❤ Followers ❤


❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 26, 2012

CONTEST 4: 1st Special Giveaway for B2B by Nuie

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...terlalu banyak nikmat dan kurniaan yang Allah s.w.t telah berikan... salah satunya nikmat untuk mencurahkan idea menjoinkan diri dalam contest lagi...bersyukur sangat-sangat.. sebenarnya dalam mood bersyukur dapat bonus raya...hehe...
ok, straight to the point...tengok tajuk entri pun dah tau kan ayong join contest lagi..kali ni apa pulak ye..jom layan...zassss!!!

first, mesti ada mukadimah dulu, mana boleh main terjah je kan..

Apakah contest yang ayong nak join ni?
contest ni dinamakan 1st special giveaway for b2b yang dianjurkan oleh cik nuie, salah seorang bride to be dari JOHOR..sama la kita..hehe..good luck on your preparation for your big day sis dan ayong doakan yang terbaik untuk kita semua!

Apa yang special dengan b2b nuie ni??
yang specialnya beliau ada bakat yang x semua orang ada iaitu membuat handmade item...kerajinan dan kekreatifan beliau terserlah kalau tengok gambar handmade item yang beliau hasilkan..nak tengok? kejap ye..kita pinjam gambar-gambar cik nuie dulu ye.. 
m&m buttons rossettes yang nampak sedap macam m&m jugak!
felt handbouquet yang sangat meletop kebabom!
pearl handbouquet pun ada tau..seriously first time ayong tengok ada jugak buat hb macam ni..comel sangat!
sebenarnya ada banyak lagi, karang kalau ayong letak semua, dah keluar topik pulak kan..so, kalau nak tengok banyak lagi, boleh check it out kat sini --> Something Handmade by Nuie
kalau berminat dengan hasil tangan beliau boleh email ke sini --> somethinghandmadebynuie@gmail.com 

orait..sekarang kita cerita lebih lanjut pasal contest ni ye...sebelum apa-apa kita tepek dulu banner contest ni..baru dapat feel join contest...hehe...

orait...dah puas tengok banner comel tu??jom kita tengok apa yang cik nuie nak...zassss!!

Syarat Penyertaan:
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua
2. Kesemua hadiah di atas tidak boleh di tukar dengan nilai wang Ringgit atau barangan lain
3. Peserta hendaklah mempunyai Facebook ATAU Blog

Facebook user:
2. Share slogan anda mengenai handmade items pada dr anda ke wall facebook kami dan juga wall anda  dan mesti meng"tag" Something Handmade By Nuie"

Blogger:
1. FOLLOW blog : soulmate-kami.blogspot.com
2. Letak badge contest di sidebar paling atas blog anda dan link ke blog soulmate-kami.blogspot.com
3. Buat satu entry pasal giveaway ini dan terangkan kenapa anda rasa handmade items itu menarik 

Hadiah-hadiah:
Grand Prize:
1 Hand-bouquet dari Something Handmade yg boleh direquest oleh pemenang
2nd Runner Up:
 1 items Something Handmade yg boleh direquest mengikut syarat2 nya
Consolation Prize (3rd & 4th ):
something handmade items yg telah ditetapkan bg setiap seorang pemenang

Tarikh tutup pernyertaan pada
01 August 2012 
Jam 12.00 mlm 


haaa....cukup syarat x?? x susah sangat pun kan cik nuie kita ni mintak...kena perah otak sikit je nak bagi sebab-sebab tu...berbaloi la dengan hadiah-hadiah yang cik nuie nak bagi...kan kan kan?? berbaloi-baloi..hehe...

so, ayong pilih nak join sebagai blogger la ye..dah follow, dah letak badge contest kat sidebar paling atas blog dan dah linkkan, dah cerita pasal GA ni, so sekarang sampailah bahagian terakhir..jom layan lagi...zasss!!

sebelum kita cerita kenapa rasa handmade itu menarik, mestilah nak tau dulu kan, apa kebenda la handmade ni kan... untuk makluman semua, handmade ni bermaksud apa sahaja produk yang dihasilkan menggunakan tangan 100% tanpa bantuan mesin...macam yang cik nuie kita buat ni la...ayong memang xde bakat la nak berhandmade ni kan, pendidikan seni dulu pun asyik dapat C je..huhu..sebab tu join contest ni..InsyaAllah ada rezeki boleh dapat handmade dari cik nuie...terima kasih cik nuie sebab anjurkan contest ni!!hehe...

kenapa anda rasa handmade item itu menarik??
  • ada nilai tersendiri...hanya orang yang menghargai handmade ni saja yang tahu betapa bernilainya sesuatu benda yang dihasilkan tu...bagi si pembuat, apa yang paling penting baginya ialah kepuasan dalam diri selepas berjaya menghasilkan sesuatu produk dan kepuasan pelanggan...kepuasan itulah yang tidak ternilai.....
  • berkualiti...selalunya orang yang buat handmade ni mesti sebab memang dia ada minat yang tidak dapt dibendung kan? minat tu pulak semakin berkobar-kobar bila ada bakat dan sifat kreatif yang wujud dalam diri hasil kurniaan Ilahi..jadinya, bila semua tu ada, kerja yang dilakukan mesti dengan kesungguhan yang tidak boleh dipertikaikan..tambah pulak dengan hati yang tulus ikhlas masa membuat sesuatu produk..maka, bila digabungkan semua minat, bakat, kreatif, kesungguhan dan keikhlasan tu terhasillah sesuatu yang berkualiti kan kan kan?? yang pastinya terbaik terganas terbaik!!!!
  • lots of love...nak jugak ber'love' bagai kan..apa kaitan?? yela..bila sesuatu benda tu dibuat dengan hati yang tulus ikhlas, secara automatik kasih sayang akan mengalir ke dalam benda yang kita buat..betul x?? sama jugak dengan handmade, bila dibuat dengan tangan sendiri dengan hati yang ikhlas, sifat kasih sayang tu secara automatik akan meresap ke dalam handmade item yang dihasilkan dan kasih sayang tu akan tersebar kepada orang lain..sesuai sangat dengan tema "SPREAD YOUR LOVE'...bila kita tengok pun terus rasa sejuk mata memandang..nak banding dengan kalau buat dengan mesin yang xde perasaan tu, hasilnya memang berbeza...
  • tidak boleh ditiru...itu sudah pasti..apa yang kita buat tu ada satu je dalam dunia yang macam tu...sebab tangan kita kan lain-lain..kalau buat benda yang sama, hasilnya belum tentu sama..tapi kalau kita perhatikan, istimewanya handmade ni, semua hasilnya mesti cantik, meletup, comel lote, cun melecun... lagi-lagi bila orang yang buat tu memang berbakat, kreatif, teliti dan sebagainya..
  • elak dari membazir...kenapa?sebab bila orang yang kreatif ni yang buat handmade, bagilah apa benda sekali pun mesti dia boleh hasilkan sesuatu yang cantik..setuju x?? x setuju?? ok, cuba bayangkan, ada kain perca yang memang x boleh nak buat baju dah, kalau ikutkan buang jela kan...tapi bila ada orang-orang yang kreatif buat handmade ni, kain perca tu mesti boleh dijadikan sesuatu yang berguna, cantik dan yang seumpama dengannya..kan??? hatta, kalau bagi kertas yang dah direnyuk pun dia boleh hasilkan sesuatu...betul x cik nuie??jadi kat sini kita dah berjaya elakkan pembaziran, kurangkan sampah, secara x langsung menyokong kempen kitar semula yang maya karin berlakon dalam iklan sampah tu..tau??x tau, KLIK SINI
  • Istimewa, unik dan berbaloi...bila handmade ni benda tu akan jadi istimewa sebab benda tu ada satu je kat dunia ni...keunikannya terserlah dan pastinya berbaloi-baloi bila benda yang istimewa dan unik tu adalah hasil tangan kita atau pun milik kita yang kita dapat dari orang lain.
  • bukan semua orang mampu hasilkannya...x semua orang mampu hasilkan sesuatu handmade item yang cantik, berkualiti dan yang seangkatan dengannya...ianya bakat dan kelebihan kurniaan Allah s.w.t.

ok...cukuplah 7 rasanya...sebab syurga kan ada 7 je...ada kaitan ke??hehe.....kalau ikutkan ada banyak lagi sebab, kalau nak tulis semua mau panjang berjela-jela...

kesimpulannya,
"hargailah handmade kerana ia sesuatu yang sangat istimewa"

ASSALAMUALAIKUM

8 comments:

SOULMATE is said...

Thanks join..gud luck dear...tgu kn kptsnye nti ya.

AyongAtikah Zaid said...

you are welcome! mintak-mintak menang..sbb admire sgt handmade by nuie...hehe..aamiin... =)

SarahSyafiq said...

good luck ayong.btw.selamat berkenalan.sarah kwn dgn halida.blog ayong pon halida yg pernah cerita.

AyongAtikah Zaid said...

thanks sarah! u too! 0...kawan halida ke...kecik je dunia ni kan..hehe..selamat berkenalan...all the best for your big day!! =)

cik mah said...

tahniah ayong.... :)

AyongAtikah Zaid said...

thanks cik mah!! hehe...big congrats for u too sebab menang grand prize...request ape??hehe...nanti buat entri tau...hehehe...

SarahSyafiq said...

congrte ayong.hehe.

AyongAtikah Zaid said...

Thanks sarah! U too! Jom meriahkan contest n GA lg...hehe...