❤ Followers ❤

❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 18, 2012

POST 52: LABEL CORNER


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...
bersyukur masih dipanjangkan umur pada hari ni...
semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi hamba-hambaNya...
aamiin....

pagi ni just nak cerita pasal ada satu projek lagi yang ayong dah berjaya siapkan...alhamdulillah...
ayong dapat ilham nak hasilkan benda ni dari blog nora...thanks nora!

suka tengok label THANK YOU tu...bila fikir-fikir bagus jugak kalau buat macam ni...baru orang perasan corner yang ada dalam majlis kita..karang penat-penat buat, orang tak perasan pulak...lagipun, nak buat benda ni bukan susah sangat, dan tak pakai banyak duit pun..boleh tambah koleksi deco lagi....
kalau nora guna doily paper, ayong pulak guna kotak...kebetulan hari tu kemas-kemas rumah, memang ada banyak kotak nak buang...tiba-tiba 'TING!'...hehe...
jom layan kisah projek yang tak seberapa ni ye..
bahan-bahan:

kotak

huruf-huruf yang dikehendaki

senjata-senjata yang diperlukan...lupa letak gambar gam..

cara-cara:
1. design huruf-huruf yang dikehendaki ikut suka hati dan print...
macam ayong google je gambar, lepas tu copy paste..hehe..

2. gunting huruf-huruf yang dah print atas a4 tadi...

3. tampal huruf atas kotak.

4. potong kotak ikut huruf-huruf tadi.

dah siap!
maka terhasillah label untuk corner..

ayong buat 3 benda, THANK YOU untuk meja hadiah, GUEST CORNER dan PHOTOCORNER..nanti tinggal lubangkan sikit lepas tu masukkan tali dan gantung kat meja macam nora buat...hehe....
disebabkan benda ni nak pakai lagi 6 bulan, so kena la simpan baik-baik dulu ye...
duduk diam-diam dalam ni ye sayang..
semoga 'awak-awak' semua bahagia dalam ni ye..
simple kan?
paling penting duit tak keluarkan sesen pun untuk buat deco ni...semua guna yang sedia ada..
selamat mencuba!

~rasa berbaloi buat benda ni sebab simple, jimat dan yang paling best untuk long term planning kad-kad huruf ni boleh guna untuk ajar anak kitorang ABC nanti...hahahaha...~

3 comments:

fatehamohamed said...

hee..teha pon simpan sume bnda dah siap dlm kotak kasutt..btww..teha pon nak buat camtu gak la..hee..potong huruf3..heee

Amalina Ali said...

Jimat! Good. Pandai anak mummy. :)

AyongAtikah Zaid said...

@teha: kotak kasut berlambak, baru nak buang...ada guna gak rupanya...hehe..buat2 jgn x buat...hehe

@nana: blaja dari nana la ni...hahaha...