❤ Followers ❤


❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 10, 2013

POST 125: Planning Selepas Kahwin...

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

Syoknya dapat update 2 post hari ni....
hari ni tersangatlah blues ok sebab baru naik kerja dari cuti 2 minggu...
oh terkenang-kenang indahnya cuti...hoho..
so untuk post yang ni belum nak review apa-apa lagi, sabar ek...bagi ambil mood nak mengarang dulu..hehe..opss..kalau baca tajuk ni bukan planning nak mengandung ke apa ye...ayong takde plan-plan bab tu...serahkan pada yang Maha Kuasa je..kitorang usaha je..hehe..ayong just nak share beberapa benda yang ayong plan nak buat selepas kahwin...almaklumlah sebelum kahwin banyak benda terbengkalai, nak kena jimat, semua duit dapat kena save untuk kahwin, otak semua kena perah fikir pasal kahwin jeeeee....serius penat!! tapi memang berbaloi-baloi bila semua dah selamat, berjalan lancar dan apa yang kita impikan tu tercapai...walaupun tak semua, tapi untuk wedding ayong, ayong boleh cakap 90% macam yang ayong bayangkan...i love my wedding forever!!
jom layan apa yang ayong plan nak buat lepas kahwin ni...hehe..

~nak review semua pasal kahwin, post wed photoshoot and honeymoon~
kenangan manis tu...insyaAllah nanti ayong review satu persatu ok...
kalau tak ter'review' jangan marah tau..cakap awal-awal...hehe..

~cari rumah sewa~
untuk makluman korang, dulu ayong kerja kat jb, sejak bulan 3 hari tu dah pindah batu pahat, then duduk rumah dengan family kat yong peng, berulang dalam setengah jam pergi balik jugak la...penat wooo...memang niat nak cari rumah sewa dekat dengan tempat kerja, tapi niat tu ayong postpone sampai lepas kahwin sebabnya malas nak sesakkan otak sebelum kahwin tambah kena fikir pasal cari rumah...dengan kalau sewa sebelum kahwin mesti kena bayar deposit untuk beberapa bulan semua kan, mana nak cekau duit...so, ni dah lepas semua, boleh hunting untuk rumah sewa pulak..semoga jumpa la satu rumah yang boleh dijadikan syurga kitorang nanti...hehehe..

~nak repair skrin monitor netbook~
untuk makluman korang jugak, ayong memang ada satu netbook yang ayong beli dah dekat 4 tahun jugak la, tapi netbook tu entah macam mana siapa yang terpijak ke apa tak tau la, tengok-tengok je skrin dia dah retak...awal tahun ni rasanya kalau tak salah...nak repair skrin tu makan ratus-ratus la jugak..so memang postpone lepas kahwin...nanti senang sikit nak update blog kesayangan ni...hehe...sebab sekarang ayong ada tablet je, tak best update blog kat tablet...nak keyboard jugak...hehe..macam sekarang kalau duduk kat office memang laju jela update kan...hehe...

~nak buat album dengan pixajoy~
sebelum ni kan kecoh promo pixajoy yang murah giler tu...so masa promo tu ayong dapat rembat 3 baucer...1 ayong dah guna buat album konvo ayong, memang nak jadikan trial..so hasil memang sangat memuaskan...kalau nak tengok, klik sini ok..so sekarang ada 2 baucer lagi nak kena redeem...so ayong plan 1 nak buat untuk post wed photoshoot dan 1 lagi untuk wedding...tunggu gambar siap dulu..hehe...

~nak touch up my beloved persona~
haaaaa....niat yang satu ni memang dah lama terbengkalai....kesian my baby tu, dah banyak berjasa...bawak pergi sana sini tapi ayong tak pernah nak reward dia apa-apa...karang merajuk susah pulak kan...so, plan nak buat sesuatu dengan body dia..polish ke...dah bercalar balar dah badan dia..ni dah ada 2 tuan, harap-harap lebih terjaga la my baby yang satu ni...hehe...

~nak aktif join contest~
sejak kenal dunia blog ni ayong mula berjinak-jinak dengan contest dan giveaway...syok pulak...since makin dekat nak kahwin hari tu dah mula slow down sebab makin busy kan..so now nak try aktif balik..semoga sentiasa dilimpahi rezeki Allah...aamiin...

ok, tu je rasanya...hehe..
semoga semua dipermudahkan dan semoga Allah limpahi kami dengan rezeki yang diberkatiNya..aamiin..

No comments: