tak lama lepas tu sis liza offer kat blog dia siapa yang nak hadiah GA tu cepat sms dia, sebab ada 6 orang yang still tak tuntut hadiah masing-masing...so ada 6 kosong..ayong pun tanpa melengahkan masa, cepat-cepatlah sms sebab masa baca entri tu dalam setengah jam lepas sis liza post..agak-agak macam sempat je...sebab excited sangat tu bukan apa, hadiahnya buku doa, buku-buku agama kecik-kecik tu..ayong memang suka simpan..sebabnya bila buku kecik-kecik ni kita tak rasa berat sangat nak amalkan, kejap je baca dah habis..so, memang dah Allah s.w.t takdirkan rezeki ayong, sis liza reply sms cakap ayong orang kelima...fuhhh...happy la sangat kan...ni entri yang sis liza announce ayong dapat...thanks a lot sis!

jom tengok apa sis liza bagi...
ada 3..manzil, buku doa harian dan al mathurat
alhamdulillah..manzil kedua dalam koleksi..satu dapat masa pergi kenduri...
suka dapat buku ni...harap boleh diamalkan selalu...doa kan senjata umat Islam..
al mathurat ni memang ayong nak sangat ada walaupun 1..thanks sis  liza..al mathurat ni abah cakap bagus baca hari-hari...memang banyak kelebihan dia..
Alhamdulillah...harap-harapnya ayong dapat betul-betul manfaatkan hadiah sis liza ni..memang sangat bermakna..thanks a lot sis liza!

REVIEW BLOG

Macam ayong janji, mana-mana GA yang ayong menang, InsyaAllah ayong akan review blog organizer..sebagai tanda balas budi..hehe..jom kita tengok apa ada dalam blog sweet lizahanum ni...blog ni merupakan personal blog sis liza..bak kata beliau, apa yang beliau tuliskan dalam blog ni adalah apa yang beliau suka buat bila bosan study..hehe..ayong suka blogwalking blog ni sebab yang pertama, sis liza ni suka share resipi yang best-best...siap dengan gambar yang amat menggiurkan....gambar tu pulak mesti yang penuh satu kotak, memang meleleh la air liur bila tengok..hehe..lagi satu beliau suka jadi tukang promote untuk bisnes kawan-kawan..senang cakap apa yang beliau suka, beliau akan share...memang best la...hehe...
satu benda comel yang ayong suka kat blog beliau ni adalah cursor...suka tengok tulisan sweet lizahanum tu menari-nari ikut gerakan cursor kita...comel sangat!

~akhir kata, semoga sis liza terus sukses sebagai blogger dan dalam apa jua bidang yang diceburi~

p/s: done reviewed untuk sweet lizahanum...tinggal untuk nuie dengan fiszah lagi..chayok ayong!