❤ Followers ❤


❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 26, 2012

Post 9: Bukan cerita kahwin.


Assalamualaikum semua....

lama x update blog ni kan...rasa nak cerita pasal kerja pulak la...outstation la kat kl...3 hari berturut-turut operasi...beginilah kerja seorang penguatkuasa farmasi...rasanya semua penguatkuasa kena kerja macam ni, serbu sana sini, untuk membanteras yang haram....so dah nama pun farmasi kan, so kita banteras ubat-ubat haram, yang x berdaftar dengan kementerian kesihatan malaysia @ KKM... mesti ramai x tau ada kerja macam ni kan...kalau pergi mana-mana, cakap kerja farmasi, mesti ingat kerja kat hospital..xpe2..dimaafkan...kita memang suka low profile...hehe...anyway, jom layan gambar-gambar la yang ayong nak share ni k....

1st operasi...kat area jalan raja alang, kg baru...jumpa underground punya stor...
~pic credited to mr.google~

yang ni operasi ketiga..kat area lorong haji taib..jumpa stor tempat simpan ubat-ubat ni jugak...so berbaloi la berembun sampai pukul 3 pagi kan..
~pic credited to mr.google~ 

so, kat sini ayong nak tekankan beberapa nasihat la ok untuk semua yang tinggal dalam malaysia...

  • Pastikan apa sahaja ubat yang korang ambil/makan/minum berdaftar dengan kementerian kesihatan malaysia @ KKM..segala ubat-ubatan, supplement dalam bentuk ubat iaitu dalam bentuk tablet/kapsul (kecuali dalam bentuk makanan or minuman) perlu berdaftar dgn KKM. 
So, macam mana nak tahu ubat tu berdaftar ke x?

first, mesti ada NOMBOR PENDAFTARAN
yang dalam bulatan merah tu....
~pic credited to mr.google~

second, mesti ada HOLOGRAM
pun sama...dalam bulatan merah...sticker kilat-kilat macam sirim punya tu, tapi yang ni versi  KKM
~pic credited to mr.google~
nak lebih lanjut pasal nombor pendaftaran dan hologram ni, boleh refer kat blog ni k..
  • Kalau boleh elakkan mengimport ubat dari luar negara melalui online / pos dan yang sewaktu dengannya sebab kebanyakannya tidak berdaftar dengan KKM. Bukan apa, sebab ubat yang tidak berdaftar ni maksudnya ubat ni tidak melalui proses kajian untuk memastikan ia selamat digunakan oleh rakyat malaysia, karang kalau jadi apa-apa kesan sampingan ke, nak salahkan siapa?kan?lagi satu just nak inform, kalau korang x bernasib baik, ubat yang korang beli tu boleh dirampas oleh penguatkuasa farmasi sebab dah melanggar undang-undang.

~pic credited to mr.google~
  • jangan mudah terpengaruh dengan hasutan ubat perangsang seks, ubat kuat seks ke dan yang se'spesis' dengannya ok. Sebabnya, yang ni kalau diambil tanpa pemantauan doktor, memang buruk padahnya. Sama jugak dengan ubat kurus. Sebab kebanyakannya dicampur dengan ubat yang memerlukan pemantauan doktor sebab risiko mendapat kesan sampingan tu tinggi. Lagi-lagi kalau sesiapa yang ada darah tinggi or lain-lain sakit kronik, memang boleh mengundang maut. Apa-apa pun, kalau rasa memang betul-betul memerlukan ubat tu, rujuk doktor or pegawai farmasi.
~pic credited to mr.google~

rasanya cukuplah untuk entri hari ni...
untuk maklumat lanjut tentang ubat, apa-apa sahaja mengenai ubat anda, boleh layari website ni --> "KENALI UBAT ANDA @ KNOW YOUR MEDICINE"
x pun, anything boleh tanya...
insyaAllah 'SAYA SEDIA MEMBANTU'



No comments: