❤ Followers ❤

❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 13, 2012

POST 35: Satu Minggu Yang................

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

hohoho...lama tak update blog...tak sempat..nak blogwalking pun tak sempat sepanjang minggu ni...punyalah busy kemain...busy tu takpe lagi, tapi penat mental dan jiwa raga...banyak sangat benda yang jadi minggu ni...sampai along nak datang jb pun ayong cakap tak yah la, need rest weekend ni nak bersantai kat rumah je....nak kata tension la, tak la sampai tahap depress, tapi emosi terganggulah jugak...
nasib baiklah ada along yang sabar je melayan.....huhu...


rentetan kejadian-kejadian yang berlaku minggu ini:

8/10/12
adapter laptop adik ayong meletup masa ayong baru nak bukak...waaaa....terkejut! adapter tu betul-betul depan muka...nasib baik meletup bahagian dalam, luar ok je...nasib tak meletup kena muka ayong, kalau tak???perghh..takut nak bayangkan...huhu...

9/10/12
boleh terlupa masuk meeting yang penting, nasib baik bos tak bising...pastu tengah hari salah sorang bos kecik jumpa suruh hantar kerja yang dah lama tertunggak besoknya jugak, by hook or by crook...dan kerja tu bukanlah mudah, sebab tu tertunggak...tapi nak tak nak kena siapkan jugak, kalau tak, mengadap big boss la...yang ni memang padan dengan muka sendiri! masa bos jumpa tu pukul 12pm, dan ayong dah mintak nak half day je hari tu sebab nak bawak adik ayong cari adapter baru..kesian dia, dah la hidup mati dia dengan laptop tu...tu yang urgent kena cari cepat-cepat...so, menggelabah la ada satu jam je dari kol 12 sampai kol 1 nak siapkan kerja tu....huaaaaaaaaaaaa!!!
tapi end up tak jadi beli adapter pun, tengok kat danga city mall weekend ni ada IT Fair, terus macam adik ayong tukar plan nak beli laptop baru je...bagus jugak la, laptop dia tu pun dah uzur...


10/10/12
semalamnya memang dah menggelabah siapkan kerja tapi tak double check, pagi masuk kerja terus sambung menggelabah...pastu jumpa bos, of course la banyak kena betulkan, ayong first time buat kerja ni...amatur lagi...huhu...so ayong ambil masa satu hari dari pagi sampai petang mengadap benda tu je..rasa nak pengsan!

11/10/12
berjaya menyiapkan paperwork tu, jumpa bos besar pulak untuk approval....tapi bos besar suruh contact orang yang bersalah tu dulu tanya nak buat rayuan ke tak, kalau tak baru dakwa...yang jadi geram untuk hari ni, try la contact orang tu, first time call dia angkat, tapi bila dengar dari Cawangan Penguatkuasa Farmasi, terus letak...pastu call banyak kali tak angkat-angkat dah...bengang betul, orang call nak tolong dia, kalau kena dakwa lagi teruk...memang rasa nak telan orang je petang tu...sampai ayong terpaksa la sms dia bagitau niat ayong and campur sedikit ugutan, barulah dia angkat...adoyai...serius rasa bengang betul masa ni...
kejadian kedua adik ayong bagitau alsd2 yang dia beli tu, warna tin tak sama dengan yang ayong beli..masalah lagi...curious la jugak takut terbeli yang tiruan ke apa...terus contact orang yang jual tu nak tanya la...kitorang baru tanya je kenapa warna lain, dan-dan dia cakap kitorang cakap dia tipu...apa kes???kalau korang ada rasa syak wasangka tak? kitorang just nak pengesahan je...bukan nak cari gaduh...so, untuk hari ni lagipun dah malam dia cakap besok dia cek dengan company...ok, takpelah..kitorang puas hati jugak la dengan tindakan yang dia nak ambil walaupun macam tak berapa nak ikhlas..dia yang jual, dia kena bertanggung jawablah kan?benda tu bukan murah! serius double bengang untuk hari ni...

