❤ Followers ❤


❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 15, 2012

GIVEAWAY 41: Anniversary Giveaway Sweet Lizahanum From Bangkok


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


entry ketiga untuk hari ni...big claps for me!!
dan entry kali ni untuk join giveaway...tolong tepuk sekali lagi...hehe...
I love giveaways!!!
so big thanks to sweet lizahanum sebab sudi organize giveaway lagi...
ayong pernah ada rezeki dengan giveaway sweet lizahanum dan alhamdulillah hadiahnya ayong still guna sampai sekarang....kalau nak tau boleh tengok review di sini ye...
that's why ayong excited jugak nak join for second time...di samping memeriahkan giveaway ni harap-harap ada rezeki menang lagi...hadiah dia import tu dari bangkok....jangan main-main tau...nak tunggu pergi sendiri entah la bila...ke ada orang nak buat giveaway bagi hadiah pakej holiday??hehe....
tapi kan taknak la pergi thailand, gaduh sebab thailand jahat main bola...hahahaha....
ok, sudah-sudah la tu...tak mau cakap banyak...kepada korang-korang, jom join giveaway ni..sangat simple....buat entry promote giveaway ini sahaja...simple right???
jangan tunggu lagi...jom join kawan-kawan...the more the merrier!!
psstttt.....hadiah pun akan jadi merrier tau...hehe...

nak join sila klik banner ye..thanks!!

~THANKS SWEET LIZAHANUM FOR ORGANIZING THIS SWEET GIVEAWAY~

POST 60: Maafkan aku kerana aku seorang perempuan....


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Maafkan aku kerana aku seorang perempuan
yang banyak bertindak tanpa ikut akal fikiran

Maafkan aku kerana aku seorang perempuan
yang banyak bertindak mengikut perasaan

Maafkan aku kerana aku seorang perempuan
yang banyak bercakap tanpa memilih perkataan

Maafkan aku kerana aku seorang perempuan
yang selalu ingin bermanja sehingga menjadi beban

Maafkan aku kerana aku seorang perempuan
yang asyik merajuk sehingga kau bosan

Maafkan aku kerana aku seorang perempuan
yang banyak khilaf kerana akalku satu tapi nafsuku sembilan

Maafkan aku kerana aku seorang perempuan
yang sememangnya bukan ku pinta wujud sifat dan perasaan ini
tapi ia nikmat kurniaan Ilahi untuk seorang perempuan
cuma yang ku pinta agar kau dapat terus bersabar melayan sehingga akhir hayat ini

~MAAFKAN AKU KERANA AKU SEORANG PEREMPUAN~

::hak cipta terpelihara AyongAtikah Zaid::




POST 59: Sharing Is Caring..PEACE!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Seriously rindu nak update blog tercinta ni..macam ni rupanya perasaan ada blog ek?
sebab dah rindu sangat, ayong ada beberapa perkara nak share...jom layanzzz!

PERKONGSIAN PERTAMA: 1.2.34
di saat semua excited bila 12.12.12 tiba, sebenarnya dalam kalendar islam, tahun ni pun ada nombor cantik jugak tau...seperti kita sedia maklum, bulan safar adalah bulan kedua dalam tahun hijrah..bila diringkaskan 1 Safar 1434 maka jadilah 1.2.34...nice kan? tapi ada sedikit percanggahan, ada yg kata 14 Disember 2012 baru 30 muharram 1434, tapi ada yg kata 1 Safar 1434...sebenarnya semalam dan hari ini adalah 1 Safar 1434...hari dalam kalendar islam kan start selepas maghrib...jadi selepas maghrib 14 Disember 2012 hingga masuk waktu maghrib 15 Disember 2012 adalah 1 Safar 1434... faham? kalau dah faham jangan gaduh-gaduh ye....apa pun, ayong just nak share dalam tahun hijrah 1434 ada tarikh yg cantik...that's all!
Jangan percaya pulak nombor ni ada tuah or apa-apa ye,syirik...
just suka sebab nombor cantik, senang ingat...peace!

PERKONGSIAN KEDUA: PROJEK HIJAU...CARA MENABUNG YANG BEST!
haaa...yg ni ayong jumpa masa layan facebook...almaklumlah sebagai b2b especially, kita memang sangat digalakkan untuk berjimat-cermat sebab nak kahwin ni memang pakai banyak sangat duit...so, ayong ada terjumpa satu cara menabung yg best, insyaAllah jom kita praktikkan sama-sama ok...caranya kita tetapkan nak kumpul duit rm1, rm5, rm10 or lain-lain...pilih ikut kemampuan la ye...jangan gara-gara nak simpan duit sangat sampai menyiksa diri pulak...macam ayong, ayong rasa ayong mampu nak pilih rm5...so ayong namakan projek hijau...lepas dah pilih duit mana nak simpan, setiap kali dapat duit kertas rm5 kaler hijau tu ayong kena asingkan untuk simpan dalam tabung...biar je duit dalam tu..lepas beberapa minggu cuba kira balik berapa yg terkumpul...kalau target banyak, buat tak tau je dengan duit tu...bila terdesak nak guna baru keluarkan..InsyaAllah berkesan untuk menabung....peace!

PERKONGSIAN KETIGA: KENALI UBAT ANDA
jarang ayong cerita pasal kerja ayong dalam blog ni kan, ,sebabnya ayong ni jenis kerja buat time kerja je, takde maknanya nak bawak kerja balik rumah..tapi yg bukan kerja buat dekat tempat kerja tu selalu...macam sekarang...update blog masa kerja...hahaha....ampunnn...sebab ayong baru balik dari kursus pasal buat modul ceramah untuk Kenali Ubat Anda, so ada semangat pulak nak share kat sini...
maybe ada yg dah tau, ada yg tau sikit-sikit, ada yg tak tau langsung...
so kat sini, ayong listkan point penting untuk kenali ubat anda ni ye...
1. semua ubat dan produk kesihatan yang dibuat dalam bentuk tablet/kapsul mesti berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk yg berdaftar kena ada nombor pendaftaran dan hologram.Contoh nombor pendaftaran MAL12345678A (bermula dgn MAL, diikuti dengan 8 nombor, hujung sekali ada huruf yg menunjukkan jenis ubat, kalau huruf A maksudnya ubat tersebut hanya boleh didapati kalau ada preskripsi/surat ubat dari doktor sahaja, kalau huruf X maksudnya ubat yg boleh didapati di farmasi atau kedai tanpa preskripsi macam panadol, kalau huruf T maksudnya produk-produk tradisional contoh Kapsul Tongkat Ali, kalau huruf N maksudnya supplement/vitamin contoh omega fish oil. Nombor pemdaftaran dan hologram ni diwajibkan pada pengilang dan penjual untuk pastikan ada pada packaging ubat.

2. Untuk kosmetik lain pulak, dia tak mesti berdaftar dengan KKM, tapi mesti bernotifikasi, maksudnya setiap produk kosmetik mesti ada satu sijil notifikasi dari KKM untuk bolehkan produk tersebut dijual. Nombor notifikasi pulak begini ye, contoh ayong ambil produk Felinna Inchloss yg famous sekarang tu, nombor notifikasi dia NOT121006160K. So produk ni korang boleh beli dan pakai ye...ayong pun tengah usha-usha nak beli ni...sape ada nak bagi harga promo best-best???hehehe....

3. Untuk nombor pendaftaran dan notifikasi ni korang boleh tengok kat panduan ayong bagi ni ye...
klik BPFK Portal di sini --> skrol ke bawah ada QUEST PRODUCT SEARCH, klik situ --> lepas tu ada dua link, QUEST2 dan QUEST3, pilih mana satu yg korang suka, tapi ayong biasa pakai QUEST3, tu new version, kalau takde baru cek kat QUEST2 --> contoh kalau klik QUEST3 nanti dia keluar ruang untuk masukkan detail product, bolehlah masukkan ikut maklumat korang ada, kalau ada nama dia je, masukkan nama dia, kalau ada nombor pendaftaran, masukkan nombor tu --> lepas tu klik search nanti dia keluar, kalau berdaftar ada la info, kalau tak berdaftar takde la tu maknanya, kalau boleh jangan guna.
macam tu je? senang kan?

4. kenapa penting pastikan ubat berdaftar dan kosmetik bernotifikasi ni?
sebabnya bila dah berdaftar dan bernotifikasi ni maksudnya produk tu pihak KKM dah buat research dan test ke atas produk tersebut untuk pastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanannya..pastikan produk tersebut tak campur racun-racun berbahaya yg boleh bagi kesan sampingan yg buruk pada badan kita...sebab kebanyakan racun yg dicampur tu kesan sampingan bukan terus nampak dalam masa sebulan dua, dia kesan jangka panjang, kata la kita ada makan satu produk ni contoh untuk sakit-sakit badan, rasa best je lepas makan ubat tu sakit hilang dalam masa beberapa minit, tapi sebenarnya kita tak tau dalam ubat tu dia letak steroid dan steroid ini adalah sangat bahaya untuk organ dalam badan ye...kesan jangka panjang selepas berbelas-belas tahun tu yg boleh rosakkan buah pinggang...in the end, buah pinggang rosak, hiduplah dengan buat hemodialisis hingga akhir hayat...mau? menyesal pun tak guna....kehidupan ni tak boleh rewind....tapi ayong nak tekankan kat sini, bukanlah nak cakap ubat berdaftar tu betul-betul takkan ada kesan sampingan, tu tipu...sebab kebanyakan ubat ada kesan sampingan, tapi sekurang-kurang bila produk tu berdaftar kita boleh berjaga-jaga, kita tau apa kita makan dan pakai...

rasanya tu jela dulu points penting ayong nak bagi...basic tentang Kenali Ubat Anda...untuk maklumat lanjut korang boleh klik link Kenali Ubat Anda ni...ada macam-macam info dalam website ni...atau kalau apa-apa, boleh roger ayong, InsyaAllah kalau boleh tolong, ayong tolong...peace!

p/s: tiba-tiba panjang pulak entry ni..harap maklum ni entry balas dendam ye....sebab lama giler tak update...hehe...ok la, tu je nak share dulu...sharing is caring..peace!!!

Friday, December 7, 2012

GIVEAWAY 40: GA Handbouquet By AAWD


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


dah terbiasa kalau join giveaway mesti nak kena letak apa-apa pic yg berkaitan...hehe...
so bila tengok je pic ni para b2b dan ex-b2b mesti dah sedia maklum kan siapa Azmah Ahmad Wedding Decor & Events @ AAWD ni? betul tak? sila angguk ye...hehe..
sebab ramai dah kenal, rasanya ayong tak payah la bagi introduction panjang lebar kan? mila pun suruh buat entry simple je..karang bagi panjang-panjang kena reject pulak..hehe...
untuk yang baru nak kenal Azmah Ahmad Wedding Decor & Events @ AAWD, dalang di sebalik vendor adalah mila...comel je nama kan? orangnya pun comel tau...hehe...
sejak ayong berjinak-jinak dalam dunia b2b ni, Azmah Ahmad Wedding Decor & Events @ AAWD merupakan salah satu vendor yang terawal yang ayong kenal dan usha...sebabnya ayong suka konsep Azmah Ahmad Wedding Decor & Events @ AAWD ni, dia low budget, tapi hasil memang kebabom..kebabom tu bukan bermaksud pelamin yang sarat bebenor sampai tak nampak pengantin, apa yang ayong perasan bila tengok hasil Azmah Ahmad Wedding Decor & Events @ AAWD, diorang mesti buat pelamin or mini pelamin tu simple pakai tirai je, tak perlu nak ada backdrop kerawang sarat-sarat sangat, tapi dari yang simple tu diorang mampu buat sesuatu yang lain dari yang lain, yang bila tengok terus akan terjatuh cinta....serious ni...tak tipu! sebab ayong memang selalu usha facebook Azmah Ahmad Wedding Decor & Events @ AAWD ni...hehe..tak percaya lagi ya? ok, ayong tunjuk la sikit gambar ok..sikit je tau, kalau nak banyak-banyak korang terjah sendiri page Azmah Ahmad Wedding Decor & Events @ AAWD ye...hehe...


ok, dah cukup! hehe...kesian korang kan..baru je nak layan cuci mata...hehe...don't worry...nanti last sekali ayong bagi links yang korang boleh terjah untuk cuci mata puas-puas ok...hehe....
sekarang, nak cerita pasal satu lagi benda yang memang ayong sangat idamkan dari Azmah Ahmad Wedding Decor & Events @ AAWD ni...cuba teka??hehe...
of course la handbouquet dia...sangat awesome! tu yang asal mila buat giveaway or contest je hadiah handbouquet mesti nak join...dengan harapan pasti akan ada rezekiku...hehe...
serious cakap handbouqet Azmah Ahmad Wedding Decor & Events @ AAWD  memang sangat marvellous! memang nampak cantik je...tak mau cakap banyak la..kita layan gambar sekeping dua...then korang nilai sendiri ye..
ops...tadi cakap sekeping dua, terempat pulak..sebab semua cantik-cantik, susah nak pilih tau..hehe...
entry pun dah terpanjang ni...sorry mila, jangan reject tau...hehe..
amacam lepas layan gambar-gambar ni?
ada rasa nak terjah page Azmah Ahmad Wedding Decor & Events @ AAWD tak?
mestilah kan! 
so, ni ayong bagi links yang korang boleh terjah ok....tak rugi...selain buat pelamin, mini pelamin dan handbouquet, boleh sewa macam-macam wedding item tau...so, sila terjah ok...

blog owner: Mila
email: azahmad.weddingdeco@gmail.com

dah terjah, lepas tu boleh join ga ni...the more the merrier!
last but not least, thanks mila sudi buat ga yang banyak untuk b2b...sangat-sangat menghargai...
dengar-dengar dah nak bukak butik ye...hehe...

p/s: alhamdulillah menang tempat kelima GA Atie featuring AAWD yang ni..bersyukur sangat...thanks a lot both of you! dah terbayang nak buat apa...semoga nanti makin berseri photocorner ayong dengan adanya spotlight itu....hehe....kalau dapat handbouquet dari mila, boleh la amik sekali nanti...mesti lagi berganda-ganda seri...dah berangan...haha....ok bye...jom balik kampung cuti!


