❤ Followers ❤


❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 12, 2012

POST 51: Glitter Foam Roses Handbouquet..pernah dibuat orang tak ye???


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

nak cerita pasal handbouquet pulak...
di saat ramai orang gilerkan fresh flower nak buat hb, ayong tak...
dari dulu tak berapa minat fresh flower, rasa tak berbaloi...pakai sekejap, pastu layu...
so, kena la cari alternatif lain nak buat hb..sekarang pun kan dah ada macam-macam hb, cakap je nak rupa macam mana...janji ada fulusnya...kalau tak, silalah gigihkan diri buat sendiri macam saya...hahaha...

so, ayong punya inspirasi untuk handbouquet adalah ini...

tak ingat la curik dari mana ni..kalau tuan badan ada tengok,ayong mintak izin ye...
bukan nak jual,  nak tunjuk sumber inspirasi je...hehe...
ayong pun tak pasti la yang ni dia buat guna apa, macam kain..so, ayong pun mula la fikir nak guna apa untuk hb ayong...nak guna kain, skill menjahit sangat la teruk dan malas nak main dengan jarum dan benang...haha...so, fikir punya fikir satu hari tu tertengok dekat fb ada orang jual glitter foam..ayong memang pantang tengok glitter-glitter ni..I love bling-bling..haha...so semangat la tanya akak tu nak beli glitter foam ni..cakap la nak buat hb, tapi dia cakap kurang sesuai sebab tebal, tak nipis macam foam biasa yang senang bentuk...tapi bila kedegilan menguasai diri, nak jugak kan...huhu..

so, ayong dah start buat bunga ni dari bulan lepas lagi... gigih la buat sekuntum demi sekuntum bunga ros foam ni..sakit jugak la tangan memintal-mintal foam tu..habis berkilat satu badan...so kena buat lepas balik kerja pukul 5 sampai maghrib, lepas tu baru mandi...kalau dah mandi baru buat, alamat berkilat habis la masa tidur...haha....

masa sambil-sambil tengok anugerah skrin yang tak best tu, tapi layan jugak..haha... sempatlah ayong menyiapkan bunga-bunga cinta untuk handbouquet..

jomlah layan kisah projek handbouquet ayong yang tak pernah dibuat orang ni...haha...

bahan-bahan:
glitter foam
(klik sini untuk review glitter foam yang ayong beli)

pearl

dawai
ayong guna dawai saiz 20 untuk tangkai dan cucuk pearl tu..keras sikit,senang nak cucuk foam...

senjata-senjata yang diperlukan

untuk tutorial buat bunga ros foam ayong tengok kat video ni...sila klik link yang ayong bagi ni ye....

TUTORIAL FOAM ROSES

mula-mula try buat ikut betul-betul step dia...lepas dah berapa kuntum, pintal suka hati je asalkan cantik di mataku dan ada rupa bunga ros....hahaha...
~moral of the story: diy ni sebenarnya buat je suka hati asalkan cantik di mata sendiri..hahaha...~

jom la layan gambar sepanjang proses penyiapan hb yang tak pernah dibuat orang ni...huahuahua....

ini adalah cubaan pertama..bangga jugak dapat siapkan satu setelah bertungkus-lumus..walaupun macam cacat...haha...
selepas beberapa kali cubaan akhirnya berjaya buat molek sikit...hahaha.... 
ni lepas dah bubuh pearl kat tengah-tengah..cucuk dawai je...cucuk la macam mana pun asalkan cantik...haha..
mula-mula macam nak buat kaler pink je..pastu tengok macam kecik dan kosong sangat...so tambah la kaler purple sikit beberapa kuntum konon macam penaik seri...ada naik tak??hahaha...

ni la rupa selepas dah tambah kaler purple sikit-sikit....
bukti betapa gigihnya saya....hahaha.....
rasa puas hati dapat siapkan sejambak bunga ni...mungkin takde la cantik macam yang orang jual-jual tu, tapi puas hati itu yang paling penting...dan dapat selamatkan fulus...kalau nak order hb semua mahal tapi sebenarnya memang patut diorang letak harga macam tu sebab memang nak buat ni bukan senang...perlukan kegigihan, kekreatifan dan pengorbanan yang sangat tinggi...ecewah!!! haha.....

sekarang tengah berusaha nak buat pemegang dan deco pulak...tak dapat idea langsung lagi...maka.haruslah berkawan baik dengan pak cik google...jom menyusahkan diri sendiri! haha....





















6 comments:

Amalina Ali said...

cantik la ayong. serius. gebu je bunga tu. hihi.

fatehamohamed said...

waahhh..cepat nya siap HB ayonnggg..cantik lak tu..weeee~~~

AyongAtikah Zaid said...

@nana: gebu ek...mcm tuan dia...hahahaha....

@teha: cepat ek...rasa nak muntah dah tengok bunga ni tiap2 malam...habis kilat satu badan..haha..btw, thanks..belum cantik lg la..togel lagi tu..xde idea nak buat pemegang da camne...huhu...

Diyana said...

fuuhhh~
habis b'glitter2 tgn... hehehe

AyongAtikah Zaid said...

@diyana: wah!pengantin baru komen...harus amik berkat ni...hehe...tu la...bkn setakat tgn,satu bdn...hahaha...

Diyana said...

hahaha amek laa berkat... ahakz!!