12/10/12
hal kerja dah selesai...hal alsd2 pulak..dalam pukul 11 adik ayong call bagitau yang pompuan tu dah bagi penjelasan kat dia..pejelasan dia macam ni,
"hq cakap production lain-lain sebab tu kaler packaging lain-lain, pastu kalau awak tak suka nak beli dengan akak, awak boleh blok akak kat fb.."
apa kes???!!!!
kitorang nak kan penjelasan je, walaupun penjelasan tak berapa nak menyakinkan, tapi sampai macam nak bermusuh tu kenapa..kalau dia tak salah, kenapa nak macam tu kan? yang lagi best, tak lama pastu, dia pulak blok adik ayong, adik ayong tak buat apa-apa pun...kali kedua keluar, apa kes???!!! lagi la menambah syak wasangka kitorang kan...
pastu ayong tak puas hati, ayong call pulak hq alsd2, nak tanya la betul ke warna lain-lain, yang ni pun satu hal jugak...macam nak tak nak je layan customer...dah la call banyak kali engaged, pastu dah dapat, nak cerita la masalah ni, dia suruh isi borang pertanyaan, masalahnya kitorang dah isi dua kali, pastu dah email direct pun, satu pun tak dapat jawapan...apakah????!!!! pastu bila cakap dah isi borang tu, dia just mintak email and num phone cakap nak cek la, pastu nak contact balik..hampeh!
dan sampai sekarang memang tak dapat apa-apa jawapan!
ayong tak puas hati lagi la, ayong call terus budak pompuan tu tanya dia, dan dia just cakap kaler mungkin lain-lain tapi as long as ada batch number semua, benda tu original...pastu ayong cakap la kalau macam tu sepatutnya kena inform customer la kan, tak la kitorang curious...pastu dia pulak hangin, cakap kat telefon terpekik-pekik...cakap kitorang tuduh dia jual yang tiruan...masalahnya, kitorang bukan yang pertama curious pasal benda ni, dia sendiri cakap sebelum ada orang dah alami kes yang sama...so sepatutnya kalau dah penah jadi, dia patut lebih aware la kan? bila mula-mula tanya tu  dia dah bersedia, ni macam tak tau apa-apa, pastu dok marah-marah kitorang cakap dia tipu...tak paham betul...patutnya kitorang yang terpekik-pekik kat dia, dia jual barang, dia patut tengok la keadaan barang tu sebelum pos, sama ke tak dengan yang lain, ada cacat ke tak..point sekarang dah berubah dari nak sahkan originality tu jadi pada cara macam ni ke layan customer??? pengedar tu dgn hq alsd2 tu sama je 2 kali 5....huhu..

so kesimpulan dan pengajaran yang kitorang dapat dari kes ni ialah sebelum beli online tu kena tengok jugak attitude orang ni macam mana kat alam maya, jenis yang suka meluah perasaan ke, kutuk-kutuk orang ke, sikit-sikit tak puas hati, sikit-sikit nak emo...tak yah la beli dengan dia walaupun produk dia super awesome! susah la berurusan dengan orang yang emo tak tentu pasal ni....
one more thing, ayong memang tak suka dengan servis hq alsd2....sorry to say!

habislah cerita alsd2, malas nak menyemakkan kepala otak lagi....
malam tu kitorang pergi beli laptop adik ayong yang baru..yang ni seronok sebab dapat banyak giler free gift!
tapi rupanya ku sangka pelangi dah tiba, lepas keluar dari danga city mall nak pergi makan burger bakar pulak, boleh pulak kereta mati di tengah jalan..minyak habis! yang ni padan muka sendiri jugak sebab malas sangat nak isi minyak...nasib baik ada nisah and anah, diorang bukan gelabah pun, happy pulak, tersadai atas fly over, tengok bandar johor bahru yang banyak lampu, snap picture...hahaha...macam-macam sungguh...nasib baik ada dayah dengan husband dia datang tolong belikan minyak...thanks a lot dayah and husband! sepanjang tempoh tunggu dayah sampai, ada jugak la beberapa kereta berenti tanya nak tolong ke tak...prihatin betul rakyat malaysia kan....thumbs up!
bila dah setel semua, kitorang pun teruslah melantak burger bakar sebagai cara release tension...haha...

uisy...tak habis lagi cerita untuk hari ni...bila dah sampai rumah, saja la nak tengok maybank2u, sekali tengok-tengok kat statement kad kredit ada jumlah duit yang ayong tak tau datang dari mana, kalau ikut description ada buat payment untuk online shopping kat paypal sebanyak RM562 pada 30 September 2012...apakah????!!!!
tak pasal-pasal menambah hutang kad kredit...memang tak pernah nak online shopping kat paypal bagai ni...seriously tak pernah! terus macam blur...huhu...
ada pernah jadi kat sape-sape tak??? please help me..huhu..

tapi tepat pukul 12, happy kan jugak diri sebab nak nyanyi lagu birthday untuk along...
di kesempatan ini, nak wish,
happy birthday abang! enjoy your last birthday as bachelor!hahahah....

