❤ Followers ❤


❤ anniversary ❤

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 15, 2012

POST 59: Sharing Is Caring..PEACE!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Seriously rindu nak update blog tercinta ni..macam ni rupanya perasaan ada blog ek?
sebab dah rindu sangat, ayong ada beberapa perkara nak share...jom layanzzz!

PERKONGSIAN PERTAMA: 1.2.34
di saat semua excited bila 12.12.12 tiba, sebenarnya dalam kalendar islam, tahun ni pun ada nombor cantik jugak tau...seperti kita sedia maklum, bulan safar adalah bulan kedua dalam tahun hijrah..bila diringkaskan 1 Safar 1434 maka jadilah 1.2.34...nice kan? tapi ada sedikit percanggahan, ada yg kata 14 Disember 2012 baru 30 muharram 1434, tapi ada yg kata 1 Safar 1434...sebenarnya semalam dan hari ini adalah 1 Safar 1434...hari dalam kalendar islam kan start selepas maghrib...jadi selepas maghrib 14 Disember 2012 hingga masuk waktu maghrib 15 Disember 2012 adalah 1 Safar 1434... faham? kalau dah faham jangan gaduh-gaduh ye....apa pun, ayong just nak share dalam tahun hijrah 1434 ada tarikh yg cantik...that's all!
Jangan percaya pulak nombor ni ada tuah or apa-apa ye,syirik...
just suka sebab nombor cantik, senang ingat...peace!

PERKONGSIAN KEDUA: PROJEK HIJAU...CARA MENABUNG YANG BEST!
haaa...yg ni ayong jumpa masa layan facebook...almaklumlah sebagai b2b especially, kita memang sangat digalakkan untuk berjimat-cermat sebab nak kahwin ni memang pakai banyak sangat duit...so, ayong ada terjumpa satu cara menabung yg best, insyaAllah jom kita praktikkan sama-sama ok...caranya kita tetapkan nak kumpul duit rm1, rm5, rm10 or lain-lain...pilih ikut kemampuan la ye...jangan gara-gara nak simpan duit sangat sampai menyiksa diri pulak...macam ayong, ayong rasa ayong mampu nak pilih rm5...so ayong namakan projek hijau...lepas dah pilih duit mana nak simpan, setiap kali dapat duit kertas rm5 kaler hijau tu ayong kena asingkan untuk simpan dalam tabung...biar je duit dalam tu..lepas beberapa minggu cuba kira balik berapa yg terkumpul...kalau target banyak, buat tak tau je dengan duit tu...bila terdesak nak guna baru keluarkan..InsyaAllah berkesan untuk menabung....peace!

PERKONGSIAN KETIGA: KENALI UBAT ANDA
jarang ayong cerita pasal kerja ayong dalam blog ni kan, ,sebabnya ayong ni jenis kerja buat time kerja je, takde maknanya nak bawak kerja balik rumah..tapi yg bukan kerja buat dekat tempat kerja tu selalu...macam sekarang...update blog masa kerja...hahaha....ampunnn...sebab ayong baru balik dari kursus pasal buat modul ceramah untuk Kenali Ubat Anda, so ada semangat pulak nak share kat sini...
maybe ada yg dah tau, ada yg tau sikit-sikit, ada yg tak tau langsung...
so kat sini, ayong listkan point penting untuk kenali ubat anda ni ye...
1. semua ubat dan produk kesihatan yang dibuat dalam bentuk tablet/kapsul mesti berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk yg berdaftar kena ada nombor pendaftaran dan hologram.Contoh nombor pendaftaran MAL12345678A (bermula dgn MAL, diikuti dengan 8 nombor, hujung sekali ada huruf yg menunjukkan jenis ubat, kalau huruf A maksudnya ubat tersebut hanya boleh didapati kalau ada preskripsi/surat ubat dari doktor sahaja, kalau huruf X maksudnya ubat yg boleh didapati di farmasi atau kedai tanpa preskripsi macam panadol, kalau huruf T maksudnya produk-produk tradisional contoh Kapsul Tongkat Ali, kalau huruf N maksudnya supplement/vitamin contoh omega fish oil. Nombor pemdaftaran dan hologram ni diwajibkan pada pengilang dan penjual untuk pastikan ada pada packaging ubat.

