❤ Followers ❤


❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 10, 2012

GIVEAWAY 35: siapa nak makeover rumah secara percuma, yayy! :D


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


oh!!!! 
rasa mata melekat terus dekat dinding polkadot tu..ayong memang fan polkadot, sampai pernah terfikir nak buat wedding theme polkadot...punyalah fanatik kan..haha...
by the way, entry ni bukan nak cerita pasal tema kahwin ye...entry ni dibuat sebab nak join giveaway blogger nadia yang sangat menarik hati! make over bilik tu..giler ko taknak!! haha..nak make over sendiri entah bila kan...so, jomlah kita mencuba nasib...mana tau rezeki kan..heaven!

syarat nak join giveaway ni amatlah senang...cuma kena kreatif buat ayat yang mampu merentap tangkai hati nadia tu je...so, ni ayat ayong...harap-harap power la...jenuh perah otak ni...hehe...

'saya nak nadia pilih rumah saya untuk di makeover oleh wall makeover by kak na kerana saya nak buat wall makeover ni sebagai hadiah untuk bilik ummi abah saya sempena wedding anniversary diorang yang ke 26 pada 19/12/12 ni..mesti diorang suka! tiada apa yang lebih indah dalam dunia ni selain dapat menggembirakan ummi abah...untuk pengetahuan nadia, rumah kitorang ni abah dah beli 12 tahun yang lepas, tapi pada tahun 2006, kitorang pindah perak dan terpaksa sewakan rumah di johor..ummi abah bukanlah jenis orang yang berkira, bila penyewa cakap nak cat rumah,ummi abah tak kisah asalkan tak mencacatkan rumah...tapi malangnya taste penyewa sangatlah kontra dengan taste ummi abah...dia cat dinding bilik warna biru gelap...so bilik tu dah jadi gelap je...tak ceria..baru-baru ni kitorang baru je pindah johor balik dan sekarang ummi abah memang tengah merancang nak renovate rumah tu memandangkan saya pun akan berkahwin tahun depan...kesimpulannya diharapkan nadia mampu merealisasikan niat saya ini...hehe...thanks!'

saya dah usha-usha hasil kerja wall makeover by kak na dan sememangnya speechless!
klik satu gambar, terus keluar perkataan "WOW!", klik next picture, " CANTIKNYA!!", klik next lagi, "NAMPAK REAL JE!!", dan klik lagi, "BESTNYA ADA BILIK MACAM NI!!"... memang dah jatuh cinta pandang pertama dengan semua wall deco dia...
sangat awesome!!!
nak tunjuk jugak hasil kerja diorang yang awesome ni...boringlah entry tak banyak gambar kan...hehe...
elegan!
sangat real!
less is more!
macam dalam istana mermaid...hehe...
kalau kat office buat macam ni bagus..pembakar semangat...malas je, nampak gambar duit, mesti semangat balik...hehe...
oh!! ni sangat meruntun jiwaku!
terpesona!
rather than plain wall je selama ni, buat corak macam ni sangat nice!
oh!! ni comel sangat!!!!!
polkadot = comel!
tengok yang ni terus terkedu! sangat hebat!
awesome kan????
harap-harap adalah rezeki saya untuk bagi hadiah anniversary yang bermakna untuk ummi abah tahun ni.. aamiin...

~kalau tak dapat hadiah utama pun, hadiah-hadiah yang lain pun awesome jugak...~
~harap-harap melekat lah 1...i like deco-deco...hehe...~

GIVEAWAY 34: "Happy Birthday Eqbal Zack (Giveaway)"


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


kenal header kat atas ni? confirm kenal kan...hehe...
Abang Eqbal Zack kita buat giveaway lagi la...apa lagi..haruslah join...hari tu join dah berjaya dapatkan button badge abang EZ yang smart tu...kali ni join harap-harap ada rezeki jugak...hadiah best-best tu....hehe..

sebelum apa-apa, disebabkan abang EZ buat giveaway ni sempena birthday dia yang jatuh pada 12/11/12, so mestilah kena wish dia dulu kan..here my wish!

disebabkan baru 10/11/12, maka kita wish happy becoming birthday ok!

special wishes ayong buat dalam CONTACT FORM ye...

kepada sesiapa yang nak join jugak, ayong bagi link kat bawah ni, bolehlah main klik-klik...jomlah join meriahkan giveaway abang EZ ni yang memang dah sedia meriah...hehe..ada rezeki dapat satu hadiah, kalau tak dapat, cuba lagi dan lagi...dengar-dengar abang EZ baru menang 10000 tau....mesti ada giveaway best-best nanti...tak sabar! hehe...

ok, ni link ye...


~congrats abang EZ for your huge winning! masyuk tu...bagi la sini sikit..hehe...~




Wednesday, November 7, 2012

GIVEAWAY 33: 2nd Anniversary Giveaway by QCEY


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


yok join giveaway lagi!
nak join klik banner untuk details ok...

kena tag 2 orang blogger untuk cukup syarat..so ayong nak tag my sis and my housemate...

saja nak bagi korang cuci mata tengok hadiah kan...ni dia....

ALL THE BEST TO US!!!

p/s: jatuh cinta pandang pertama dengan tshirt Soulmate tu...harap-harap ada rezeki...aamiin...

