❤ Followers ❤


❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 21, 2012

POST 63: Special Entry Untuk Rumah Amal Kasih Bestari


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...dapat jugak luangkan masa buat satu special entry untuk Rumah Amal Kasih Bestari..
sebenarnya entry ini adalah dari ilham blogger nadia...nadia buat post pasal nak bagi sumbangan untuk Rumah Amal Kasih Bestari ni...so ayong pun tergerak hati nak tolong sebar-sebarkan..bukan susah sangat pun...tenaga guna entah berapa percent je....tapi siapa tahu InsyaAllah dapat membantu sedikit sebanyak...di sinilah bermanfaatnya kuasa blogger...sebab tu ada pepatah "mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang"..jadi marilah kita bersama-sama manfaatkan kelebihan yang Allah s.w.t kurniakan ini, yang boleh berceloteh sorang-sorang untuk sebarkan benda-benda baik macam ni ok....peace!

berbalik pada cerita sumbangan untuk Rumah Amal Kasih Bestari....rumah amal ni menempatkan anak-anak yatim yang kurang bernasib baik...bila tengok gambar yang nadia share memang tersentuh sangat hati...muhasabah diri sekejap....

kat sini jugak ayong nak sharekan beberapa gambar yang ayong pinjam dari post nadia..pinjam ye nadia....

inilah alamat rumah amal tersebut ye...
pandangan dari hadapan..ayong tak pasti berapa jumlah orang yang tinggal kat sini...tapi  mereka berhak mendapat tempat yang lebih baik...dan inilah tujuan kita...semoga lepas ni tempat ni akan jadi lebih baik untuk mereka...
ruang rehat yang dikongsi beramai-ramai untuk menghiburkan hati...sememangnya hati anak -anak ini takkan dapat kita fahami sebab mereka sukar nak tunjukkan kesedihan...kadang-kadang sampai kita fikir diorang ni tak sedih ke...tapi itulah...mereka sangat tabah...
tidur yang hanya beralaskan tilam beramai-ramai...bak kata nadia, asal cukup makan pakai...ya Allah, sebak dah masa taip ni...cuba bayangkan diri sendiri kat tempat mereka..mampukah kita????
dapur
cukupkah untuk mereka? di saat kita membazir, makan tak habis, pernah tak kita fikir akan mereka yang kurang bernasib baik ini??? dan satu yang ayong pasti, mereka pasti tidak pernah merungut!

menurut nadia, di sinilah tempat mereka makan bersila, belajar dan solat berjemaah...cukupkah?
sememangnya hati rasa sebak sangat masa taip entry ni...nasib kat office ni, kalau kat rumah memang dah berjuraian air mata...huhu....cukupkah apa yang diorang ada tu? korang sendiri boleh fikir...bak kata nabil, lu pikirlah sendiri! kita tak mintak banyak sehingga membebankan....tak! semampu dan seikhlas yang mungkin....hatta sorang bagi seringgit sekalipun,bila dikumpul-kumpul, kan boleh jadi banyak?
sekali lagi ayong nak tekankan ayat favourite ayong, 
kalau kita tak boleh buat semua, tapi jangan tinggal semua! 
sama jugak dengan konsep kat sini, kalau tak boleh bantu banyak sekalipun, tapi jangan sampai kita tak bantu langsung sekiranya kita mampu!
jadi, kepada sesiapa yang nak hulurkan bantuan, bolehlah hubungi nadia ye..boleh email dia  kat nadiafarahida@gmail.com or just mesej facebook nadia.....

setakat ni update nadia di sini, bantuan terkumpul adalah RM294.00...ayong akan update dari semasa ke semasa ye...InsyaAllah.....

p/s: kalau korang rajin jugak, jomlah share pasal ni kat blog masing-masing jugak...
suara blogger, suara rakyat!hehe...









No comments: