❤ Followers ❤


❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 3, 2012

GIVEAWAY 27: First Giveaway From Anak Pak Shaikh


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

macam biasa...first of all, letak banner giveaway dulu ok..


Jom join giveaway lagi...ayong nak join ni sebab hadiah-hadiah yang zura nak bagi teramatlah comel!
syarat zura kena buat entri menarik, tak kisah pasal apa-apa pun..hmm..setelah fikir punya fikir, ayong rasa nak cerita pasal BRIDE TO BE @ B2B...
memandangkan ayong kenal zura ni pun melalui blog b2b, ayong kenal ramai kawan-kawan di alam maya ni pun sebab kita sama-sama b2b..so ayong memang rasa gelaran b2b tu special dan menarik!
korang rasa macam mana? best tak jadi b2b?hehe..

APA ITU BLOGGER BRIDE TO BE?
Persoalan ini untuk mereka-mereka yang pertama kali dengar b2b...untuk makluman korang, b2b ni ialah gelaran untuk mereka yang sedang membuat persiapan untuk hari bersejarah iaitu wedding...almaklumlah, wedding ni kan insyaAllah sekali seumur hidup, nak buat majlis bukan yang main-main punya, nak jemput kalau boleh satu Malaysia, bukan sebab nak grand kemain, tapi kita just nak jadikan hari bersejarah tu paling meriah dalam hidup, nak share kegembiraan kita dengan orang lain dan semoga tetamu yang hadir mendoakan kebahagiaan kita dan pasangan...setuju tak para b2b?hehe...so, blog ni dijadikan medium untuk bercerita pengalaman suka duka masing-masing dalam tempoh membuat persiapan, berkongsi idea, tips dan info berguna untuk persediaan kahwin dan macam-macam lagi la...it's not just a blog, it's our life as b2b!


BAGAIMANA AYONG BOLEH JADI BLOGGER BRIDE TO BE @ B2B
sebelum ni ayong memang tak pernah tau wujud golongan b2b ni di alam maya, lagi-lagi blogger b2b...memang tak pernah ambil tau langsung..selalu kalau baca blog orang, mesti terfikir diorang ni ada aje benda nak cerita, ada tu hari-hari update...sampai satu masa, ayong baru je lepas bertunang, blur apa nak buat untuk prepare kahwin..almaklum la, ayong anak sulung, along pun anak sulung, family kira tak pernah lagi la handle wedding ni...serius blur tak tau nak start dari mana...bila dah blur tu option yang ada kita google la kan..just taip persiapan kahwin..first blog b2b yang ayong jumpa haruslah kepunyaan blogger ex-b2b yang fabulous, KINA! dari blog dia ayong mula bergelumang dengan blog-blog b2b yang lain..barulah tau b2b ni siap ada badge untuk negeri masing-masing..memang bestlah! bila dah beberapa hari dok usha blog orang, memang dapat banyak info, tips, idea, input-input berguna, pastu kalau boleh semua nak save, mana la nak ingat semua kan...dah la memang pelupa! nak save semua dalam pendrive, penuh la pulak...dari situ la dapat idea nak buat blog jugak...maka terciptalah blogger b2b ayongatikah zaid...hehe...


KELEBIHAN BLOG BRIDE TO BE:
1) dapat info tentang tips, ilmu pengetahuan, cabaran-cabaran yang dihadapi dan cara menangani, maklumat penting tentang persiapan kahwin dari A to Z, blogshop yang best dan lain-lain...senang cakap macam-macam ada dan semua di hujung jari je!

2) dapat share pengalaman suka duka pahit manis dengan geng-geng b2b yang awesome! yang lagi best diorang ni mesti bagi semangat yang tidak berbelah bagi, takde kedekut-kedekut ilmu..maklum jela, orang cakap nak kahwin ni mesti ada macam-macam dugaan dari sekecik-sekecik dugaan sampai sebesar-besar dugaan, sampai kadang-kadang rasa nak give up, taknak kahwin la..tapi dengan semangat yang diorang bagi, yang jatuh akan bangun balik, yang sedih akan happy, yang down akan bersemangat..trust me...it happens!