Sunday, November 4, 2012

POST 47: INSTANT SHAPER SPANX KERRY BLOGSHOP


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

pernah dengar SPANX x?
ayong dapat tau pasal benda ni dari blog kina...
bagi yang nak tau apa benda spanx ni boleh usha blog Kerry Blogshop or entri kina yang ni...
sebab untuk entri ni ayong bukan nak review pasal produk instant shaper spanx yang kerry blogshop jual ni...just nak tanya opinion korang je..benda ni betul-betul best ke? betul-betul dapat sembunyikan lemak-lemak degil ke? sebab tiba-tiba macam ada keinginan nak jadikan hak milik satu bila baca latest post kat blog Kerry Blogshop offer boleh buat pre order dengan bayar ansuran....
so apa kata korang?


p/s: dah nak kahwin baru dapat keinsafan nak kuruskan badan..padan la dengan muka...dah berjaya buang 6 kg, another 20 kilos to remove...haihhhhhhhhhh.....

Thursday, November 1, 2012

POST 46: PJJ??? ADUHHHH....


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

dekat tapi jauh...huhu...
perkahwinan jarak jauh..benda yang sangat susah nak terima tapi kena terima jugak kan...dalam entri sebelum ni pun ayong dah cerita sikit pasal dilema pjj ni...
alkisahnya along ni kerja kat putrajaya, gomen la jugak, tapi kontrak..sebelum ni kontrak dia renew 3 bulan sekali, baru-baru ni dia dapat kontrak baru tak payah dah renew 3 bulan sekali, dapat kontrak terus kerja 3 tahun...tak boleh mintak tukar mana-mana..InsyaAllah kalau ada rezeki dia, yang secara tak langsung jadi rezeki ayong, ada la harapan untuk diserap jadi pekerja gomen tetap...lepas tu baru boleh mintak transfer...jadi memang sayang la nak suruh dia cari kerja lain...lagipun dia memang sangat gembira dengan kerja dia sekarang...sama dengan ayong, masing-masing orang cakap ada passion la dengan kerja...memang bersyukur sangat..Alhamdulillah...
yang jadi dilema, sekarang ayong kerja kat johor bahru, bahagian penguatkuasa farmasi..kalau dah along akan terus kerja kat putrajaya 3 tahun paling kurang pun, bermakna ayong kena la mintak transfer putrajaya kan? sebab tu la ada syarat isteri ikut suami je..mana ada suami ikut isteri....tapiiiii.......kalau kerja kat putrajaya bermakna ayong cuma ada pilihan untuk mintak kerja kat hospital atau klinik kesihatan sahaja...dua-dua ayong tak berapa minat...tak kena dengan jiwa la orang cakap...ayong suka bahagian penguatkuasa ni...tapi kalau kat area sana yang ada kat area petaling jaya, kuala lumpur dengan shah alam..sebenarnya tu adalah area yang paling ayong nak elak...tempat sibuk...lagipun sewa rumah mahal...huhu...kalau nak kuarters kat putrajaya, macam ayong cakap tadi kena mintak hospital atau klinik dalam putrajaya..huhu..
sekarang ni memang dilema...
kalau ayong pilih nak duduk dengan along, ayong kena korbankan kerja yang ayong dah suka sekarang..
kalau ayong pilih  nak maintain kerja sini, ayong kena duduk jauh dengan along untuk 3 tahun...
waaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!! tak sanggup!!!!!!!!
cukuplah kot dari kawan, bercinta, bertunang dah jarak jauh..

ni link best pendapat-pendapat pasal perkahwinan jarak jauh..kalau rajin boleh la baca...
dilema perkahwinan jarak jauh
7 tips menjaga perkahwinan jarak jauh
berbaloikah hubungan jarak jauh?

so kat sini ayong nak list pros and cons options yang ayong ada...
~yang hijau pros, yang merah cons~
maybe boleh membantu kitorang nak buat keputusan...

mintak transfer putrajaya
dekat dengan along! boleh hidup macam suami isteri normal...
InsyaAllah boleh mintak kuarters..dah jimat sewa rumah..

tapi tempat kerja dekat je dengan rumah...

tapi along selalu jugak outstation, mungkin dalam sebulan ade la kena tinggal sorang-sorang..
sebab tu kena buat baby cepat-cepat..ade kawan...ahaks!
boleh kerja sama ada kat hospital atau klinik je yang mana dua-dua ayong tak suka...huhu...

ayong dok jb, along dok putrajaya
boleh teruskan kerja macam biasa..
tapi jauh..mungkin dapat jumpa weekend je..
abah cakap takde life!
bahaya dok jauh dengan laki...~ni statement abah ye..~
kos transport nak jumpa...kalau tiket bas jb putrajaya rm30, setiap bulan kena bajet dalam rm240 untuk transport je..

mintak transfer area selangor/kl
boleh duduk sama-sama..boleh hidup macam suami isteri normal...
dapat mintak bahagian penguatkuasa jugak...passion kerja tu insyaAllah ada...
kena sewa rumah area sana...mahal!
tapi kena meredah kesibukan jem nak pergi dan balik kerja..kuar pagi-pagi, balik dekat-dekat malam..huhu..
tapi along selalu jugak outstation, mungkin dalam sebulan ade la kena tinggal sorang-sorang..

yang ni baru terpikir pagi tadi...

apply sambung belajar
sambung belajar pun paling-paling 3 tahun...lepas dah abis belajar, along pun dah abis kontrak, maybe boleh pindah johor, ayong kerja balik kat jb, along mintak kerja kat johor...
kalau dah nama belajar, bolehlah dok dengan along..mintak uni dekat-dekat...then kalau master banyak boleh arrange masa sendiri..
tapi yang ni lambat lagi boleh mintak...dan entah dapat entah tidak...
yang ni banyak kena tawakal je...

haaaa....macam dah nampak tak mana yang banyak pros dari cons???
mungkin ini pengorbanan pertama sebagai isteri..........................................................
apa pun, sentiasa pegang pada ayat ni...rancangan Allah s.w.t pasti yang terbaik!