Wednesday, December 5, 2012

POST 58: Rutin Tahunan Orang Gomen..peace!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Dah lamanya rasa tak menambah post dalam blog ni...anggaplah cik puan blog ni busy ya amat ye...hehe...
disebabkan dah rindu nak buat post kat sini, ayong pun perahlah otak topik apa nak cerita...nak cerita pasal kahwin macam takde progress sangat...huahuahua...
tiba-tiba tadi officemate tunjuk hari cuti 2013 dengan hari gaji orang gomen 2013...itu memang rutin tahunan kitorang...so boleh la plan apa-apa projek 2013...hehehe.....
so, ayong nak share dengan korang la ye...di samping tu, senang jugak ayong nak refer bila-bila masa, tak payah susah-susah google (susah ke??haha), tengok blog sendiri sudah..hehe...

credit tu blog ini
DateHolidayApplicable to
1 Jan (Tue)New YearAll except Johor, Kedah,    Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Mon)
Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan's Birthday
Negeri Sembilan only
20 Jan (Sun)Sultan of Kedah's BirthdayKedah only
24 Jan (Thu)
Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul)
National
27 Jan (Sun)ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
1 Feb (Fri)Federal Territory DayFederal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
10 Feb (Sun)Chinese New YearNational
11 Feb (Mon)Chinese New Year (2nd Day)National except Kelantan and Terengganu
4 Mar (Mon)
Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu only
29 Mar (Fri)Good FridaySabah & Sarawak only
15 Apr (Mon)
Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 Apr (Fri)Sultan of Perak's BirthdayPerak only
1 May (Wed)Labour DayNational
7 May (Tue)Hari Hol PahangPahang only
17 May (Fri)Raja Perlis' BirthdayPerlis only
24 May (Fri)Vesak DayNational
30 May (Thu)Harvest FestivalSabah & Labuan only
31 May (Fri)Harvest FestivalSabah & Labuan only
1 Jun (Sat)Agong's BirthdayNational
1 Jun (Sat)Hari GawaiSarawak only
2 Jun (Sun)Hari GawaiSarawak only
6 Jun (Thu)Israk & MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 Jul (Sun)Georgetown World Heritage City DayPenang only
10 Jul (Wed)Awal Ramadan *Johor, Kedah & Malacca only
13 Jul (Sat)Penang Governor's BirthdayPenang only
20 Jul (Sat)Sultan of Terengganu's BirthdayTerengganu only
26 Jul (Fri)Nuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only
8 Aug (Thu)Hari Raya Puasa *National
9 Aug (Fri)Hari Raya Puasa *National
31 Aug (Sat)National DayNational
8 Sep (Sun)Sarawak Governor's BirthdaySarawak only
16 Sep (Mon)Malaysia DayNational
5 Oct (Sat)Sabah Governor's BirthdaySabah only
12 Oct (Sat)Malacca Governor's BirthdayMalacca only
15 Oct (Tue)Hari Raya Haji *National
16 Oct (Wed)Hari Raya Haji (2nd Day) *Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
24 Oct (Thu)Sultan of Pahang's BirthdayPahang only
3 Nov (Sun)DeepavaliNational except Sarawak & Labuan
5 Nov (Tue)Awal Muharram (Maal Hijrah)National
11 Nov (Mon)Sultan of Kelantan's BirthdayKelantan only
12 Nov (Tue)Sultan of Kelantan's BirthdayKelantan only
22 Nov (Fri)Sultan of Johor's BirthdayJohor only
10 Dec (Tue)Hari Hol Almarhum Sultan JohorJohor only
11 Dec (Wed)Sultan of Selangor's BirthdaySelangor only
25 Dec (Wed)ChristmasNational

yang ayong highlight kuning tu yang berkaitan dengan ayong ye...

ok, so bolehlah plan untuk tahun depan bila nak cuti ye..
2013, please be good to me ya...peace!

p/s: balance cuti tahun ni ada lagi 25 hari...hehe...memang saja simpan untuk tahun depan....dah boleh bayang muka yang asyik mintak cuti tahun depan...mintak-mintak semua urusan dipermudahkan...aamiin...