❤ Followers ❤


❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 31, 2012

POST 65: Bye Bye 2012 Part 1


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


semua orang sebok nak post pasal the end of 2012, welcoming 2013...
ayong pun nak menyebok jugak la...nak jadikan kenangan..nanti boleh baca balik..mesti best..hehe....
jom layan kisah-kisah 2012 ayong....hehe..

JANUARI
family dan kerja memang takde masalah langsung...biasalah ada masalah sikit-sikit,stress ups and downs,tapi undercontrol..tapi satu hal ni memang rasa out of control...bulan ni rasanya bulan yang paling sadis kot...paling banyak nangis...nak tidur tiap-tiap malam pun selalu nangis...sebabnya masa ni dugaan hebat la jugak...along masa ni tak kerja lagi..belum ada rezeki lagi...hala tuju hubungan kitorang memang tak nampak lagi...ummi abah asyik tanya je....gaduh tak yah cakap la....sampai along dah tak tau nak pujuk macam mana...tapi nasib la mamat ni kesabaran dia tinggi...so kitorang mampu bertahan...kalau orang lain agaknya dah lama ayong kena tinggal...huhu...ayong pun sebenarnya target nak kahwin 2012 ni...tapi tak kesampaian kan...takpelah...sikit je lagi...memandangkan target nak kahwin tahun ni and nak dapat baby tahun depan, tapi tak kesampaian, so kena work hard la tahun depan untuk kahwin dan dapat baby tahun yang sama jugak....boleh kan?hahaha....just kidding...itu semua kan rezeki Allah s.w.t...hanya Dia yang maha mengetahui....kita doa je ok...aamiin....

FEBRUARI
alhamdulillah bulan ni rezeki along sampai...dia dah dapat kerja...Allah s.w.t je yang tau betapa happynya ayong...bersyukur sangat...dan along ada cakap dua bulan dia kerja insyaAllah dia nak masuk meminang...ayong tak la ambil serius sangat bila dia cakap macam tu...asalkan dia dah kerja, at least nampak sikit masa depan kitorang...ummi abah tanya takdelah stress sangat kan...yang penting semua happy...memang bersyukur sangat-sangat dengan rezeki Allah s.w.t...

MAC
bulan ni birthday abah ayong...alhamdulillah Allah bagi abah panjang umur, kesihatan yang baik, sentiasa dimurahkan rezeki...abah orang yang paling banyak berkorban...kalau orang tanya siapa idola ayong, abahlah jawapannya...dia akan jadi lelaki pertama yang duduk dalam carta hati ayong....life diteruskan macam biasa....tengah sesuaikan diri dengan along yang dah kerja, yang mula sibuk...sebabnya sebelum kerja dia banyak masa nak layan ayong, bila dia dah kerja masa dah limited...kadang-kadang meroyan la jugak....kena marah dengan along lepas tu ok la...hehe....

APRIL
bulan yang bersejarah..awal bulan tiba-tiba along cakap, "sayang, jom tunang.." selepas 4 tahun ayong tunggu ayat tu...biar pun simple, padat dan ringkas tapi sangat bermakna...rasa nak lompat bintang...dia tunaikan janji dia selepas dah kerja 2 bulan...Alhamdulillah....happy sangat...so kitorang pun mulalah merancang bila tarikh sesuai..sebab family dia dari kelantan nak datang johor jauh tu...macam-macam plan buat nak bagi senang dan jimat..hehe...asalnya plan nak buat majlis tunang ni bulan 6, tapi disebabkan perkara-perkara yang tak boleh nak dielakkan, selepas berbincang dan berbincang, tup-tup kata putus diambil nak buat majlis tunang ni dalam masa 2 minggu...amik kau!! tapi sebab kitorang nak buat majlis simple je, takde hantaran apa pun, nak jumpakan family ayong dan family along je, so benda ni jadi mudah...ada la jugak saudara mara yang tak percaya ayong nak buat simple sangat, kena brain wash la jugak, saat ni la ayong memang buat kepala dan hati batu...sebab nak buat ikut agama Islam jugak, taknak ikut adat...dan alhamdulillah semua berjalan seperti yang dirancang dan selamatlah kitorang ditunangkan...

~tiba-tiba macam dah ngantuk pulak...tengok jam dah pukul 12...dah masa tidur...besok kerja...johor tak cuti new year...sedih....besok kita sambung kisah selepas tunang pulak ye....hehe...~

No comments: