❤ Followers ❤

❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 27, 2013

POST 165: Post Mortem 2013

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

Tajuk tu macam tak boleh bla kan..hehe..
saja nak menyebok juga buat post mortem 2013...
alhamdulillah..tak lama tamatlah kisah 2013...
alhamdulillah semoga dipanjangkan umur kita untuk teruskan hidup dalam tahun 2014 pulak..

kalau korang nak tau statement kat bawah ni ayong buat masa akhir tahun 2012 nak masuk tahun 2013..macam yang dinyatakan ayong bukan jenis yang state satu-satu azam ayong...
just go with the flow and harapkan semua dipermudahkan Allah s.w.t...that's all..

"tamatlah kisah 2012.....bermulalah tahun 2013...
azam baru? ayong ni bukan jenis orang yang buat azam...
apa sahaja yang ayong buat tahun ni, just harapkan semua yang terbaik untuk semua orang dalam hidup ayong, mintak dipermudahkan dan diberkati Allah s.w.t..cuma tahun ni InsyaAllah bakal tercipta satu sejarah dalam hidup ayong..kahwin...alhamdulillah akhirnya akan tiba saat itu...akan cuba yang terbaik untuk hari bersejarah tersebut dan mengharapkan semua yang terbaik jugak...semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik kami sekeluarga....aamiin.....
p/s: nak tambah azam nak baby jugak tahun ni boleh? hahahahaha........"

yang pasti tahun 2013 telah menjadi saksi ayong selamat menjadi isteri kepada along pada 1/6/2013...alhamdulillah semua berjalan seperti yang dirancang...walau pelbagai dugaan dan cabaran yang melanda, tapi kitorang berjaya hadapi sama-sama dan kitorang tak pernah menyesal dengan setiap yang kitorang dah pilih...alhamdulillah kitorang bahagia dengan kehidupan sekarang...trust me..married life is heaven!! ayong kawan dengan along lebih kurang 5 tahun, then baru kahwin lebih kurang 6 bulan, tapi kenangan lepas kahwin 6 bulan berkali-kali ganda lebih best dari kenangan berkawan 5 tahun tu...hehe..

then nampak ayat last tu?
alhamdulillah Allah yang Maha Penyayang telah kurniakan kami rezeki yang tak ternilai...ingat lagi masa tulis ayat tu sekadar gurauan..tak meletakkan apa-apa harapan...tapi rezeki Allah siapa yang tahu...
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah...
sekarang dah half way, another half way to go...insyaAllah...semoga dipermudahkan segala urusan...
2014 bakal melakar sejarah baru..mohon doa semua ya...terima kasih....

Friday, December 20, 2013

POST 164: Supplement Untuk Mummy And Baby Versi Ayong

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

Kenapa bila baca tajuk tu macam pening ek?
korang pening tak?
rasa macam betul dah ayat tu..layankan jela ek...
yang penting hari ni tiba-tiba mood rajin datang...
so ayong nak share supplement ayong ambil masa pregnant ni....
sebagai mukadimah, ayong nak tekankan masa kita pregnant ni adalah sangat penting untuk kita ambil supplement @ makanan tambahan...seboleh-bolehnya memang kena ambil walaupun kita rasa badan kita cukup kuat, badan kita cukup segala zat dan besi untuk baby...tapi tu yang kita rasa je..hakikat sebenar mungkin tak cukup...atau mungkin cukup untuk ibu je, tapi untuk baby tak cukup...lagi-lagi zaman sekarang ni nak jaga pemakanan adalah teramat susah untuk pastikan mummy and baby dapat segala zat dan vitamin yang cukup...ada yang cakap orang dulu-dulu takde pun makan ubat segala bagai, tapi kena tengok pulak orang dulu-dulu tu cara makan diorang macam mana...sama ke macam gaya pemakanan kita sekarang?kalau sama, it's ok...kalau tak, fikir la masak-masak...jangan risikokan baby kita ye mummy-mummy sekalian...
ayong ni pun bukanlah jenis pemakan segala jenis supplement untuk kesihatan sebelum pregnant...
tapi bila tau pregnant, baru start makan supplement yang ayong rasa penting...semua hanya keranamu baby...
ajaib tak ajaib kurniaan Allah yang satu ni..hehe..
ok, dah cukup mukadimah...let's straight to the points!

1. Asid folik
untuk first trimester (dari awal tau pregnant - 3 bulan) ayong makan asid folik ni je...secara ringkasnya asid folik ni memang sangat penting untuk kuatkan rahim kita dan untuk pembentukan sel badan baby...sebab tu ada sesetengah orang yang sebelum kahwin pun dah start makan asid folik ni kalau diorang memang merancang nak baby cepat..InsyaAllah kalau ada rezeki cepat, rahim dah kuat untuk terima..tapi ayong tak makan pun sebelum kahwin..macam ayong cakap tadi, ayong bukan jenis suka makan-makan ubat ni...huhu...so untuk first trimester 1 jenis ubat ni jela makan..sehari sebiji...lagipun untuk first trimester tak digalakkan sangat makan bermacam-macam jenis supplement, sebabnya badan kita tengah dalam proses menyesuaikan diri dengan kandungan...hormon semua jadi tunggang terbalik..so takut kalau makan macam-macam sangat, badan kita tak boleh terima, karang jadi kes lain pulak..lagipun masa first trimester biasanya tengah musim alahan, muntah-muntah, jadi macam kurang bermakna jugak makan banyak-banyak supplement...tak sempat hadam dah keluar balik...rugi...rugi...hehe...oh, lagi satu untuk pengetahuan korang, lelaki pun boleh makan jugak asid folik ni tau...untuk meningkatkan kesuburan...

2. Iberet Folic
Then bila masuk second trimester, ayong nak start makan iron tablet klinik bagi..yang ni memang penting untuk tambah zat besi...kalau tengok dan bau ubat tu pun dah macam besi...hehe...sebab second trimester masih lagi fasa pembentukan baby...so baby akan ambil zat-zat besi dari ibu...so kalau ibu tak cukup zat besi, memang akan jadi bermasalah...simptom-simptom awal kalau tak cukup zat besi dalam darah, selalu pening, nak pitam, darah cair, gusi berdarah dan lain-lain...boleh google untuk fakta yang lebih tepat..then gynae ayong bagitau keadaan boleh jadi lagi teruk bila dah nak masuk third trimester kalau masalah ni tak diatasi...contohnya boleh sebabkan tumpah darah, kecacatan pada baby, jantung mummy or baby tak kuat dan paling paling teruk boleh sebabkan kematian...kalau boleh taknak la sampai jadi macam tu kan..so, walaupun ubat ni tak sedap dan sebab utama orang taknak makan adalah dia boleh buat kita jadi sembelit, tapi seboleh-bolehnya kena makan...lagipun sekarang dah ada macam-macam jenis iron tablet jual kat farmasi...kalau kita tak sesuai dengan jenis, cuba jenis lain pulak...
macam ayong, iron tablet yang klinik bagi memang tak boleh makan langsung, makan sebiji je terus sembelit teruk sampai buasir...so gynae ayong suggest iberet folic...dia tak la cakap iberet ni tak sebabkan sembelit langsung, tapi nak compare dengan jenis lain, iberet folic paling kurang sebabkan sembelit...
dan alhamdulillah ayong sesuai dengan iberet folic ni...hb setakat ni terkawal lagi...harap-harap maintain la...

3. Ostematrix Shaklee
Ostematrix shaklee ni ayong ambil start masuk second trismester jugak..akhirnya terpengaruh dengan iklan-iklan shaklee yang tengah hot sekarang tu..hehe..layankan aje la..yang ni main point ayong ambil untuk tambah kalsium dalam badan...untuk cegah simptom-simptom kekurangan kalsium macam kaki kejang dan lenguh-lenguh badan...lagi satu untuk usaha pastikan baby ayong dapat kalsium yang cukup jugak untuk pembentukan tulang dia..so nanti bila keluar tulang dia kuat...aamiin..pada ayong vitamin kalsium memang perlu especially untuk orang macam ayong yang tak suka minum susu...sebelum pregnant jangan mimpilah ayong nak minum susu...minum susu pekat bolehlah...hehe..

