Assalamualaikum w.b.t
Back to work lepas seminggu bercuti raya!
haruslah tak cukup kan...ni tengah mengalami Monday Blues, Raya Blues, semua ada...hohoho...
Raya ayong tahun ni alhamdulillah, semuanya secara bersederhana, yang penting dapat balik kampung ummi abah, jumpa saudara mara, kawan-kawan, memang beronok-ronok!!hehe..
sebelum kita layan gambar, untuk makluman semua, tahun ni takde gambar family di pagi raya pertama...semuanya gara-gara kamera yang diguna pakai untuk mengambil momen-momen indah di pagi raya itu telah diformat dengan tidak sengaja...suspek yang memformat kamera itu masih belum dikenal pasti...agak sedih di sini kan....huhu....tapi nak buat macam mana kan, dah takde rezeki gambar raya tahun ni...takpelah...lagipun, gambar tahun lepas tetap yang paling terbaik, siap berstudio bagai kan, jadi takdelah terkilan sangat...tahun depan pulak ye...hehe...
tapi raya tahun ni tetap meriah sebab ni tahun pertama ayong sekeluarga beraya kat yong peng, johor setelah lima tahun kitorang bermusafir di perak...aura raya kat johor ni memang berbeza sikit..sebab dia ada macam-macam, marhaban la, budak kecik pun nampak lagi la berjalan-jalan meredah rumah orang kumpul duit raya, lagi pulak kawan-kawan sekolah semua memang ramai kat johor, memang beronok-ronok la dapat pergi raya rumah diorang...kalau kat perak dulu, kitorang duduk rumah tengok tv jela...hehe..
LIMITED EDITION AIDILFITRI 2012
masa: aidilfitri 2012 |
YUYUN
❤ HAZIRAH
❤ AYONG
❤ IEZA
masa: form 3 @ TIGS, Batu Pahat |
ni yang paling special untuk tahun 2012...
jejak kasih empat orang sahabat secara serentak setelah lapan tahun terpisah tanpa dirancang..Alhamdulillah...
kitorang dah kawan sejak form 1...
walaupun pernah ter'lost contact' membawa haluan masing-masing lepas habis sekolah tahun 2004, kini kitorang mampu bergabung!
Dioranglah kawan masa gembira, masa nangis, masa ada masalah, kawan gurau, kawan menyakat, kawan gaduh...kalau jumpa diorang ni tak sah kalau gelak tak sampai lenguh rahang...diorang memang terbaik!!
sayang korang!!
semoga persahabatan ini kekal hingga ke syurga...aamiin...
masa ni tak pergi rumah yuyun lagi... |
@ rumah ieza |
raya rumah aida @ ayer itam..ni pun jejak kasih jugak! |
open house rumah parents yana samsuddin @ yong peng |
duit raya ayong tahun 2012...hehe...yang biru ummi abah bagi, yang kuning ayahlang bagi..terima kasih...tak bukak lagi tau sampai sekarang...ada sentimental value...hehe... |
sekianlah kisah aidilfitri 2012 ayong...
bersyukur kerana tetap dikurniakan kemeriahan syawal...
macam mana raya korang?
semoga semuanya baik, ceria, bahagia belaka...
apa pun, jangan dilupa dengan orang-orang yang tidak bernasib baik, walau tidak mampu untuk menghulurkan bantuan, sentiasalah doakan mereka...
moga kita semua sentiasa berada di dalam perlindungan rahmat Allah s.wt...
aamiin..
2 comments:
selamat hari raya dari fiszah sekeluarga :)
cantiknya :)
selamat hari raya fiszah..anyway,duit raya dah dpt tau...hehe..
Post a Comment