❤ Followers ❤

❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 18, 2012

POST 53: JEWELLERIES


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

tengok tajuk macam banyak je harta tu kan...haha..
takde la..just nak share...benda ni pun sebahagian dari preparation kahwin jugak kan...bukan nak menunjuk-nunjuk ke apa ye...dari awal lagi rasanya ayong dah bagitau segala apa yang ayong cerita dalam blog ni lebih pada ayong nak buat kenangan susah senang kitorang prepare untuk wedding kitorang..that's all...kalau ada mana-mana cerita yang boleh bagi manfaat untuk orang lain, itu lagi bagus...korang boleh tiru, ambil idea or whatever...tapi kalau boleh nyatakan sumber dari mana korang dapat lagi bagus...
it's just sense of appreciation...

ok, back to the topic...
last week kan along datang jb, so memang target nak setelkan beli rantai tangan ayong untuk batal air sembahyang nanti dengan cincin along...sebabnya harga emas ni kan semua orang sedia maklum makin naik dan makin naik..so sementara dia belum naik mendadak lagi ni, baiklah kitorang manfaatkan masa ni...
so last week kitorang berjaya la setelkan 1 bab ni...lega...dapatlah seutas rantai tangan untuk ayong dan along pun dapat cincin silver yang kitorang dah sama-sama jatuh cinta pandang pertama dengan design dia...yang penting harga still dalam bajet....
bagi teaser jela ye...segan nak tunjuk betul-betul...hehe....



kat sini ayong just nak share beberapa tips sebelum beli emas la ye...
  • Buat research sikit pasal jual beli emas, pastikan tau apa itu emas, kenapa penting beli emas ni, terms yang digunakan dalam jual beli emas (cth: harga upah, spread).
  • Pastikan korang survey dulu harga emas terkini berapa...boleh google je...
  • Survey dekat banyak kedai emas untuk bandingkan harga emas dan harga upah..sebab kadang-kadang harga upah sangat ketara perbezaannya walaupun design lebih kurang sama...
  • ada orang cakap beli emas dekat kedai-kedai buruk lebih murah...mungkin betul jugak, sebab ayong try survey kedai-kedai buruk dengan kedai emas yang dah famous amos (cth: habib jewels, wah chan, poh kong), harga emas memang lebih kurang tapi harga upah sangat berbeza...kalau dekat kedai biasa untuk design yang lebih kurang sama korang boleh dapat harga upah dalam RM50, dekat kedai yang dah famous ni serendah-rendah harga upah RM100...lepas tu susah nak nego...kalau kat kedai lama-lama boleh nego banyak, lagi terer nego, lagi untung...hehe...
  • pastikan beli dari kedai, syarikat atau individu yang dah betul-betul boleh dipercayai..sebab sekarang ramai orang yang pandai kelentong...ni prinsip ayong dalam beli emas..biarlah kita merangkak-rangkak kumpul emas, tapi jangan sesekali tambah hutang untuk beli emas dan kalau boleh jangan percaya langsung dengan skim-skim pelaburan emas ni, beli emas biar dapat emas bukan dokumen entah apa-apa ye..

banyak lagi tips-tips yang korang boleh google sebelum beli emas ni...nasihat ayong, walaupun kita takde duit berkepuk-kepuk, tapi at least biarlah ada ilmu tak banyak pun sikit pasal emas ni sebab sebenarnya kita tak perlu tunggu kaya kalau nak beli emas, dari melabur duit entah tak tau hujung pangkal, baiklah guna duit tu untuk kumpul emas, sekurang-kurangnya kita nampak hasilnya depan mata dan semua orang tau emas ni kalau simpan jangka masa panjang memang menguntungkan..
so buat research dulu ye sebelum terjah kedai emas, nanti bila pergi kedai tu takde la macam blur sangat dan macam kena kelentong je kan...sebab emas ni harga dia turun naik, susah nak jangka...kadang dia letak harga murah, tapi bila campur tolak darab bahagi dengan upah la, kos itu, kos ini, sebenarnya sama je or mungkin boleh jadi lagi mahal...so, kena pandai pilih ye kawan-kawan...
ayong pun bukanlah pro sangat bab ni...tak  berkesempatan lagi nak mendalami ilmu emas ni..kalau korang berminat nak mendalami ilmu emas ni, korang boleh google je..

p/s: kalau ayong, ayong suka refer website ni... JUTAWAN GOLD...tak rugi belajar....peace!





3 comments:

orked violet said...

betoL! charge utk workmanship kt habib, poh kong, pe sume mmg mahal! tp design dorg rare sket! huhu

tp seri pinang Lg mahaL rase nye (mmg cantek2 pon design dorg)

Amalina Ali said...

wahhhh... dah beli seyh. selamat satu bab. :)

AyongAtikah Zaid said...

@orked violet: kan..pastu x suka masuk kedai hebat2 ni, cara layanan tu mmg lain mcm...mentang2 la selekeh...hahaha....lg suke beli kedai buruk,emas jugak...murah lagi..haha...

@nana: hehe...tu la...xnx pkir da...simpan 6 bln...hehe...