13/10/12
pagi-pagi buta terus call maybank tanya...of course la bersoal jawab kan, yela...mesti dia susah nak percaya kan...tapi sebab nak usaha jugak kalau boleh buat apa-apa...sebab memang tak guna kad tu...huhu...dia just boleh tolong block kad tu takut ada orang ketiga salah guna, sebab sebelum ni memang pernah sekali terbabas bagi nombor kad kat satu pihak ni, pasal takaful insurans, memang dah femes penipu...takut pasal ni...pasal nak batalkan payment RM562 tu, dia just boleh bagi cadangan suruh buat bantahan kat cawangan maybank terdekat..so, kena la tunggu hari isnin nak buat bantahan ni....
doakan la semuanya selesai dengan baik ok...aamiin....

begitulah cerita untuk minggu ni...punya lah panjang sekali update kan...ni kira sesi luah perasaan la...serius penat, pening, bengang, emo semua ada..mesti ada hikmah atas setiap apa yang berlaku kan...
Allah sayang kita, sebab tu Dia uji kita...

ok la...nak siap-siap pergi kenduri...yang penting besok nak start men'DIY'...nak tau apa???
nanti ayong reveal ok....hahaha....stay tuned!

10 comments:

cik mah said...

wow...bnyknyerlah kejadian ayong....semog semua kan okay..sbar tau... :)

AyongAtikah Zaid said...

tu la cik mah....doakan semua baik2 ye....tp mood b2b still on..hahaha...

orked violet said...

whoaaa...mencabar! Life mmg mencabar kan..hehehe

psL maybank 2, nanti update ye.nk taw gk.sya pkai crdt card tp xpenah g face kes cmni.peLek gk

AyongAtikah Zaid said...

huhu..tula..tp sesusah2 kita, mesti ada org lain lg ssh kn...insyaAllah...harap2 semua blh setel elok2...risau jugak ni...

chibi neko said...

Thumbs up ayong..,
Ayong menghadapi 1 minggu ni dengan tabah

AyongAtikah Zaid said...

huhu...thanks nisah....tabah tak tabah sangat la...emosi tak stabil je...sorry ek kes kereta tersadai tu....huhu...

Amalina Ali said...

Alahai. Seminggu yang penuh dengan cabaran. Sabar ye Ayong. :)

semoga minggu ni lebih baik dari minggu sebelumnya. Amin. ^^,

AyongAtikah Zaid said...

tula nana! tp xpe..weekend dah bls dendam..dah start diy hb...release tension...hahaha...

zarith said...

Wah wah... takleh blah dengan hq alsd2 tu. Boleh pulak pekik pekik kat orang.

Yang akak jual tu siap nak block orang kenapa? Sungguh tak paham.

Pasal kad kredit tu tak pernah hadapi kes macamtu. Tapi pernah hadapi bile nak terminate kad kredit. Ade lagi cas tak tau datang dari mana. Saya gi bank tanya and mintak waived je cas tu. Dapat. Sebab orang bank tu pun tak tau darimana datang cas tu.

AyongAtikah Zaid said...

@zarith: mmg x blh bla..terus xde hati nak teruskan alsd2...kitorg buat atkins diet jela..hehe...yg akak tu mmg kitorang x paham gak, jenis nak emo je..
yg kredit kad tu ayong dah pegi bank smlm, dah buat report polis semua, skrg bank tgh siasat...dah call paypal, mmg diorg xde details ayong, so mmg sah bkn ayong yg buat payment tu..so, tgu jela..maybank ckp tempoh siasat 14 hari bekerja..doakan semua ok ye..dpt batalkan payment tu je dah ok, tp kalau dpt saman org yg slh guna tu, lg ok...biar padan muka dia..dpt duit byk blh terus kawin x? hahaha...