tablet kuning kecik: asid folik
tablet pink: iberet folic
tablet putih: ostematrix shaklee
tablet coklat tu abaikan...tu ubat buasir...
4. Susu Hi Goat
Macam ayong cakap tadi, ayong ni bukan peminum susu...tapi bila tau pregnant, antara benda pertama terlintas kat kepala otak, kena minum susu...tapi tak tau nak minum susu apa..orang tak suka susu la katakan...terus blur..so untuk first trimester, minum tak minum sangat la susu ni...kadang-kadang je beli susu HL tu...tu pun lepas google susu apa yang paling sedap untuk orang pregnant..hehe...nasib baik tekak boleh terima...memang sedap..hehe..tapi susu HL tu mahal..kalau tiap-tiap hari nak minum susu tu untuk 9 bulan, boleh bankrup...hehe...so google lagi..then jumpa orang suggest minum susu Hi Goat..mula-mula takut jugak nak try..dah la memang tak suka kambing, inikan pulak nak minum susu dia...tapi demi baby, try la jugak...alhamdulillah tekak boleh telan..sedap jugak susu ni rupanya...hehe..so sampai sekarang ayong minum susu hi goat ni..selain untuk kalsium, orang cakap bagus minum susu kambing untuk elakkan baby kena kuning masa lahir nanti...yang ni kita tengok nanti keberkesanannya bila baby dah keluar..harap-harap betul-betul berkesan la...paling tak sanggup baby kuning bila tengok kena ambil darah sokmo tu...huisshhh...memang nangis la umminya ni....huhu....

5. Jus Pati Delima Gulsan
Haaaa....yang ni feveret ayong masa pregnant...sampai ummi dan abah ayong panggil baby dalam perut ni Gulsan...Gulsan ni brand dia je..abah cakap Gulsan tu nama panggilan untuk orang-orang terhormat kat Turki...layankan jela...hehe..minum air jus delima ni memang sedap..lagi-lagi bila tekak tengah rasa semacam je, minum air masam-masam ni terus lega..alkisah boleh tertarik nak try jus ni bila tengok kat fb asal mummy ni ada problem masa pregnant je (contoh: hb rendah, morning sickness teruk, sembelit dan lain-lain) mesti ada je yang suggest jus delima Gulsan ni...then jus delima ni pun senang nak dapat dan murah..terus laju jela beli...so far ayong rasa jus delima ni bagus..lagipun ibu mengandung kan memang digalakkan makan buah delima..so tak dapat buah delima, jus delima pun jadi la..hehe...

ok, setakat ni tu je yang ayong ambil...lain-lain tu macam kismis, kurma makan jugak la...buat kunyah-kunyah...hehe..untuk third trimester nanti ayong plan nak tambah makan kapsul VCO pulak..orang cakap bagus untuk senangkan bersalin nanti..plus khasiat-khasiat VCO yang lain..korang boleh google la ek..tak pun tanya je kat penjual-penjual VCO yang maha ramai tu...hehe..nanti dah masuk 8 bulan minum minyak kelapa dara pulak...InsyaAllah..kita usaha je kan mana yang mampu, selainnya tawakkal pada Allah jela..
rasanya tu jela nak share...khusyuk sangat taip tiba-tiba dah panjang pulak...
korang layankan aje eh pregnant mummy yang tiba-tiba rajin ni...hehe...

Friday, December 6, 2013

POST 163: Pengalaman 1st Trimester Pregnancy...=)

❤Bismillahirrahmanirrahim❤
Assalamualaikum w.b.t

Hai hai haiiiiii.....
tiba-tiba mood datang nak update blog pulak...so jomlah kita update laju-laju ek..hehe..
meh ayong nak share pengalaman 1st trimester pregnancy ayong...bila dah rasa sendiri mengandung baru betul-betul rasa memang bukan senang mengandung ni...sebelum ni dok tengok orang je...macam-macam dugaannya...dah baik sakit ni, sakit lain pulak datang..dah ok yang tu, yang ni pulak datang balik...dan dugaan setiap orang lain-lain..so janganlah kita memandang rendah ibu-ibu mengandung ni ye...