2. Untuk kosmetik lain pulak, dia tak mesti berdaftar dengan KKM, tapi mesti bernotifikasi, maksudnya setiap produk kosmetik mesti ada satu sijil notifikasi dari KKM untuk bolehkan produk tersebut dijual. Nombor notifikasi pulak begini ye, contoh ayong ambil produk Felinna Inchloss yg famous sekarang tu, nombor notifikasi dia NOT121006160K. So produk ni korang boleh beli dan pakai ye...ayong pun tengah usha-usha nak beli ni...sape ada nak bagi harga promo best-best???hehehe....

3. Untuk nombor pendaftaran dan notifikasi ni korang boleh tengok kat panduan ayong bagi ni ye...
klik BPFK Portal di sini --> skrol ke bawah ada QUEST PRODUCT SEARCH, klik situ --> lepas tu ada dua link, QUEST2 dan QUEST3, pilih mana satu yg korang suka, tapi ayong biasa pakai QUEST3, tu new version, kalau takde baru cek kat QUEST2 --> contoh kalau klik QUEST3 nanti dia keluar ruang untuk masukkan detail product, bolehlah masukkan ikut maklumat korang ada, kalau ada nama dia je, masukkan nama dia, kalau ada nombor pendaftaran, masukkan nombor tu --> lepas tu klik search nanti dia keluar, kalau berdaftar ada la info, kalau tak berdaftar takde la tu maknanya, kalau boleh jangan guna.
macam tu je? senang kan?

4. kenapa penting pastikan ubat berdaftar dan kosmetik bernotifikasi ni?
sebabnya bila dah berdaftar dan bernotifikasi ni maksudnya produk tu pihak KKM dah buat research dan test ke atas produk tersebut untuk pastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanannya..pastikan produk tersebut tak campur racun-racun berbahaya yg boleh bagi kesan sampingan yg buruk pada badan kita...sebab kebanyakan racun yg dicampur tu kesan sampingan bukan terus nampak dalam masa sebulan dua, dia kesan jangka panjang, kata la kita ada makan satu produk ni contoh untuk sakit-sakit badan, rasa best je lepas makan ubat tu sakit hilang dalam masa beberapa minit, tapi sebenarnya kita tak tau dalam ubat tu dia letak steroid dan steroid ini adalah sangat bahaya untuk organ dalam badan ye...kesan jangka panjang selepas berbelas-belas tahun tu yg boleh rosakkan buah pinggang...in the end, buah pinggang rosak, hiduplah dengan buat hemodialisis hingga akhir hayat...mau? menyesal pun tak guna....kehidupan ni tak boleh rewind....tapi ayong nak tekankan kat sini, bukanlah nak cakap ubat berdaftar tu betul-betul takkan ada kesan sampingan, tu tipu...sebab kebanyakan ubat ada kesan sampingan, tapi sekurang-kurang bila produk tu berdaftar kita boleh berjaga-jaga, kita tau apa kita makan dan pakai...

rasanya tu jela dulu points penting ayong nak bagi...basic tentang Kenali Ubat Anda...untuk maklumat lanjut korang boleh klik link Kenali Ubat Anda ni...ada macam-macam info dalam website ni...atau kalau apa-apa, boleh roger ayong, InsyaAllah kalau boleh tolong, ayong tolong...peace!

p/s: tiba-tiba panjang pulak entry ni..harap maklum ni entry balas dendam ye....sebab lama giler tak update...hehe...ok la, tu je nak share dulu...sharing is caring..peace!!!

2 comments:

SOULMATE is said...

kte kumpul wet 50sen dan wet sxiling
dah bbotol2 dah
hehe

AyongAtikah Zaid said...

hehe...good3!! ayong ada gak duit syiling...kumpul dr last year da penuh setabung, sbbnya mls nak bwk duit syiling byk2 dlm purse..berat..hehe...tp dia mmg ada 1 perasaan la bila dah msk tabung tu syg giler nak guna...haha...