3) dapat ramai kawan baru...yang ni memang rasa miracle betul...bayangkanlah, kita tak pernah kenal satu sama lain, ada yang kat utara, barat, timur, selatan, tapi the way friendship ni terjalin memang sangat ajaib...kita boleh berborak, berkongsi idea, bercerita macam kawan yang dah kenal lama...ni memang best!

4) untuk blogger b2b yang suka join contest macam ayong, macam nana, cik mah, zura, diyana, bie dan lain-lain...ni pengalaman yang paling bermakna..kitorang boleh bersaing dengan satu sama lain dalam masa yang sama kitorang support each other..ni memang persaingan yang sihat! thanks to all organizers yang buat contest and giveaway untuk b2b especially...memang best!!!

ok...disebabkan entri special untuk giveaway yang zura anjurkan...so, ayong ada special gift untuk zura...iaitu...drumroll please!!

SPECIAL BLOG REVIEW UNTUK ZURA



zura ingat lagi tak first komen zura dekat entri ayong yang ini?
ni la bermulanya detik perkenalan ayong dan zura dalam dunia blog..sangat-sangat menghargai bila ada orang sanggup hulurkan salam perkenalan...siapalah ayong ni kan...blog picisan je...hehe...thanks zura!
dari situ ayong start berjalan-jalan kat blog zura...blog zura best! ada ke blog b2b yang tak best??walaupun misi kita sama, tapi pengalaman dan preparation setiap orang berbeza...so, zura antara b2b yang aktif menceritakan persiapan kahwin dia...untuk pengetahuan korang, zura ni ex-b2b pahang...so sape-sape b2b pahang bolehlah selalu usha blog zura ni...mesti banyak info korang boleh dapat..

top ten entri zura yang ayong suka:
free giftaway from anak pakshaikh 
~ni mestilah atas sekali sebab hadiah best! hehe..~
veil nikah sudah siap
~jatuh cinta dengan veil nikah zura!~
prosedur kahwin di pahang
~sangat membantu b2b~
perkahwinan
~ni best! tak tipu!!!~
bunga kristal manik
~kagum dengan zura yang rajin DIY~
diy: bantal hantaran dan paper fan flower siap
~yang ni pun..DIY jugak..kagum..kagum..~
cara mudah masak char keow teow
~ada banyak resipi jugak tau...mesti zura terer masak kan??hehe..~
cerpen pendek
~fuh...bakat terpendam ni!~
beberapa bulan lagi
~cerita preparation kahwin, siapa tak suka kan..hehe..~
review: majlis akad nikah
~dan lagi best, zura adalah ex-b2b yang rajin review..i like!!!~

so, memang tak sia-sia la kalau korang berjalan-jalan kat blog zura ni...macam-macam ada...dari cerita kahwin, resipi, tutorial DIY, pasal life dia, kerja dia...best!!!
sila-sila lah berjalan-jalan di blog zura ok..klik link ni ok...

anakpakshaikh.blogspot.com

last but not least, mestilah kena letak pic owner blog best ni kan...taraaa...
cantik kan???
dengan ini...berakhirlah entri yang ayong buat special untuk join GA zura...
sorry entri panjang pulak...huhu..
apa pun, just nak wish zura semoga berbahagia hingga ke syurga dengan husband tercinta...aamiin...

p/s: agak-agak boleh dapat lampu tidur tak?hehe..
thanks zura for organizing this wonderful giveaway!



6 comments:

Amalina Ali said...

bersungguh ayong bercerita. hihi. nama nana pun ada. terharu gituewwwwww. :)

good luck ya ayong. :)

AyongAtikah Zaid said...

haha..nampak bersungguh sangat ke?time semangat gitu la...time xde semangat, xde idea, senyap sunyi blog ni...sian die..hehe...alright! nana pun all the best jugak! =)

cik mah said...

hehehe...terharu pulak ade nama kat situ....insyaAllah cik mah join..ngah wat post ni..hehehhe

AyongAtikah Zaid said...

hehe..ok..chayok2 cik mah!! =)

anakpakshaikh said...

http://anakpakshaikh.blogspot.com/2012/10/pindaan-hadiah-giveaway.html

AyongAtikah Zaid said...

Zura!!thanks....happy dpt lampu tidur...alhamdulillah...hehehe....syg zura lbh la...hehe...