since ayong tau ayong pregnant masa tu dah 4 minggu...so kira sebulan yang pertama memang takde simptom apa-apa pun la..sampai la ayong demam and tak bermaya, then cek upt dapat tau pregnant...dah share experience tu kat sini..hehe...so masa dah 5 minggu still takde apa-apa simptom sangat pun, just rasa cepat penat...ummi ayong pun cakap, bila dah tau pregnant memang lepas tu macam-macam simptom datang..tapi bila macam takde simptom tu tercakap la kat diri sendiri, maybe badan ni jenis tak kena morning sickness sangat kot..berlagakkkkk...hehehe....

then masuk je 6 minggu memang pengsannnnnn....
dah start muntah-muntah, perut dah rasa berangin je...badan penat tak payah cakap la...belum lagi sakit kepala, badan, pinggang, perut, bontot, semua nak sakit la senang cakap...hehe..lepas tu tengok makanan memilih...ada masa-masa tengok memang tak terbukak langsung selera makan, macam ada injap tertutup kat tekak ni, padahal perut lapar...tapi kena paksa jugak makan...kalau tak lagi teruk jadinya...
sampai satu tahap, seminggu tu tengok segala makanan tak lalu kecuali burger...hari-hari dok makan burger...tau tak bagus tapi tu je yang lalu dek tekak...terpaksalah layankan...

kiranya start dari 6 minggu sampai 12 minggu memang macam tak serupa orang dah...
pergi kerja pun macam tak kerja...bulan 10 hari tu memang banyak la MC dan EL...
nasib baik bos memahami...huhu..

tapi rasanya ayong ni kira dalam stage morning sickness yang ok lagi la....ada orang lain lagi teruk sampai kena warded semua..ayong at least boleh lagi la nak urus diri sendiri..bab muntah pun takde la makanan baru sampai kat tekak, terus nak berlumba-lumba keluar balik...at least makanan tu boleh masuk ke perut, dok rehat dalam setengah jam ke sejam, lepas tu baru dia keluar balik...yang lagi best bab muntah-muntah ni, dia macam dah kenal tempat-tempat tertentu yang boleh muntah...contoh bilik air rumah, pantry office...kalau pergi je tempat-tempat tu, dari tak rasa nak muntah terus tiba-tiba muntah...bila time teruk sampai terduduk kat bilik air tu, lepas tu nangis.....sadisnya laaaaaa.....hehe...

tapi bab bau-bauan ayong ok...bau-bau makanan ke semua layan je..takde kesan pun...kecuali bau deodorant along....time dia spray tu memang tak boleh dekat, terus pening...
padahal dulu bau deodorant dia tu feveret kot...hehe...

lagi ape yeeee...
oh ye...ada 1 lagi benda yang memang buat ayong tak senang duduk masa 1st trimester ni....
ayong kena buasir@hemorrhoid yang agak teruk...
alkisahnya bila first time pergi cek kat klinik kesihatan, doc pun start bagi vitamin untuk pregnant kan..asid folik dan iron tablet...tapi ayong tak boleh makan iron tablet tu rupanya...ayong makan sebiji je, besok tu terus sembelit teruk...bila dah sembelit, buasir pun datang la...sebelum ni ayong memang ada buasir, tapi jarang kena...setahun sekali je camtu la...yang masa pregnant ni la paling teruk...2 minggu jugak la baru baik...start dari tu ayong memang tak makan dah iron tablet...bila dah masuk 4 bulan ni baru start balik tapi makan iberet folic...alhamdulillah makan yang ni ok la...takde la sembelit...
ni dok risau jugak la nanti masa bersalin macam risiko tinggi je nak kena buasir teruk...tawakal jela...insyaAllah semoga semua dipermudahkan...korang doakan ye...

saja nak letak gambar sebagai penyeri post ni..hehe..
masa ni dah masuk 16 minggu...kira ni celebrate dah merdeka dari 1st trimester la..terus pergi jalan-jalan kat a'famosa animal world...baby nak tengok haiwan-haiwan comel katanya...hehe...
perut dah nampak..tapi lemak je lagi banyak dari baby sebenarnya...hehehe...
rasanya tu je la kot nak share...
kagum dengan diri sendiri berjaya jugak menghasilkan 1 post panjang akhirnya...
dah lama tak membebel..hehe..
ok, semoga ketemu lagi...nanti ayong story mory lagi ye...
tapi macam biasa, bila tu tak tau la...tengok mood..hehe...
daaaaaaaaaaaaaaaa...................